Memaparkan catatan dengan label traditional game. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label traditional game. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 03, 2020

Permainan Tradisi Lompat Getah


Assalamualaikum dan selamat pagi. Kalau anda adalah budak-budak yang membesar sekitar tahun 80-an dan 90-an, anda pasti kenal, tahu dan pernah main permainan yang dikenali sebagai lompat getah. Budak sekarang ramai yang tak tahu ini merupakan sejenis permainan terutama yang tinggal di bandar-bandar besar. 

Kisah minggu lepas, anak-anak bosan tak tahu nak main apa, mereka kata bosan asyik main bola dan basikal sahaja petang-petang. Pelik juga aku, mengadap telefon berjam-jam, berhari-hari tak ada pula mereka mengadu bosan atau penat, suka lagi ada lah. Kita dulu kalau keluar rumah je macam-macam idea nak buat apa muncul dan boleh buat.

Bila mereka kata bosan-bosan, aku teringat dekat dapur banyak getah tergantung. Maka aku suruh Humaira dan Sumayyah ambik dekat dapur. Nenek tanya lah apa mereka nak buat dengan getah banyak-banyak. Mereka pun kebingungan tak tahu nak jawab apa.

Bila nampak aku mula mengikat getah, satu demi satu...semua teruja...tapi sedih lah...mereka ingat aku belajar permainan ini melalui you tube. Begitu berkuasanya youtube pada anak-anak ini.

Jom layan mereka main....