Memaparkan catatan dengan label suritauladan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suritauladan. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 27, 2016

Allah sayang kita

Suatu hari seorang ibu terlambat untuk mengambil anak pulang dari sekolah. Setelah sampai di sekolah dan anak pun masuk dalam kereta dalam keadaan muka masam mencuka, anak meluahkan perasaannya.

Anak: ibu, kakak sedih.
Ibu: kebapa kakak sedih?
Kakak: kerana ibu lambat menjemput kakak.
Maka si ibu memikirkan jawapan terbaik untuk anak kecil, agar jawapanya nanti tidak mengecewakan perasaan anaknya.
Ibu: kakak, kita bertemu kerana Allah, kita berpisah kerana Allah. ALLAH sayang kita.

Alhamdulillah si anak dapat menerima jawapan dengan tenang. Maka mereka meneruskan perjalanan untuk mengambil anak kedua yang bersekolah di sekolah yang lain. Oleh kerana ibu dan kakak lambat sampai, si adik sudah menangis melihat semua kawan-kawan pulang tetapi ibu dan kakaknya belum kelihatan. Apabila si ibu sampai, si adik memasuki kereta dalam esakkan tangisan. Maka kakak memainkan peranan memujuk adik.

Kakak: adik jangan sedih tahu. Kita bertemu kerana allah, kita berpisah kerana allah. Allah sayang kita.

Sumber: petikan dari rancangan tanyalah ustazah, tv9

Pengajaran dari kisah ini.
*Anak itu amanah, jangan dikhianati walaupun mereka masih kecil mungkin tidak memahami apa yang kita ucapkan tetapi mereka akan tetap meniru perbuatan dan perkataan kita. Maka setiap perbuatan dan perkataan yang lahir dari mulut dan jasad hendaklah jujur.

Selasa, Februari 16, 2016

Romantik itu di hati

Ini adalah copy paste dari whatsapps

Seorang lelaki jumpa saya. Katanya isterinya selalu marah-marah. Malas kemas rumah. Kurang memasak dan asyik marah anak-anak. Dia selalu inginkan seorang suami yang romantik. Saya tak pandai semua tu ustaz...

Jawab saya sebenarnya romantik ini di hati. Bila kita kenal siapa pemberi segala nikmat hidup ini. Siapa beri isteri. Siapa beri anak-anak. Melihat mereka dengan rasa terima kasih pada Allah. Mulakan dengan tadah tangan dan bersyukur dengan katakan ya Allah terima kasih beri isteri dan anak-anak ini...sujud syukur ucap terima kasih pada Maha pemberi yang sayangkan kita..

Cuba abang beli bunga harga besar. Hadiahkan pada isteri. Beri satu kad dan tulis terima kasih kerana sudi jadi isteri abang yang tak hensem ni. Terima kasih kerana korbankan segalanya demi perkahwinan ini. Terima kasih sudi bersama sehingga hari ini. Terima kasih kerana melahirkan anak-anak buat saya.

Menjadi romantik ini bukan perlu jadi seperti romeo n juliet. Cukup sediakan telinga dan perasaan saat isteri bercerita dan berkongsi. Mereka sudah tiada siapa lagi ingin bercerita. Jika orang luar jatuh kita simpati. Inikan isteri yang tolong jaga rumah kita. Tolong jaga anak kita. Mereka sebahagian diri seorang suami..pandang mata mereka. Menangis saat mereka menangis. Sediakan bahu, lengan dan peha saat mereka bercerita. Usap mereka dengan rasa sayang..

Mata memandang mereka dengan rasa cinta. Inilah wanita bidadari syurga yang Allah pinjamkan buat kita..

Jika mereka buat kerja rumah berlari bantu. Jika wajah mereka tak bermaya, tak cukup tidur, tak cukup makan,pucat..beri mereka cuti atau rehat. Jagakan anak-anak dan uruskan rumahtangga. Mereka bukan orang gaji kita. Mereka kekasih hati dan bidadari kita.

Malam hari dan setiap kali lepas solat fardhu doa menangis buat mereka. Ya Allah ampunkan dan kasihilah wanita ini. Mereka separuh mati kerana kami..mereka tak pernah curang atau lupa mendoakan seorang suami. Itulah wanita. Mereka kebanyakannya setia. Mereka tak pernah peduli lelaki lain selain suami mereka..jika dapat wanita seperti itu jagailah dia. Sayangi dan bimbing mereka dengan solat dan kasih sayang...pasti ibu kita gembira jika kita pandai hargai isteri atau wanita dalam hidup ini...

Hidup ini bukan untuk nafsu kita sahaja. Hidup ini untuk Allah. Sibuk tunaikan hak. Hak kita biar Allah yang tunaikan dengan RedhaNya..itulah segalanya..

Dia mula sebak dan kata insyaAllah ustaz. Saya mula faham..-ebit lew

Jumaat, Januari 22, 2016

Kenapa nabi s.a.w berniaga?

Kenapa nabi s.a.w berniaga?
Sunnah? Nak kaya?
Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?
Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.
Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.
Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.
Kemudian apa?
Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Di sini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.
Kemudian lagi apa?
Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhuwwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg dibawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. Apa produk itu? Iman dan Islam.
Kemudian pula apa lagi?
Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia.Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang ke sana ke mari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.
Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asal kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.
Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.
Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk  mendekati kepelbagaian manusia.
Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.
Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.
Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniaga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.
Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.
Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik-baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?
Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.
Berapa usia kita?
Contohi nabi s.a.w di usia kita.
Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.
Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.
Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.
Aku juga pernah berputus asa berniaga. Tapi aku belajar rasa sakitnya jatuh, supaya kelak aku faham nikmatnya bangkit.
Sunnah itu bukan pada jubah, makanan atau pakaian.
Tetapi sunnah pada perlaksanaan.
Sholawatt...
Sumber: copy paste whatsapp group