Memaparkan catatan dengan label family time. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family time. Papar semua catatan

Rabu, Februari 21, 2024

Beker ubi kayu by Ulya...


Bila anak sama naik nak masak. Periuk kukus, kukus bahagian bawah  sementara sebelah kita buat kepala santan dan yang mengacau Ulya....

Bahan-Bahan - bahagian Bawah

500gram ubi kayu- parut, tapis & perah
1kerek nisan
2cawan air-guna untuk masak nisan sampai jadi 1 1/2cawan
daun pandan

Bahan-bahan kepala santan
200ml santan
1cawan air
3 sudu tepung beras
secubit garam
cara-cara buat....cari kat google or youtube... 😅

Ini lah hasil kerjasama ummu dan ulya.... apapun sedap.


Lawatan singkat ke ladang mini ISB, UM


 Alhamdulillah tahun lepas berpeluang bawa anak-anak tengok tempat belajar Mr.Y sambil melawat Ladang Mini ISB. Sejak Mr.Y sambung belajar, mereka selalu tanya besar ke tempat abi belajar..kami selalu jawab besar sangat, berkali ganda lebih besar dari sekolah awak-awak. Nanti ada rezeki aku cerita bagaimana penerimaan anak-anak dan ahli keluarga lain apabila bagitahu Mr.Y dapat sambung belajar.

Berbalik kepada lawatan ke ladang mini...anak-anak memang suka dan minta nak datang lagi. Dekat sini mereka boleh bagi haiwan ternakkan makan dan main-main. Kami rancang nak ulang lawat lagi lepas ini. Bayaran masuk hanya dikenakan kepada yang dewasa, kanak-kanak free ok!

Rabu, Mac 01, 2023

Short Trip to Muzium Negara Malaysia

 Assalamualaikum dan salam semua. Alhamdulillah, hajat nak bawa anak-anak melawat muzium negara malaysia, akhirnya tercapai. Lama simpan hajat ini tapi setiap kali nak pergi mesti ada hal. Isnin lepas selepas siap makan tengahhari, kami sekeluarga pergi muzium menaiki pengangkutan awam.

Sebenarnya dekat saja Muzium Negara dengan rumah kami, jalan kaki dalam 30-45 minit sahaja, tapi kami bawa anak-anak kecil tak sesuai sangat nak jalan kaki. Nanti nak jalan kat dalam muzium lagi. 

Sekitar jam 2.30petang kami bertolak dari rumah menaiki kereta menuju ke LRT Kampung baru. Sampai di LRT kampung  Baru, Mr.Y pun belilah token nak naik train. Harga token RM2.20/person. Kami perlukan empat token sebab Mr.Y dah ada pas perjalanan bulanan LRT (pergi kerja balik kerja naik LRT). Dari Lrt Kampung baru kami tukar kepada MRT di stesen Pasar seni.

Budak lelaki duduk dengan abi.

Budak perempuan duduk dengan ummu (tapi ummu tak ada dalam gambar)

Ini pengalaman pertama aku naik MRT. Kalau aku pengalaman pertama, mesti anak-anak pun sama. Hanya satu stesen dari Mrt Pasar Seni ke MRT muzium Negara. 

Keluar dari MRT Muzium Negara, belok kanan dan sampai Muzium. 


Harga tiket untuk masuk muzium bagi dewasa RM2.00 sahaja. Manakala kanak-kanak bawah 12tahun adalah percuma. murah saja. Maka apa lagi, dah beli tiket kita masuk lah. Anda boleh baca maklumat awal tentang muzium negara dan galeri pameran yang ada pada gambar di bawah.

Kami melawat senua galeri. Oleh kerana ada kanak-kanak riang, kakak humaira tak sempat baca semua info dekat artifak. Maka ummu kata, kakak snap photo. Nanti kat rumah baca. Kita boleh ambil gambar dengan syarat kita matikan Flash camera.  

Ulya dah mula penat, ummu umpan makanan, lepas makan terus bertenaga balik.

Banyak betul benda nak di tanya oleh dua dara ni.

Konon bergambar depan pintu istana lah ni.

Uwais, hana dan Uzayr siap beratur nak main Puzzle digital dekat galeri A

Laluan berkaca...

Adik-adik sibuk main Puzzle dia, sibuk membaca, snap photo dan bergambar...mangsa yang kena ambil gambar dia, ummunya lah.

Total perbelanjaan hari tersebut adalah RM8.80 x 2 (tiket Lrt & Mrt) + RM4 (Tiket Muzium) + RM14 (air kotak selepas siap lawatan) =RM35.60.


Itu sahajalah perkongsian saya kali ini.


