Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 03, 2021

Pᴇɴɢᴀʟᴀᴍᴀɴ ᴍᴇɴɢɢᴜɴᴀᴋᴀɴ Hᴀʙʙᴀᴛᴜs Sᴀᴜᴅᴀ

 𝒜𝓈𝓈𝒶𝓁𝒶𝓂𝓊𝒶𝓁𝒶𝒾𝓀𝓊𝓂 𝒹𝒶𝓃 𝓈ℯ𝓁𝒶𝓂𝒶𝓉 𝓅𝒶ℊ𝒾...




Pada pagi jumaat yang mulia ini kita nak share pengalaman kita dengan Habbatusaudah dari segi penggunaan luaran dan sebagai suplimen tambahan.

𝟏. 𝐌𝐢𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐔𝐫𝐮𝐭


Sewaktu kita sekolah menengah, malam selasa dan khamis kita wajib layan WWE dengan ayah kita. Setiap kali itu lah cik (panggilan untuk mak) datang bawa minyak urut habbatus sauda. Maka sambil kita layan gusti kita urut lah cik dengan minyak habbatus sauda. Dia dalam botol kaca tak ada label pun. Mana cik beli pun kita tak tahu. Walaupun kita tak suka pakai minyak tu, tapi sebab cik suka kita guna je lah. Kita pernah tanya kenapa nak guna minyak ni, cik kata minyak ni panas tapi tak pijar....
Lepas kita bersalin anak pertama, kita langsung lupa nak siapkan minyak panas untuk sapu kaki dengan betis. Dekat hospital, mak kita keluarkan minyak habbatus sauda dari beg dia dan sapu kaki dan betis kita. Terharu sangat...pukul 3 pagi kot time tue.... Yang best kita tak rasa sejuk lepas sapu.

𝟐. 𝐒𝐮𝐩𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧


Kita amalkan ambil minyak habbatus sauda sebagai suplimen sejak 2015, masa itu kita menyusu anak no.3. Special anak ini dia tak nak botol or susu formula langsung, tetiba susu badan drop. Cari maklumat dan makanan tambahan yang boleh tambah susu badan. Ada yang kata amalkan habbatus sauda. Maka kita cuba, alhamdulillah menjadi. Maka kita teruskan amal sehingga sekarang. Waktu itu kita tak tengok pun brand apa, yang penting dia minyak habbatus sauda.
2016 & 2017, anak-anak kerap kena selsema dan tonsil. Jumpa maklumat kata Habbatus sauda dapat naikkan sistem imun badan anak, maka kita bagi anak-anak juga minyak habbatus sauda. Selain makan, kita sapu minyak itu di leher dan dada mereka.
2018 baru kenal minyak herba asmak, maka kita dapat jimat kapsul minyak habbatus sauda sebab dalam minyak herba asmak ada habbatus sauda juga.
2021 asmak keluarkan minyak habbatus sauda, lagi mudah kerja kita, tak perlu nak cari dekat shopee lagi siapa jual minyak habbatus sauda..
Itu lah kisah habbatus sauda dengan kita..

Berminat nak dapatkan boleh terus wasap kita di 019-6158384

Rabu, Februari 07, 2018

Doa ibu ayah

Alhamdulillah,  tepat jam 5.01pagi, 30 Januari 2018,  aku selamat melahirkan seorang lagi putera.  Apa yang hendak dikongsikan disini bukan pengalaman saat melahirkan tetapi pengalaman mengharapkan doa ikhlas insan bernama ibu ayah.

Ibu dan ayah mana tak risau anak atau menantu nak bersalin sendirian,  hanya berteman suami dan cucu-cucu diperantauan.  Setaip kali mak call,  dia akan bagi penuh nasihat dan menampak kerisauan.  Bukan setakat mak,  ayah jugak yer, walaupun ayah gaya macam tak risau tapi apabila makin kerap dia call semata-mata nak tanya adakah Mr.Y ada di rumah, anak-anak sihat, awak laki bini sihat, doktor kata apa? ia memperlihat kerisauan yang melanda hatinya.... maka setiap kali itu lah kami cakap,  "insyalah tak ada apa-apa,  doakan yang baik-baik dan dipermudahkan sudahlah."

Sebelum tiba saat bersalin,  setiap saat jika teringat atau datang rasa sakit main-main aku titipkan doa agar semua mudah,  urusan anak-anak mudah,  urusan suami mudah, dan jangan lah anak-anak ini menjadi beban orang lain.

