Anak-anak kecil memang banyak persoalan.
Minggu lepas kakak humaira main pisau, lain yang disuruh ambil, lain yang dibuat. Asal hanya suruh ambil cawan atas rak, memandang dia tinggi dan adik tak sampai. Bila masuk rumah dia tutup tangan, maka naluri seorang ibu muncul dan bertanya. Teknik nak bertanya pun kena ada sebab dia akan menafikan atau mungkin menyembunyikan jika salah tanya.
Sebelum bertanya aku akan cakap terima kasih dan puji atas kerajinan dia tolong ambil cawan. Selepas itu kita akan tanya apa perasaan dia dapat tolong, lain kali nak tolong lagi tak dan soalan last selain ambil cawan kakak buat apa lagi. Sebelum jawab dia tanya kita balik, "kalau kakak bagitahu ummu, ummu marah tak?" hahaha..bila dia tanya macam itu dah dapat kesan mesti ada kesalahan. Tapi jangan terus marah. Nanti anak takut nak bercerita dan mengaku. Apabila ini terjadi sukar untuk kita didik dan fahamkan dia kenapa tak boleh ulangi kesalahan tersebut. Lagi teruk jika dia mula berjinak-jinak untuk menipu kerana takut kena marah. Apa yang aku buat, aku cakap "kenapa ummu nak marah kalau kakak tak buat salah, kalau kakak buat salah ummu akan tegur jika itu kesalahan pertama, tapi kalau kesalahan yang sama berulang , baru ummu marah dan kena denda macam dekat sekolah. Bila kena denda kakak tak boleh menangis atau marah ummu sebab bukan ummu saja-saja nak denda, ummu nak kakak ingat apa yang kakak buat itu salah dan tak boleh ulang lagi. Ok sekarang ceria apa kakak buat tadi." Maka dengan muka bersalah dia cakap, "tadi masa ambil cawan kakak ambil pisau juga. Kakak nak cuba potong bawang macam ummu buat tapi hujung dia kena jari kakak." Maka kita rawat lah tangan dan nasihatlah kalau nak masak tunggu ummu ada sama, nanti ummu ajar cara pegang pisau dan bawang dengan betul.
Soalan lepas itu aku terpaksa menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Soalan dia "
UMMU, KITA SAKIT SEBAB ALLAH BAGI KAN? ADIK DENGAN HANA BATUK, DEMAM DAN SELSEMA SEBAB ALLAH BAGIKAN. KAKAK SAKIT BERDARAH TANGAN PUN SEBAB ALLAH BAGIKAN. KENAPA ALLAH BAGI KITA SAKIT?"
"Kakak sakit ini ada dua jenis, satu yang memang Allah bagi. Kita tak buat apa-apa pun tetiba kena demam, batuk dan selsema. Kadang-kadang kita dah hati-hati jalan tak lari pun tiba-tiba ada orang lain berlari dan langgar kita, kita jatuh sakit. Itu sakit yang Allah bagi. Allah bagi kita sakit sebab Allahs sayang kita, Allah nak kita sentiasa ingat DIA, Allah nak kita sentiasa solat dan mengaji. Tetapi kakak luka tangan dan sakit bukan Allah bagi, itu kakak cari penyakit. Kalau kakak tak main pisau, mesti tangan tak luka dan tak sakit. Macam tue jugak jika kakak dengar cakap ikut peraturan, insyalah tak sakit. Sakit yang kita cari itu tanda peringatan dari Allah supaya lain kali kita tak ulang lagi."
Alhamdulillah penerangan panjang lebar ummu dia faham, tetapi dia masih tanya satu soalan yang aku terdiam, macam mana nak jawab. "ummu mengandung sakit kan. Itu cari penyakit ke Allah bagi?" Jawapan menyelamatkan diri dan tukar kepada topik lain, "Allah bagi mengandung, dekat sekolah belajar apa?"