Memaparkan catatan dengan label review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 26, 2024

Review: Nafsu @viu

Assalamualaikum, lama tak buat reviewkan. Kali ini aku nak ceta drama NAFSU yang baru habis episod akhir dekat viu. Mulanya aku tak ada nak tengok pun cerita NAFSU ni. Tapi reelsnya lalu lalang dekat FB aku.. Tapi reels yang buat aku nak tgk ialah Bila si kamal adli or sam ini tak dapat bezakan antara manusia dan roh. Alam nyata dan alam ghaib. So aku pun layan lah.. Dari satu episod ke satu episod.. Akhirnya aku stress rupanya cerita ini masih on going... Dengan kesabaran ku menanti hari khamis nak tengok episod by episod. Akhirnya selesai. 

Pada aku cerita ni nampak lebih hidup dan lebih mudah kita jiwai sebab pelakon-pelakon dia hebat-hebat. Tambah jalan cerita yang tak lari dari realiti. Ye manusia akan selalu mengalah dengan nafsu. 

Antara ayat ustaz yang aku suka, " Syaitan tak takut orang alim tapi takut orang beriman"

Dalam cerita dia tunjuk, orang alim pun ada yang tunduk kepada nafsu demi dunia. Alim yang aku maksud kat sini, ilmu pengetahuan yang mendalam dalam agama islam tapi belum tentu beriman. 

 gambar ihsan google ye.. 

Khamis, Februari 22, 2024

Siapkan mental kalau nak tengok My Happy Ending.....

 Assalamualaikum dan salam semua..... siapa dah layan sampai My Happy Ending lakonan Jang Nara sebagai watak utama. 


Ringkasan drama ini adalah tentang seorang wanita bekerjaya berjaya dan memiliki keluarga bahagia. Yang secara kasar kehidupan hampir sempurna. Tapi disebalik kesempurnaa yang semua orang nampak wanita ini sebenarnya menghidapi sejenis penyakit iaitu bipolar. Dia sukar membezakan antara imaginasi dan realiti, terlalu mencurigai semua orang dan tidak percaya kepada yang lain. Apabila datang penyakit boleh mencederakan diri sendiri. 

Nasihat untuk yang berhajat nak tengok, siapkan lah mental dan jiwa. Boleh naik pening dan sakit otak memikirkan. Kesimpulan cerita ini perlu kepada fokus dan pengahayatan mendalam. Apapun banyak info dan maklumat tentang penyakit mental ini disampaikan secara tak langsung.

Khamis, September 30, 2021

Review Perk Coffee.. - [FREE COFFEE TRIAL]


Assalamualaikum dan selamat pagi.. pernah dengar pasal perk coffee tak? Aku mula-mula dengar dari Mr.Y. Dia tak sabar sangat nak tunggu kopi ini sampai. 

 [FREE COFFEE TRIAL] 
📦Calling all coffee lovers!☕
From now for a limited time, you can try your first order of Perk Coffee for FREE when you trial our coffee subscription!
Just pay RM 5 for shipping, and pause or cancel future orders anytime after your first coffee delivery.
-Only for new subscribers
-Once only per subscriber
https://perkcoffee.co/my/get-started/?promo=115903


Kopi Perk ini ada beberapa pilihan. Kali ini Mr.Y pilih jenis drip. Oleh kerana kami tak pernah pakai guna kaedah drip ini maka video kat bawah menunjukkan cara yang salah untuk buat drip kopi.
Aku pelik kenapa kopi harga mahal, dekat RM4 sepaket tapi rasa lebih teruk dari kopi 3 in 1. 


Selepas pada kejadian aku pun buat kajian bagaimana nak dapat hasil terbaik apabila buat drip kopi ni.Buka youtube dan perk website. Akhirnya dapat tahu teknik yang betul. Tapi kesabaran yang tinggi kalau nak betul-betul sedap.

Cara dia tuang air panas dari coway secara perlahan dan tidak melebihi paras sebuk kopi dalam beg tersebut. Apabila air telah kering tambah lagi. Biarkan hasilnya menitik setitik setitik.. aku dapat untuk 190ml dalam 30 minit. Kemudian tambah susu yang telah dipanaskan bersama pemanis yang korang suka. Aku kadang pakai gula untuk orang diabetis, kadang susu pekat dan kadang-kadang stevia asmak.
Dia punya rasa memang antara yang terbaik lah pada aku. Ada banyak jenis kopi dari dark roast, medium -dark roast dan  medium roast. Aku dah cuba 2 iaitu urbanite dan 
Nicaragua La Esperanza
.