Usai bersalinkan anak kali ini,  nikmat Allah amat terasa sehingga terasa menitis air mata. Apa tidaknya,  jam 3.30am  kejut anak-anak untuk dihantar ke rumah pengasuh,  mereka tidak menangis atau meragam. Sampai ke hospital sekitar jam 4.30pagi dan selamat bersalin jam 5.01pagi. Masuk ke wad dalam jam 8.30pagi, Alhamdulillah rezeki dan nikmat Allah lagi terasa apabila dapat keluar pada hari yang sama sekitar jam 3petang. Sementara menunggu kata putus dari doktor sama ada dapat keluar atau tidak, berwassapp dengan Mr.Y. Antara ayat yang Mr.Y adalah "Insyaallah dapat keluar hari ini. Kalau boleh tak nak susahkan orang lain menguruskan anak-anak yang lain. Biar kita sama-sama tanggung kesusahan asalkan tak menyusahkan orang lain."

Mengenang kembali semua perjalanan kali ini, kami mengandaikan bahawa tidak ada doa yang lebih baik dari doa ibu bapa. Kami sentiasa meminta mereka mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Bukan sekadar meminta mereka mendoakan tetapi kami cuba juga memudahkan urusan mereka dan memenuhi setiap keinginan yang mereka mahu.

Jika kita menyenangkan hati orang tua serta memudahkan urusan mereka, insyaallah setiap doa yang keluar dari mulut dan terlintas di hati mereka adalah ikhlas buat kita.

Kami juga amat bersyukur kepada Allah kerana dipertemu dengan insan-insan yang baik dan mudah membantu terutama keluarga pengasuh anak-anak. Bila dah cukup bulan tapi belum sakit lagi mereka siap pesan awal "rasa sakit sikit-sikit terus hantar budak-budak ke sini."  Tapi tak adalah nak hantar bila sakit sikit-sikit, memang saja tunggu sakit betul-betul sebab tak nak lama-lama di hospital. Bermula dengan kelahiran Hana Khadijah, Uwais Aysar dan kali ini Uzayr Aqeeb. Kata orang sukar bersalin di tempat tak ada saudara mara, payah nak mintak tolong. Tapi pada kami, tak kisah dimana kita berada cabaran dan dugaan tetap ada. Tetapi bagaimana kita menguruskan ujian dan menghadapi cabaran yang penting.

Jika kita merantau, fahamilah budaya dan adat setempat, jangan berlaku sombong, seterusnya bergaul baik dengan masyarakat setempat.Insyaallah, apa-apa urusan kita akan menjadi mudah dan dipermudahkan.

 
Sekian saja catatan kali ini.

Isnin, Ogos 15, 2016

Nasib baik belum terminate insurans....

Assalmualaikum dan selamat pagi. Sudah lama rasa ingin berkongsi cerita ini. Alhamdulillah subuh kali ini berkesempatan untuk tunaikan hasrat hati. Ini adalah kisah benar dan banyak iktibar serta pengajaran.

Pada awal  tahun 2016 (rasanya dalam bulan dua) cikgu z mengambil polisi insurans takaful ikhlas dari Mr.Y. Menjelang bulan mei, cikgu z berhajat untuk terminate polisi insurans yang diambil oleh kerana masalah yang tak dapat diceritakan disini. Pertengahan bulan mei, cikgu z merasa sakit perut dan hanya mengandaikan bahawa beliau hanya terkena gastrik. Maka ubat gastrik diambil, tetapi kesakitan tidak hilang sehingga berhari-hari. Setelah hampir seminggu, baru cikgu z dapat keluar kebandar sibu dan terus menuju ke hospital rejang untuk dapatkan rawatan. Sampai disana beliau terus dilakukan pemeriksaan dan hasilnya kena masuk wad. Hasil pemeriksaan doktor cikgu z bukan sakit perut akibat gastrik tetapi akibat ulser perut. Cuba bayanngkan, jika terkena ulser dimulut kita dah merasa sakit, apatah lagi jika ulser diperut. Setelah 5 hari 4 malam berada dihospital, cikgu z dibenarkan pulang dan mengambil keputusan untuk balik ke kl dan berehat disana. Ye lah disana lebih mudah kerana ada ibu ayah dah sanak saudara. Nak dijadikan kisah sampai di KL, sakit perut cikgu z kembali lagi, kali ini cikgu z dimasukkan ke hospital pantai dan berada di sana selama lebih kurang 3malam 4hari. Alhamdulillah cikgu z belum sempat terminate polisi insurans, maka segala perbelanjaan hospital dibayar berdasarkan polisi insurannya.

