Memaparkan catatan dengan label bakti terakhir seorang anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bakti terakhir seorang anak. Papar semua catatan

Rabu, Mac 18, 2020

Jenazah Mangsa Conv 19 pertama malaysia selamat dikebumikan malam tadi



Assalamualaikum, anda dah tengok video di atas. Begitulah cara penanaman jenazah mangsa conv 19. Pengamal media dan orang awam kena berada 50meter dari jenazah, manakala pengurusan dilakukan sepenuhnya oleh pihak kesihatan. 

Bayangkan kalau kita balik kampung jumpa mak ayah, kita tak sedar kita adalah pembawa, semalam balik kerja kita buat panic buy, lepas itu berkumpul ramai-ramai depan balai polis sebab nak dapat kelulusan keluar negeri. Sewaktu itu kita masih sihat dan belum dijangkiti. Tetiba beberapa hari dekat kampung, kita tunjuk simptom...masyallah dah ler adik beradik semua pakat balik juga, bukan kita dengan anak bini sahaja. Mak ayah ada penyakit kronik. Maka kita pun pergi hospital terdekat untuk buat saringan conv 19. keputusan adalah positif.

Daripada kita sihat tak ada apa-apa dah dapat penyakit...dedah pulak kepada ramai orang. Andai kata ada kematian kerana kita yang bawa, sanggup ke simpan rasa bersalah sepanjang hayat. Meraunglah kita sorang-sorang tak dapat tengok wajah-wajah kita sayang buat kali terakhir. Bukan setakat tak dapat mandikan, bah kan nak solat jenazah berjemaah pun kita tak dapat. Apa lagi bakti kita yang terakhir buat insan yang kita sayang..adakah bakti terakhir membawa balik Conv 19.