Atas adalah video aku rekod semasa tunggu dia menitik. Sabarkan saya.....


Itu sahaja perkongsian kali ini. Kepada peminat kopi jangan lupa mencuba....

Sabtu, September 05, 2020

Dinner @ HR Steak House

Assalamualaikum dan salam semua. Ini kedai makan telah lama ada. Jika waktu bujang dulu kedai ini salah satu pilihan utama aku dan kawan-kawan kalau nak makan western. Kenapa? Sebab harga murah dan kuantiti makanan banyak (tak kedekutlah). Sehari sebelumnya, aku keluar dengan adik aku, aku cakap dekat dia nak makan western tapi dia tak minta. Maka kami makan biasa-biasa sahaja. Aku langsung tak cakap dekat Mr.Y yang aku teringin sebab aku punya teringin dah hilang. Tetiba petang sebelum hari merdeka Mr.Y ajak keluar makan awal tapi tak cakap nak makan dekat mana. Maka kami anak beranak ini ikut je lah dia dari belakang. Sampai depan HR Steak House dia masuk. Aku macam wow!!! tak cakap pun dapat tahu apa bini mengidam. Hebat bapa nak tambah anak ini. Oleh kerana semenjak penularan covid-19 ini, kami jarang sangat makan kedai...seronok lah mereka dapat makan kedai kali ini.

Sampai awal, tapi tempat duduk dah penuh...kena tunggu sekejab.

Berikut menu yang kami pilih. Kebanyakkan makanan habis, tak ku sangka uwais, hana dan humaira habis satu hidangan. Berbaloi sangat makan kat sini walaupun masa menanti itu lama.

Pilihan Mr.Y
Ummu dengan kakak tetap pilih lamb chop. 


Nenek perut melayu, maka abi ambil nasi moroco dan nenek nak mencuba juga makan fish grill. Nenek punya fries kena pau dengan kakak humaira.  

Ini uwais dan hana punya menu. Mula-mula mereka makan guna piasu dan garfu, tapi orang melayu lagi nikmat makan guna tangan..sudahnya pakai tangan. Nampak tak uzayr lena tidur...




Isnin, Ogos 17, 2020

Vaseline Expert Care (Sensitive Skin Rescue) menyelesaikan masalah ruam peluh dengan lebih cepat.

Ruam peluh atau dikenali sebagai Miliaria dalam dunia perubatan merupakan masalah ruam yang wujud akibat berpeluh. Ia merupakan gejala biasa dalam masyarakat kita akibat iklim negara kita yang panas lembab sepanjang tahun. Ianya boleh dialami bermula dari usia bayi lagi. Tetapi gejala ini boleh menjadi sangat teruk bagi sesetengah individu. Keterukkan boleh terbahagi kepada tiga. Boleh baca lebih lanjut pasal ini dekat blog Dr.Zubaidi-Miliaria atau ruam peluh.

Kali ini aku nak kongsi pengalaman aku merawat anak yang mengalami masalah ruam peluh dan kulit sensitif. Uwais sejak usia setahun setengah menunjukkan ruam yang agak teruk apabila berpeluh. Keadaan menjadi makin teruk apabila dia gatal dan mula menggaru sehingga berdarah. Sehingga sampai satu saat kami terpaksa memasang aircond. Aku juga pakaikan gel alovera untuk bagi dia rasa nyaman. 

Semenjak Uwais masuk sekolah, balik saja badan berpeluh, kadang-kadang sampai basah baju. Jawapan cuaca panas sangat. Maka di lipatan siku dan lutut, muncul ruam peluh. Aku dah risau takut ruam naik sampai ke leher. Maka aku cari lah losyen atau krim yang sesuai. Jumpa ada orang kata Vaseline intensive care, sesuai. Petang lepas Mr.Y balik kerja terus ajak pergi cari. Balik terus pakaikan, Alhamdulillah selang beberapa hari pakai, ruam berkurangan. Tapi lebih kurang seminggu lepas itu ruam peluh naik dekat leher. Kali ini agak teruk sebab biji-biji macam ada air di dalamnya. Kita pakaikan Vaseline intensive care...tapi kesan tak secepat dekat tangan, ruam pulak dah mula merebak ke muka. Mungkin silap aku juga sebab bagi dia makan seafood time tu, org dah gatal, bagi seafood makin gatal lah kan.