Agak-agak anda berapa kos perubatan yang perlu cikgu zda tanggung jika tidak memiliki polisi insuran? Kos perbelanjaan perubatan yang perlu dibayar adalah RM bebelas ribu. Besarkan perbelanjaan perubatan zaman kini.

Selepas peristiwa itu, cikgu z tdak berhajat sudah untuk terminate polisi insuran yang diambil. Malahan dia promote lagi dekat kawan-kawan yang belum mengambil insuran, malahan yang dah ambil pun di promote. Kerana agen insurans ini bagus....





Khamis, Jun 30, 2016

Pengalaman berterawih 2016

Assalamualaikum.. 

Jom baca kisah terawih humaira, hana dan ummu bersama baby uwais.

     Selalu selepas berbuka abi akan toling kemas ruang makan dan basuh pinggan. Waktu inilah ummu mandi dan siap-siap untuk solat magrib. Setelah semua siap, abi akan ke surau al-mustaqim untuk solat isyak dan terawih berjemaah. Ummu memamng teringin hendak bersolat berjemaah bersama-sama khairiah surau, tetapi tuntutan untuk ummu berada di rumah lebih penting.
    
Apabila masuk waktu isyak, maka ummu dan kakak akan solat isyak bersama sambil hana bermain dengan baby uwais. Selesai solat isyak kakak humaira akan simpan telekung dan sertai adik-adik untuk bermain manakala ummu akan meneruskan solat terawih.  Masa mula-mula kakak humaira melihat ummu solat terawih, kakak pelik dan bertanya seperti berikut:

Humaira: ummu kenapa solat lagi, tadikan dan solat.
Ummu: Ini solat terawih kakak.
Humaira: Solat terawih tu apa?
Ummu: Solat terawih itu solat sunat bulan puasa.
Humaira: O....tadi tu solat apa?
Ummu: Tadi solat isyak.
Humaira: O..solat isyak sikit, solat sunat banyak...

Kiranya kakak humaira telah dapat jawapan kepada persoalan kenapa ummu solat lepas isyak. Beberapa malam selepas itu kakak Humaira bertanya lagi.

Humaira: Banyaknya ummu solat? Kakak solat sikit je. Allah suka ek kita solat banyak?
Ummu: Ummu solat sunat terawih, ada 8 rakaat ada 20 rakaat. kakak solat isyak.
Humaira: Kakak solat isyak 4rakaat je...Allah suka ek kita solat banyak?
Ummu: Ye kakak Allah suka. 
Humaira: Kakak nak Allah sayang, tapi kakak tak larat lah nak solat banyak. Kakak tolong jaga adik-adiklah...ummu solat dulu.

Persoalan dan pertanyaan tak pernah berkurangan, kadang-kadang tak mampu nak menjawab hanya mampu mengangguk. tetapi lumrah anak kecil tetap inginkan jawapan keluar dari mulut. Adakala apabila si kakak bertanya, si hana khadijah akan turut mengulangi percakapan kakaknya. Ummu kena pastikan jawapan bagi kedua-duanya adalah sama dan menurut kefahaman mereka.

24 june, hari jumaat kami ada majlis berbuka puasa di surau sekolah. Sewaktu ummu lipat telekung dan masukkan kedalam beg, kakak humaira meminta ummu untuk masukan telekung solat dia sekali. Ok, ummu masukkan dan bawa sekali ke sekolah. Sampai saat solat maghrib berjemaah, kakak meminta telekung dan ingin solat bersama. Saat ini hana hanya melihat kakak bersolat. Dalam hati ummu sebelum angkat takbir "kakak ni boleh ke solat bersama saf dan jemaah lain ni...sampai akhir ke solatnya..tawakal kepada Allah je lah, kalau kat rumah ummu dan abi belum abis solat dia dah selesai. ummu dan abi belum rukuk dia dah rukuk. Semoga Allah memudahkan kita beribadat ye kakak, dan hana tidak mengganggu jemaah bersolat." Maka bersolatlah kami bersama jemaah lain, Ya Allah kakak solat berjemaah sehingga selesai. Benarlah,

 YANG MEMEGANG HATI DAN JIWA MANUSIA ADALAH ALLAH, DIA YANG MENGGERAKKAN HATI ANAK KECIL UNTUK DEKAT KEPADANYA. JANGAN DIHALANG KEHENDAK ANAK KECIL UNTUK BERIBADAT KEPADA PENCIPTANYA.

Perasaan ummu selesai solat, syukur hanya Allah yang tahu.