Assalmualaikum dan selamat pagi. Sudah lama rasa ingin berkongsi cerita ini. Alhamdulillah subuh kali ini berkesempatan untuk tunaikan hasrat hati. Ini adalah kisah benar dan banyak iktibar serta pengajaran.
Pada awal tahun 2016 (rasanya dalam bulan dua) cikgu z mengambil polisi insurans takaful ikhlas dari Mr.Y. Menjelang bulan mei, cikgu z berhajat untuk terminate polisi insurans yang diambil oleh kerana masalah yang tak dapat diceritakan disini. Pertengahan bulan mei, cikgu z merasa sakit perut dan hanya mengandaikan bahawa beliau hanya terkena gastrik. Maka ubat gastrik diambil, tetapi kesakitan tidak hilang sehingga berhari-hari. Setelah hampir seminggu, baru cikgu z dapat keluar kebandar sibu dan terus menuju ke hospital rejang untuk dapatkan rawatan. Sampai disana beliau terus dilakukan pemeriksaan dan hasilnya kena masuk wad. Hasil pemeriksaan doktor cikgu z bukan sakit perut akibat gastrik tetapi akibat ulser perut. Cuba bayanngkan, jika terkena ulser dimulut kita dah merasa sakit, apatah lagi jika ulser diperut. Setelah 5 hari 4 malam berada dihospital, cikgu z dibenarkan pulang dan mengambil keputusan untuk balik ke kl dan berehat disana. Ye lah disana lebih mudah kerana ada ibu ayah dah sanak saudara. Nak dijadikan kisah sampai di KL, sakit perut cikgu z kembali lagi, kali ini cikgu z dimasukkan ke hospital pantai dan berada di sana selama lebih kurang 3malam 4hari. Alhamdulillah cikgu z belum sempat terminate polisi insurans, maka segala perbelanjaan hospital dibayar berdasarkan polisi insurannya.
Agak-agak anda berapa kos perubatan yang perlu cikgu zda tanggung jika tidak memiliki polisi insuran? Kos perbelanjaan perubatan yang perlu dibayar adalah RM bebelas ribu. Besarkan perbelanjaan perubatan zaman kini.
Selepas peristiwa itu, cikgu z tdak berhajat sudah untuk terminate polisi insuran yang diambil. Malahan dia promote lagi dekat kawan-kawan yang belum mengambil insuran, malahan yang dah ambil pun di promote. Kerana agen insurans ini bagus....
Memaparkan catatan dengan label buka puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buka puasa. Papar semua catatan
Isnin, Ogos 15, 2016
Khamis, Jun 30, 2016
Program Buka Puasa
Assalamualaikum dan salam sahur....
Alhamdulillah semalam dapat join program buka puasa yang diadakan di surau al-mustaqim. Kali ni kami bawa juadah berbuka bersama. Selalu kalau bawa juadah ke surau saya akan masak kuih atau pemanis mulut. Tetapi kali ni Mr.Y kata tak nak puding karamel. Ok, sehari sebelum nya saya buat bubuir butir nangka. kata Mr.Y...buat bubur tue pun ok...TAPI mana ada tepung pulut nak buat lagi...
Petang sebelum MR.Y balik, saya suruh dia beli je juadah untuk dibawa ke surau. Tapi Mr.Y cadang buat sambal tumis telur rebus. Maka dengan gembira hati ini kata ok. Kira ini adalah kali pertama saya bawa lauk ke surau untuk dimakan bersama jemaah lain. Alhamdulillah, Mr.Y memang suka sambal. Setidaknya ada satu menu kegemaran Mr.Y untuk berbuka...
Langgan:
Catatan (Atom)