Tetiba ada posmen hantar barang. Rupanya aku terpilih untuk try and review Vaseline Expert Care(Sensitive Skin Rescue). Maka bermula malam tersebut aku pakaikan 2 kali sehari, selepas mandi pagi dan selepas mandi petang. Alhamdulillah,nampak serasi sangat. Tak sampai tiga hari bukan setakat ruam hilang, parut pun tinggal samar-samar. Aku bukan stakat pakaikan dekat leher, dengan muka sekali aku sapu. Uwais tak kisah sapu dekat muka sebab bau dia best dan tak melekit.

Saiz dia sedang elok, tak kecik sangat dan tak besar sangat. Senang nak bawa kemana dan masuk beg pampers adiknya. Maka yang hijau untuk hana, humaira dan uzayr, manakala uwais pakai yang putih. Satu keluarga suka produk keluaran vaseline.

Keadaan kulit Uwais sebelum guna dan selepas 2hari guna.

Bila ada anak yang cepat dapat ruam peluh selain menggunakan produk atau ubatan yang sesuai, kita perlu suruh mereka cepat-cepat mandi selepas peluh kering. Aku juga sabun khas untuk kulit sensitif kepada uwais, tapi dia seorang je lah pakai...ramai-ramai pakai nanti cepat habis lak. Mahal kot sabun tu...seketul sabun Uwais boleh beli 10 ketul sabun mandi biasa.

Itu sahaja perkongsian aku petang ini. Harap berguna untuk yang mengalami Miliaria dan kulit sensitif.

#VaselineMy #ExpertCare #SkinStrong #TryandReviewMY

Sabtu, Ogos 15, 2020

4 hari 3 malam di Swiss Garden Residence Resort, Kuantan.

Assalamualaikum, sebelum raya haji kami sekeluarga ikut Mr.Y ke Kuantan untuk bekerja dalam perjalanan nak balik beraya di kampung. 

Penginapan di Kuantan kami memilih Swiss Garden Resort Residence. Aku tengok gambar dah teruja dah dengan kolam dan pantai yang macam best sangat. Tapi Mr.Y kata jangan berharap sangat sebab itu gambar sebelum PKP.

Ahad, 26 Julai 2020, kami sekeluarga memulakan musafir kami. Tapi sebelum sampai ke kuantan kami melencong ke Bentong sekejab bertemu sahabat Mr.Y. Kami sampai di Swiss Garden Resort Residence sekitar jam 6 petang. Mr.Y tempah bilik untuk 2 malam iaitu dari 26 julai sehinga 28 julai. Tapi kami terpaksa bermalam satu malam tambahan kerana selesai kerja Mr.Y ke bengkel kereta menukar starter yang rosak. (time-time jalan macam ni lah dia nak rosakkan). Satu malam tambahan itu, Mr.Y tempah bilik Family suite. 

Studio Suite
Aku tak sangka dia punya studio suite ada ruangan bilik dan ruang santai yang berbeza. Bilik tidur dan bilik air berada dalam ruangan yang tersendiri,manakala ruang dapur dan ruang tv satu ruang yang sama. Aku bayangkan apabila studio suite, semua berada dalam satu ruang. DI mana kamu akan nampak pintu tandas, katil, tv dan ruang makan tanpa dinding sebab studio suite yang pernah aku duduk sebelum ini macam itu. Cantik sangat kalau semua ruang ada pemisah, tak adalah si kecil asyik nak ke tandas dan main lompat atas katil. Ruang depan tv pun luas, anak-anak siap boleh baring dan kami boleh solat berjemaah. Tingkap yang kami dapat menghadap ke jalan raya, bukan menghadap pantai atau kolam. 

Sampai-sampai sahaja, semua mandi dan anak-anak terus membuka mainan. Menjadi kebiasaan aku membawa mainan kegemaran anak-anak jika bermalam atau berjalan ke mana-mana. Ini adalah tips kawal tantrum anak dan jimat duit dari sentiasa membeli mainan anak setiap kali keluar. Ruang depan sofa dan tv yang luas, selesa untuk anak-anak bermain. Anak-anak juga tidur diruangan tersebut. Bantal disediakan banyaklah pada aku, 4 biji, selalu 2 biji sahaja disediakan. 

