Siap baju kakak humaira dan hana...uzayr anak soleh main blok.. |
Sebenarnya Uzayr datang beberapa kali duduk atas riba aku waktu aku jahit. Gulungan benang yang berpusing pada mesin menjadi perhatian dia. Awal-awal nak sentuh juga, aku cakap dengan jelas dan pandang muka dia, "ini bukan mainan adik, adik punya mainan sebelah ummu, ini kerja ummu.".
Tips: jika kita nak anak dengar dan faham apa yang kita cakap, pandang muka mereka, kalau boleh lihat mata mereka seterusnya cakap dengan suara yang jelas sebutannya. Mulakan dari awal usia. Kalau mula lambat, anak tak nak tengok dah muka kita waktu kita cakap, dia tengok telefon.
Begitulah cara bagaimana aku berjaya siapkan baju untuk puteri-puteriku sambil melayan anak soleh Uzayr Aqeed. Sebenarnya boleh saja aku bagi telefon dan biar dia tengok youtube tapi jiwa dan mata aku sakit bila dia mengadap benda itu. Sebaliknya aku ganti telefon dengan mainan yang dia suka.
Selesai masalah uzayr, Uwais dan Syazwan pula bergaduh akibat berebut remote tv. Oleh kerana dah berusia 5 tahun, mereka amat faham bila aku kata aku ada kerja nak buat. Tapi bila mereka gaduh aku pun suruh mereka duduk dekat-dekat, kemudian aku tanya sama ada mereka nak bermaafan atau nak aku ikat kaki dan tangan masing-masing. Mereka memilih untuk bermaafan kerana aku bagitahu kalau ikat kaki tangan, mereka tak dapat nak kemana-mana dan buat apa-apa tapi kalau bermaafan, Allah dan nabi suka, ummu pun suka dan ummu akan peluk. Kanak-kanak dahaga kasih sayang, bila dengar mak depa nak peluk terus setuju nak bermaafan.
Tips: Beri pilihan kepada mereka walaupun pilihan itu bukan pilihan mereka inginkan. Anak usia 5 tahun ini suka jika mereka berpeluang untuk membuat pilihan, kerana mereka merasa mereka ada kuasa. Tapi akibat kepada pilihan perlu jelas juga agar mereka tidak merasa keliru dan nampak perbezaan akibat setiap pilihan yang mereka lakukan.
Itu sahaja perkongsian kali ini, kisah baju kakak humaira dan hana aku cerita pada entry akan datang, Semoga bermanfaat.
betul tips tu..patutnya kita yg buat pilihan atau keputusan bkn mereka..sbb kebiasaan pilihan mereka hanya utk kepuasan hati sndri sahaja ;)
BalasPadamSalam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
BalasPadamSaya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
JOM TUKAR BLOGLIST
salam perkenalan....nanti saya join ok...
BalasPadam