Memaparkan catatan dengan label anak.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak.... Papar semua catatan

Ahad, Januari 13, 2019

Kenangan Sekolah Sibu

Assalamualaikum...

Kakak humaira sempat masuk pra sekolah di sekolah kebangsaan ulu sungai merah selama 4 bulan. Aku kagum sangat sebab dalam tempoh 4 bulan itu kakak dah boleh membaca walaupun belum lancar.  Waktu ini kakak lebih fokus kerana dia dah penat sekolah main-main selama 2 tahun.

Manakala hana pula sempat masuk sekolah sedidik 4 bulan, hana lain sedikit dari kakak. Dia yang jenis cepat mendapat kawan baru dan lebih selesa berkawan baik dengan lelaki. Apa yang dia buat selama 4 bulan adalah bermain. Jika kakak humaira tak pernah kena denda oleh cikgu semasa disedidik. Hana hampir setiap minggu didenda. AKu tak kisah malahan menyokong dia buat perangai dan menyokong cikgu mendenda. Jangan tak tahu, dia punya kreatif buat masalah sampai tadika islam dia bawak. Hinggakan cikgu pening nak melayan. 

Sebagai tanda penghargaan dan kenangan buat guru-guru tersayang maka ummu beria-ia buat bookmark. 



Untuk cikgu sekolah hana
Untuk cikgu sekolah Kakak Humaira
                           

Khamis, Mac 23, 2017

Tukarkan lukisan anak anda kepada suatu yang menarik.

Assalamualaikum.
Yang sebelah kanan adalah lukisan kakak humaira sewaktu ummu sedang mengajar. manakala yang sebelah kiri adalah hasil editing lukisan kakak. suka sangat dia ummu edit gambar dia lukis.
Salah satu cara saya hargai lukisan anak-anak adalah dengan menghantar gambar lukisan mereka kepada abi mereka. they love it.

Ahad, Januari 08, 2017

Morning Talk~ Kenapa kita perlu hidup jauh dari insan yang kita sayang?

BIsmilahirahmanirahim, Assalamualaikum.

Semalam hari sabtu, kami bawa anak-anak main di padang. SIap main perut lapar maka kami makanlah di kedai roti canai atok (kedai roti canai di kantin hospital sibu, serius ini antara kedai roti cannai yang sedap, jika datang lepas jam 9 pagi, habis.)

Sementara nak tunggu roti canai atok siap, kami layan anak-anak borak. Ok, oleh kerana orang agak ramai, kami dah agak yang roti canai pasti agak lambat sampai, maka order mihun goreng kasi anak-anak makan. Mihun sampai aku layan kakak makan manakala Mr.Y layan uwais dan hana makan. Sambil makan sambil kami berbual. 

Persoalan yang kami wujudkan adalah kenapa kita masih berada disibu sedangkan kawan-kawan seangkatan Mr.Y, malahan yang datang kemudian dari Mr.Y pun dah berjaya pindah ke tempat lain. Jawapannya adalah kerana Allah nak latih kami untuk hidup berdikari, Mr.Y diajar secara tidak nyata bagaimana menguruskan kewangan keluarga manakala aku diberi latihan menguruskan rumah tangga dari segi masa dan keperluan. Ini adalah latihan yang wajib lulus.



Kenapa Allah nak kami belajar semua ini, ini adaalah sebagai persediaan untuk kami apabila saat perlu kembali kepangkuan insan-insan yang disayangi. Jika bejaya pulang ke KL, secara tidak langsung segala pengurusan kewangan keluarga di sana akan menjadi tanggungjawab suami kerana sumber pendapatan akam datang dari Mr.Y sebab aku tak bercadang untuk keluar bekerja. Apabila hidup di KL cabaran lebih besar sebab kami akan tinggal bersama ibu Mr.Y dan adik-beradik yang lain. Sebelum kematian abah, kami bercadang untuk menyewa rumah sendiri jika pulang ke KL, tetapi selepas kematian abah kami fikir adalah lebih baik kami tinggal bersama ibu. Walaupun di sana akan ada ipar duai yang memerlukan aku sentiasa menutup aurat. Ini bukan alasan untuk tidak berbakti. Jika dulu ibu mertua menjaga cucu-cucu bersama abah, sekarang ibu jaga sendirian apabila anak-anak keluar bekerja. Ini lah sebab kami rasa kami perlu pulang ke sana, kerana sekarang bukan masa untuk mak bekerja lagi.