Pemandangan dari tingkap bilik studio suite kami. Dari jauh kakak humaira nampak ada masjid. Aku juga suruh mereka tengok adakah kereta pejabat Mr.Y dah sampai atau belum apabila dah sampai waktu balik kerja kerana anak-anak asyik tanya bila abi nak sampai, mereka tak sabar nak mandi kolam. 

Ruang dalam bilik yang selesa dan luas. Oleh kerana bilik tidur adalah berasingan maka senang aku gosok baju kerja Mr.Y dalam bilik dengan kunci pintunya. Keselamatan anak-anak terjamin terutama uzayr yang dalam fasa meneroka semua benda. Iron board dan seterika disediakan, selain itu pengering rambut turut disediakan.

Ini adalah waktu sarapan pagi, jangan risau kedai-kedai jual sarapan pagi ada seberang jalan sahaja. Mr.Y beli sarapan dari kedai yang berbeza untuk hari selasa dan rabu. Hari isnin kami sarapan spaghetti carbonara sejuk beku (frozen). Senang sebab swiss garden resort residence menyediakan crowave, cerek elektrik dan peti ais. 

Family Suite

Selasa, 28 julai 2020 sekitar jam 2 petang kami berpindah bilik ke family suite. Baiknya staff mereka bagi bilik yang dekat dengan bilik studio suite kami. Dah ler, bagi masa kami nak pindah pukul berapa, aku bagitahu selepas laki aku balik kerja tengah hari. Kalau ikutkan pukul 12 kami dah kena pindah sebab ye lah mereka nak kemas bilik untuk next guest kan. Bilik yang kami dapat kali ini lagi best, menghadap kolam dan laut. Masuk saja anak-anak terus nampak kolam, Uzayr terus minta bukakan baju dan pampers. Saat ini semua dah tak tenang duduk, tapi mereka kena bersabar sebab abi nak pergi cari bengkel kereta dahulu. Akhirnya dalam jam 5lebih mereka dapat mandi kolam setelah selesai abi baiki kereta.

Kolam kanak-kanaknya besar....gembira bukan main mereka.

Kerja mereka tengok dah ada orang belum dekat kolam, uzayr dah buka baju. Masalah juga bila bilik menghadap kolam ini...Apa pun view dia memang cantik.

Ruang dapur memang cantik, untuk family suite siap disediakan sudu, garfu, pinggan mangkuk. Selain yang tertera. Arissto itu kami bawa mesin dia sekali, Senang mersin ringan dan mudah untuk nikmati kopi hipster mengadap laut, bukan pengalaman yang selalu dapatkan. 


Family suite ada 2 bilik di mana bilik pertama ada tandas di dalam dan 2 katil single, manakala bilik ke dua ada 1 katil queen. Meja makan pun lagi besar, iaitu meja 6 kerusi. 


Bawah aku share sedikit video kami disana....



Kenapa pilih Swiss Garden Resort Residence?
  • Jarak antara pejabat kimia kuantan dan residence sekitar 10minit sahaja.
  • Fasiliti yang disediakan family friendly
  • Kedai makan sarapan, tengah hari dan makan malam yang dekat, boleh jalan kaki sahaja.
  • Kedai serbaneka pun ada beberapa yang dekat, jalan kaki juga.
  • Dekat dengan pantai, keluar pagar sahaja.
Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada yang memerlukan.



Isnin, Mac 02, 2020

Saba Town - Quill City Mall

Selain Hadramout village, saba town turut menyediakan makanan berorientasikan makanan timur tengah.

Baca juga:

Family Gathering~Sulaiman Street, Kampung Baru...


Kali ini kami ambil pakej 2-3 orang punya makan. Aku pernah cuba makan nasi arab di Restoran Saba, cyberjaya. Rasa keenakan nasi dia memang teringat-ingat sampai kini. So pada andaian aku makanan dekat saba town ni sama sedap lah dengan restoran saba cyberjaya tu. Huhuhuhu... Hampa..makanan masih lagi sedap dan salad terbaik pada aku. Tapi tetap tak boleh lawan restoran saba cyberjaya.

Sabtu, Oktober 28, 2017

Magic Easy Clean

Magic Easy Clean adalah "multipurpose cleaner'. Kegunaan dan kelebihan bolehlah baca pamplet yang disediakan. Untuk tempahan dan pertanyaan hanya  klik FB Magic Easy Clean.

