Ahad, April 19, 2020

Resepi Nasi Ayam Goreng

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semalam aku buat nasi ayam goreng, memang selera habis lah anak-anak makan. Kita share lah gambar nasi dah siap dekat adik beradik..sekali kakak aku minta resepi..ok..jom share resepi...jangan tanya mana dapat resepi ini sebab aku sendiri dah lupa... lagi pun resepi ini banyak derhaka...aku buat ikut mana barang ada je selalu...Selalu nasi ayam goreng makan dengan salad, timun, tomato, sambal tomato dan kuah kicap...senang cerita sama je dengan lauk nasi ayam. Tapi aku selalu ubah...sebab kalau bagi salad sekeping-sekeping or tomato sekeping-sekeping...anak-anak tak makan sayur...maka aku selalu buat coleslow atau salad kentang USA.


Resipi Nasi Ayam Goreng
Bahan-bahan
  • 1 ekor Ayam* (bersihkan dan potong ikut suka...kalau nak besar...potong empat..nak kecik potong 20..aku selalu potong kecil tapi ikut saiz ayam..kalau ayam kecil aku potong 12 je...tapi kalau ayam besar aku potong 20...ramai nak makan kan...)
  • 1 sdm Serbuk kari*
  • 1 sdk Serbuk kunyit*
  • sedikit Garam*
  • 3cawan beras, basuh dan toskan
  • 4cawan air
  • 2sudu minyak sapi (kalau tak ada, pakai je planta or majerin)
  • sedikit minyak
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih di blend
  • 2 sdm serbuk kari dijadikan paste
  • daun pandan (kalau tak ada ganti daun kari, kalau tak ada gak tak payah letak)
  • Sedikit garam.
Cara-cara
  • Bahan bertanda * digaul sebati dan perap sekitar 15minit, kemudian digoreng separuh masak. Angkat dan asing ke tepi.
  • Dalam periuk nasi, masukkan sedikit minyak dahulu, kemudian baru masukkan minyak sapi. Ini bagi mengelakkan minyak sapi itu hangus.
  • Apabila minyak panas, masukan bahan kisar, paste kari dan daun pandan. Setelah pecah minyak masukan bawang yang dimayang tadi.
  • Kemudian apabila bawang layu maka boleh masukan beras dan gaul biar sekata. (kalau nak sedap dan nasi berderai cantik...gaul sehingga beras nampak berkilat~aku malas bab ini, bila datang kerajinan yang tak diundang saja buat..selalu nampak sekata dah cukup). 
  • Apabila telah sekata maka masukan air dan gaul sikit, masuk lah garam sikit...
  • Kemudian susun lah ayam yang telah digoreng tadi atas nasi...tutup periuk dan tunggu ia masak.
Sambal Tomato
  • Tomato sebiji
  • Bawang besar sebiji
  • cili padi (ikut suka...mak pedas letak banyak)
  • cili besar sebatang
  • garam
  • gula
  • cuka/perahan limau/lemon
Blend semua bahan dan cukupkan rasanya

Salad kentang USA

Bahan-bahan diperlukan:

  • 4-5 biji kentang, dikupas kulit dan direbus (kalau boleh beli kentang yang warna putih, USA)
  • 4 biji telur rebus
  • mayonis secukupnya (untuk mengaul)
  • serbuk lada hitam secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  • kentang dan telur dipotong dadu atau size untuk dimakan
  • gaulkan kesemuanya bahan dgn mayonis, sehingga melitupi semua bahan, lebih mayonis lagi sedap
  • setelah itu taburkan serbuk lada hitam, ikut rasa masing2, sejukkan dan boleh dimakan
Coleslow
Bahan-Bahan
  • 1/4 obis
  • 1 lobak Merah
  • 3/4 cawan susu segar
  • 5 6 sudu mayonis
  • 1 sudu biasa gula
  • 1/2 sudu garam (sudu kecil garam)
Potong semua kobis dan lobak ikut suka saiz apa korang nak...kemudian gaul dengan bahan-bahan lain...masuk peti sekejab dah sejuk boleh makan.

Ini adalah kenang dahulu...apabila setiap hari kena sediakan bento bagi anak dan suami. Kadang suami punya ada extra sebab dia akan makan denagn kawan pejabat...kesian pulak makan sorang-sorangkan.

3 ulasan:

Sila komen yang baik-baik