Mungkin ada yang terpikir tak risau ke akan bergaduh jika tinggal dengan mertua? Kenapa perlu wujud persoalan akan bergaduh. Aku berdoa pada Allah agar menjauhkan perasaan negatif, arwah ibu aku sendiri pernah tinggal dengan mertua, ayah pun pernah tinggal dengan mertua. Nenek sebelah ayah saat sakit amat suka akan masakan ibu aku, manakala nenek sebelah ibu sentiasa mengharap bantuan dari ayah. Pokok pangkalnya adalah bagaimana kita membawa diri saat tinggal dengan mertua. Ibu pernah pesan, anggaplah mertua mu sebagai ibumu jua. Wujudkan kasih dan sayang sebagaimana kamu menyayangi ibu mu sendiri.

"YA ALLAH, KURNIAKANLAH PERASAAN KASIH YANG IKHLAS DALAM DIRI INI KEPADA INSAN YANG PERNAH MELAHIRKAN DAN MENDIDIK SUAMIKU, AGAR DAPAT AKU BERBAKTI KEPADANYA SEBAIK AKU BERBAKTI KEPADA IBUKU SENDIRI. AMIN"
Ok, kita buat ringkasan jawapan kepada persoalan tersebut diatas:
1. kita perlu hidup berjauhan dari yang tersayang kerana Allah nak latih kita menguruskan keluarga yang kecil dahulu sebelum menguruskan keluarga yang besar. Allah tahu kita tak mampu uruskan keluarga yang besar terus, sebab itu Allah bagi peluang kita uruskan keluarga kecil selama beberapa tahun.
2. Beberapa tahun awal ini adalah tempoh kita mengenali hati budi dan perangai pasangan kita, agar nanti jika ada yang mengatakan sesuatu yang tidak benar tentang pasangan kita, kita bisa menidakkan nya.
3. Menguruskan wang bukan suatu yang mudah, jika wang RM100 pun kita tak mampu urus dan gandakan dia, bagaimana nak urus wang RM1000. 
4. Menguruskan keperluan setiap anak setiap hari adalah suatu yang berat, mana kamu perlu bjak menguruskan masa untuk membasuh, menidurkan, memasak, melipat dan menyidai. Belum masuk lagi online bisnes.


Doakan kami berjaya pulang ke pangkuan keluarga dan doakan kami berjaya menjalani ujian Allah.

Khamis, Ogos 18, 2016

Kerepok lekor ori ganu

Assalamualaikum dan selamat pagi

Keropok lekor ori ganu....

♥♥♥ lekor panjang 1 paket 5 batang
♥♥♥ lekor pendek 1 paket 20 batang
~ beza antara 2 ni hanya pd potongan..
♥♥♥ free 1 botol sos

■■■ Minima order 3 paket...
3 paket Rm40 shj trmsuk kos postage utk semenanjung...

★★★ pengeposan utk keropok lekor hanya di buat stiap hari ahad shj..
★★★ last payment pukul 3 petang stiap hari sabtu..
★★★ slps pukul 3, keropok akan mula diproses & pengeposan utk keesokkan harinye (ahad) pd pukul 7.30 pagi...

Jika berminat, boleh pm @ whatsapp
014-5221591





Rabu, Ogos 10, 2016

Kenapa anak kita sakit?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kenapa anak kita sakit? Kerana kita insan terpilih.

Percayalah walau sebaikmana kita menjaga permata kita, tetapi jika Allah nak uji kita dengan kesihatan permata kita maka redha lah. Mungkin kita menjaga mereka sebaiknya tetapi kita tidak menjaga hubungan kita dengan Allah sebaiknya. Kerana pada saat permata kita jatuh sakit kita pergi kepada doktor, tetapi masih juga tidak baik. Maka kita akan kembali kepada Allah. Kita akan merintih dan mengadu kepadaNya.

Bersyukurlah anda diuji, kerana ujian adalah untuk insan beriman. Semoga keimanan anda bertambah.

Iman tak dapat diwarisi, ia dari seorang ayah yang bertaqwa.
Ia tak dapat di jual beli, ia tiada ditepian pantai.


Khamis, Jun 30, 2016

Pengalaman berterawih 2016

Assalamualaikum.. 