Kisahnya:

Beberapa minggu lepas owner whatsapp mintak buat design stiker untuk produk baru dia. Aku pun tanyalah detail produk dan saiz stiker dia nak. Bayangkan dia kalau boleh nak siap design stiker dalam hari yang sama. Memandangkan waktu dia whatsapp aku lagi sibuk dengan anak-anak, aku bagitahu waktu rehat mengajar KAFA aku buat. Kebetulan hari itu ada KAFA kan, kalau tidak, aku kena bagitahu malamlah aku buat. Buat pun guna apps 'picsart' dekat telifon sahaja. So hasil stiker berpuas hati. Itu yang dekat botol tu ya lah.

Apabila aku cerita tentang produk ini dekat Mr.Y dan tunjuk gambar yang dah dibuat, maka terus Mr.Y mintak beli. Aku pun bagitahu lah untuk pos sebotol ke sibu. Bila nak bayar dia kata tak payah lah, hadiah tolong design stiker. Yeay....

Cun dah dlm keta Mr.Y, hilang kesan percikan air coklat anak-anak di bumbung kereta.

Bahagian dalam bumbung kereta.

sinki
 p/s: owner ini adalah adik aku, sebab itu aku tak ambik bayaran untuk design stiker sebagai tanda sokongan awal perniagaan dia jalankan. Lagi pun adik aku ini selalu jugak bagi job dekat aku since ktorg ada minat yang sama iaitu ambik gambar. Bezanya dia ambik gambar orang kawen. So kalau customer dia nak photobook skali, dia akan bagi aku untuk buat. Bukan suka-suka design free ye....hihihihi


Sabtu, April 22, 2017

Kejayaan Suatu Impian Atau Pilihan ~ 10 Tokoh Usahawan Muslimah



Assalamualaikum dan selamat pagi, alhamdulillah malam tadi sempat habiskan baca bab 1 dari buku 10 TOKOH USAHAWAN MUSLIMAH.
Bab 1 dengan tajuk MEMAHAMI KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM banyak menceritakan kisah Puan Zawti Ibrahim iaitu pemilik Jatimas Asia Sdn. Bhd. Antara yang menarik perhatian adalah Motivasi Pernigaan yang dapat diterbitkan dari kisah hidup Puan Zawati.

Motivasi Perniagaan

  • Kejayaan adalah pilihan
  • Ujian pemangkin semangat
  • Sanggup belajar
  • Melihat cabaran sebagai peluang
  • Tiada istilah serik atau berputus asa
  • Matlamat pemangkin semangat dan azam adalah teras kekuatan
  • Cari penyelesaian bukan alasan.


Saya pilih topik Kejayaan adalah pilihan pada kali ini. Setiap insan menanam impian untuk berjaya tetapi tidak semua insan menjadikan kejayaan suatu pilihan. Antara faktor adalah semangat dan keyakinan akan kejayaan yang bakal diperolehi tidak ada dalam diri. Perasaan rendah diri dan meragui kemampuan diri menghalang kita untuk memilih kejayaan sebagai pilihan.

Berminat untuk baca lebih, boleh klik gambar buku kat atas. Buku ini saya beli dekat bookcafe.

Isnin, Januari 23, 2017

Review Buku: Secangkir Teh Pengubat Letih

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=1880&url=5415
Secangkir teh pengubat letih adalah sebuah buku travelog tarbiah. Ini merupakan buku travelog tarbiah yang aku baca, tak silap awal tahun 2011. Selepas baca buku ini lah aku mula jatuh cinta dan suka dengan buku-buku travelog lain. Apa yang di kongsi ini adalah apa yang masih ingat.

Secangkir teh pengubat letih adalah kisah perjalanan penulis ke bumi bertuah Turki. Penulis menulis buku dengan mengambarkan keadaan di Turki saat itu dengan amat jelas, sehingga aku dapat membayangkan bagaimana kedudukan bangunan, keadaan kedai dan suasa semasa. Setrusnya penulis berkongsi adab dan budaya masyarakat turki minum teh. Teh di masak bersama air dan diminum dalam cawan kecil.

Banyak lagi bab yang menarik dapat di rasai apabila membaca buku ini. Walaupun kita tak berada diturki tetapi ia membuat kita merasa seperti pernah ke sana. Jangan pelik jika anda merasa rindu untuk kesana.

Buku ini boleh didapati di Bookcafe. Senang sahaja beli buku sekarang, online sahaja.