Memaparkan catatan dengan label duit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label duit. Papar semua catatan

Khamis, Mei 07, 2020

Aku & Wahed Invest (Bahagian 5-referral reward)

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Dah masuk bahagian 5 kisah Aku & wahed invest. Korang boleh baca kisah-kisah aku & wahed invest bahagian 1 hingga empat dekat link bawah:

Kisahnya pada 3 Mei 2020, aku buka aplikasi wahed invest untuk tengok berapa dah nilai duit yang berjaya aku jana. Setakat 2 mei 2020 duit pelaburan dan mencecah RM134.95. Jika ditolak dengan duit deposit dan welcome reward, maka duit yang betul-betul hasil pelaburan halal wahed adalah RM14.95. Pada pendapat aku, ok lah dapat banyak itu, aku pun melabur RM100 sahaja. Kalau duduk dalam beg duit aku, duit itu tak beranak tetap je RM100. Alhamdulillah, masuk wahed dia beranak.

Selepas 3 hari, iaitu semalam 6 mei 2020 aku jenguk lagi sekali aplikasi wahed invest. Entah kenapa rasa hati nak menjenguk duit itu walaupun baru je tengok beberapa hari lepas. Buka-buka aja, terkejut tengok duit dah jadi RM158.48. Dalam kepala terus muncul persoalan macam mana boleh naik banyak macam itu dalam tempoh 3 hari sahaja. Tengok screenshot di bawah kalau tak percaya.




Maka kita terus tanya kepada yang pakar...siapa lagi kalau bukan Mr.Y. Mr.Y kata cuba tengok bahagian referral. Buka bahagian referral ada successful referral pada 30 april 2020. Boleh rujuk gambar di bawah untuk lebih jelas bagaimana referrals berfungsi.



Maka nasihat aku, kalau korang nak join wahed invest, masukkan kod referral norbin136, kemudian promote atau war-warkan kod korang dekat mana-mana media sosial yang korang ada. Semoga kita sama-sama dapat manfaat daripada perkara ini.


Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10).
Kod Jemputan: norbin136


Rabu, Februari 17, 2016

Analisa Bajet Famili

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Agak-agak berapa kerap anda lakukan analisis kewangan keluarga?

Kewangan keluarga melibat sumber pendapatan suami isteri dan perbelanjaan semua ahli keluarga dalam tanggungan.

Ada yang melakukan analisis sekali setahun, ada yang sebulan sekali dan ada yang melakukan seminggu sekali. Malah ada yang langsung tak pernah melakukan analisis ini.

Dulu kami melakukan sebulan sekali, namun kini lebih kerap terutama selepas Mr.Y menjadi ahli Urus insan dengan En Zaidi Ismail.Bayangkan selepas bedah siasat kewangan kami mampu selesaikan hutang kereta yang masih berbaki Rm12k selama 2tahun.

Maka duit simpanan bulanan dapat ditambah lagi dan kami tidak memilih dengan upgrade kereta ke lebih besar.Pencapaian kami bila simpanan daripada 3angka kepada 4angka bulanan.
Ingin tahu macam mana kami buat begitu?

Bajet Bulanan Selepas dapat gaji dan semua komisen kami gabungkan da buat bajet bulanan diatas Papan putih dan memantau setiap hari perbelanjaan dan masukkan ke dalam apps Penny download di Playstore.
Setiap bulan perbelanjaan bulanan dapat disimpan didalam dropbox dan dicetak dengan Excel.

Contoh bajet bulanan atas papan putih
Penny apps yang boleh dimuat turun melalui playstore

Simpanan Bulanan
Matlamat simpanan dan dimana perlu disimpan mainkan peranan kerana mengelakkan kami keluarkan setiap hujung bulan.Cadangan boleh disimpan dalam ASB dan Tabung haji.Jika ada lebih baru kami buat simpanan ke bentuk emas dan saham.


Matlamat
Kami ingin bebas hutang dan selesaikan hutang yang paling kecil dengan konsep 'snowball effect'. Rujukan daripada Ebook Dave Ramsey.
Kami sama sama merancang matlamat agar kami gembira apa yang kami lakukan.Bayangkan buat bekal untuk Mr Y dan anak pun boleh gembira sebab nak capai matlamat kami.

Motto kami
"Kurangkan kemahuan, Tingkatkan Pendapatan dan Simpanan"

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
InsyaAllah akan bersambung.

Jumaat, Januari 22, 2016

Kenapa nabi s.a.w berniaga?

Kenapa nabi s.a.w berniaga?
Sunnah? Nak kaya?
Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?
Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.
Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.
Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.
Kemudian apa?
Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Di sini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.
Kemudian lagi apa?
Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhuwwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg dibawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. Apa produk itu? Iman dan Islam.
Kemudian pula apa lagi?
Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia.Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang ke sana ke mari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.
Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asal kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.
Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.
Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk  mendekati kepelbagaian manusia.
Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.
Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.
Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniaga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.
Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.
Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik-baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?
Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.
Berapa usia kita?
Contohi nabi s.a.w di usia kita.
Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.
Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.
Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.
Aku juga pernah berputus asa berniaga. Tapi aku belajar rasa sakitnya jatuh, supaya kelak aku faham nikmatnya bangkit.
Sunnah itu bukan pada jubah, makanan atau pakaian.
Tetapi sunnah pada perlaksanaan.
Sholawatt...
Sumber: copy paste whatsapp group