Jom baca kisah terawih humaira, hana dan ummu bersama baby uwais.

     Selalu selepas berbuka abi akan toling kemas ruang makan dan basuh pinggan. Waktu inilah ummu mandi dan siap-siap untuk solat magrib. Setelah semua siap, abi akan ke surau al-mustaqim untuk solat isyak dan terawih berjemaah. Ummu memamng teringin hendak bersolat berjemaah bersama-sama khairiah surau, tetapi tuntutan untuk ummu berada di rumah lebih penting.
    
Apabila masuk waktu isyak, maka ummu dan kakak akan solat isyak bersama sambil hana bermain dengan baby uwais. Selesai solat isyak kakak humaira akan simpan telekung dan sertai adik-adik untuk bermain manakala ummu akan meneruskan solat terawih.  Masa mula-mula kakak humaira melihat ummu solat terawih, kakak pelik dan bertanya seperti berikut:

Humaira: ummu kenapa solat lagi, tadikan dan solat.
Ummu: Ini solat terawih kakak.
Humaira: Solat terawih tu apa?
Ummu: Solat terawih itu solat sunat bulan puasa.
Humaira: O....tadi tu solat apa?
Ummu: Tadi solat isyak.
Humaira: O..solat isyak sikit, solat sunat banyak...

Kiranya kakak humaira telah dapat jawapan kepada persoalan kenapa ummu solat lepas isyak. Beberapa malam selepas itu kakak Humaira bertanya lagi.

Humaira: Banyaknya ummu solat? Kakak solat sikit je. Allah suka ek kita solat banyak?
Ummu: Ummu solat sunat terawih, ada 8 rakaat ada 20 rakaat. kakak solat isyak.
Humaira: Kakak solat isyak 4rakaat je...Allah suka ek kita solat banyak?
Ummu: Ye kakak Allah suka. 
Humaira: Kakak nak Allah sayang, tapi kakak tak larat lah nak solat banyak. Kakak tolong jaga adik-adiklah...ummu solat dulu.

Persoalan dan pertanyaan tak pernah berkurangan, kadang-kadang tak mampu nak menjawab hanya mampu mengangguk. tetapi lumrah anak kecil tetap inginkan jawapan keluar dari mulut. Adakala apabila si kakak bertanya, si hana khadijah akan turut mengulangi percakapan kakaknya. Ummu kena pastikan jawapan bagi kedua-duanya adalah sama dan menurut kefahaman mereka.

24 june, hari jumaat kami ada majlis berbuka puasa di surau sekolah. Sewaktu ummu lipat telekung dan masukkan kedalam beg, kakak humaira meminta ummu untuk masukan telekung solat dia sekali. Ok, ummu masukkan dan bawa sekali ke sekolah. Sampai saat solat maghrib berjemaah, kakak meminta telekung dan ingin solat bersama. Saat ini hana hanya melihat kakak bersolat. Dalam hati ummu sebelum angkat takbir "kakak ni boleh ke solat bersama saf dan jemaah lain ni...sampai akhir ke solatnya..tawakal kepada Allah je lah, kalau kat rumah ummu dan abi belum abis solat dia dah selesai. ummu dan abi belum rukuk dia dah rukuk. Semoga Allah memudahkan kita beribadat ye kakak, dan hana tidak mengganggu jemaah bersolat." Maka bersolatlah kami bersama jemaah lain, Ya Allah kakak solat berjemaah sehingga selesai. Benarlah,

 YANG MEMEGANG HATI DAN JIWA MANUSIA ADALAH ALLAH, DIA YANG MENGGERAKKAN HATI ANAK KECIL UNTUK DEKAT KEPADANYA. JANGAN DIHALANG KEHENDAK ANAK KECIL UNTUK BERIBADAT KEPADA PENCIPTANYA.

Perasaan ummu selesai solat, syukur hanya Allah yang tahu. 




Ahad, Mei 22, 2016

Semangat jam 3 pagi mak...

Aduhai anak...ummu bangun pagi2 buta nak siap kan penyata pendapatan...ye lah nanti taklah org lhdn dtg tangkap kita dik oi... tapi kamu pun sama nak berjaga... nak tolong kira ke apa... siang hari memang payah nak buat dengan urusan kerja rumah yang tak habis..

Redho je lah...huhuhu...