Buku Orang Terengganu, Edisi kedua, oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu |
Masa tengah makan, kakak aku cakap kita kena baca buku ni, aku pun tengok...yes kena baca buku ni. Ini asal usul kita. Dekat bawah aku salin dan cetak balik apa kata penulis dan penyunting buku.
Baca Juga:Review buku "10 tokoh ushawan muslimah."
Penulis dan penyuntingnya, Prof. Dato' Muhammad Abu Bakar berkata, naskhah itu mencakupi berbagai sudut sejarah, sosiologi dan menyentuh masa lalu, masa kini dan masa depan bagi menyediakan satu warisan yang boleh dikongsi bersama generasi sekarang sekali gus mewujudkan rasa kekitaan yang sihat.
“Saya ingin menjadikan buku ini sebagai mini ensiklopedia kepada rujukan untuk sejarah Terengganu termasuk berkongsi warisan yang boleh dikongsi bersama dengan generasi sekarang menerusi perbekalan kisah dan kenangan yang mampu memupuk nostalgia."
Buku yang mempunyai 484 halaman ini dijual dengan harga RM80 setiap satu mempunyai hampir 60 entri yang disumbangkan oleh 25 pengarang yang berlainan.
Baca Juga:Review buku Travelog Haji Muslimah
Bersama tuan rumah dan pemilik buku tersebut. Dari Kiri: Kakak Humaira, Kak Azie, Kak Ton, Dr.Khadijah, Kak Yah, Ifti dan Isah |
Menurut Dr.Khadijah yang juga merupakan salah seorang penyemak buku ini, buku ini akan dicetak untuk kali ke tiga pada januari tahun depan dengan penambahan beberapa topik lagi. Buat masa ini kalau nak beli tak ada jual dah. Cetakkan kedua telah habis terjual. Maka kami pun pasrah lah. Tunggu awal tahun depan. Tapi dekat mana nak dapatkan ye....ada yang tahu ke. boleh kongsi.