Selasa, Ogos 17, 2021

Unboxing Xiaomi Poco M3-Guaranteed gift with HSBC Credit Card

 Assalamualaikum dan salam semua. Walaupun Malaysia tengah resah gelisah akibat penularan virus covid-19 dan virus politik, aku tetap nak cerita tentang hadiah fari HSBC.

Tengok video anak aku unboxing dulu ye.... 



Apa pandangan anda...my anak boleh jadi next malaysia youtuber? Ok kembali kepada kisah POCO M3 ni. Awal tahun hari tu, Mr.Y tanya aku apa aku beli? aku kat rumah dah confius dah sebab tak beli apa-apa. Mr.Y kata dapat masage dari bank berkaitan penggunaan kredit kad dia. Maka untuk kepastian Mr.Y pun call bank tanya detail. Rupa nya ada insan nak guna kredit kad untuk beli topup telefon dalam RM30 je. Kami dapat tahu sebab kami tak pakai telco tersebut. Bila dah macam itu, Mr.Y minta bank sekat dahulu penggunaan kad kredit...dan akhirnya dia buat keputusan untuk tidak menggunakan lagi kad kredit tersebut. Persoalan lepas itu kena mohon kad baru ke tak payah. Jawapan kena sebab bila belanja guna kad kredit kita akan dapat senarai dekat mana kita bayar dan apa kita beli setiap hujung bulan.

Memandangkan kami bukan jenis belanja tak tentu hala, maka ada kad kredit bukan satu ancaman kewangan buat kami. Tugas mencari signup offer terbaik aku serah kepada Mr.Y.  Akhirnya jumpa offer yang kat bawah...Dia sendiri buat keputusan nak ambil....klik link bawah untuk lebih detail...

https://ringgitplus.com/en/blog/ringgitplus/guaranteed-rm600-lazada-voucher-or-xiaomi-poco-m-for-ringgitplus-unbox-this-week-campaign.html

Sebenarnya kalau nak tahu offer-offer menarik bila signup kredit kad ni korg boleh je jengah kat ringgitplus https://ringgitplus.com/en/credit-card/sign-up-offers/

Itu Sajaha perkongsian kali ini....


Ahad, Ogos 15, 2021

Permainan "Shop At Home"

 Assalamualaikum dan salam semua. Apa khabar? Lama aku tak keluar dekat blog....masih ada cuma agak sibuk dengan urusan anak-anak. Sibuk-sibuk pun aku masih buat blog walking sehinggalah ada satu saat aku terlihat dekat satu blog tentang permainan KEDAI DALAM RUMAH. 

Menurut penulis blog tersebut permainan ini berasal dari idea seorang blogger mat salleh, dia namakan game sebagai "shop at home."

PERANCANGAN

Oleh kerana terlalu lama anak-anak duduk dalam rumah dan dah sangat lama tak pergi membeli dekat kedai maka kita ajak lah mereka main maianan ini. Situasi perbualan ibu dan anak lebih kurang macam ini lah. Lupa bapa ada sekali.

Humaira: Lama dah kitaorang tak pergi beli kat kedai.
Ummu: Nak membeli ke?
Hana: Nak lah, ummu asyik beli dalam telefon je...(dia kalau tak cari gaduh dengan ummu tak sah...)
Ummu: Nak tak kalau ummu ajak main satu permainan iaitu Shop At Home?
Humaira: Apa shop At home tu?
Ummu: Kedai dalam rumah...kata lama tak pergi membeli...
Hana: Bukan ada kedai pun dalam rumah ni.
Ummu: Adalah, kedai ummu abi.
Humaira: Kan tak sekolah, mana nak dapat duit nak beli dekat kedai ummu abi?
Ummu: Kalau kakak dengan hana buat kerja, laksana tanggungjawab, ummu abi bagi gaji. Lepas itu apa-apa barang dalam senarai jualan ummu abi kalau kakak dengan hana nak kena bayar.
Humaira: Kerja apa paling mahal gaji?
Ummu: Hurm...apa ek...
Abi (tetiba masuk perbualan): Gaji paling mahal adalah dapat jual produk asmak atau arissto.
Hana: Barang paling mahal?
Ummu: Apa benda yang korang nak sangat-sangat.
Humaira: Password telefon ummu abi (ambik ko...)
Ummu: Password tak boleh...lain..
Humaira bisik kat hana...
Humaira & Hana : Ktorg tak nak telefon kitaorang ada family link..Berapa kena bayar?
Abi : RM10000...

Maka selesai perbincangan kami anak beranak. Ummu pun tunjuk duit saidina..reaksi mereka...pakai duit ni ke..ingat duit betul. Tetiba kakak tanya

Humaira: Abi boleh tak nak durian dalam peti
Abi: Seulas durian harga RM20
Humaira: Durian pun abi jual?
Abi: kena jual lah kalau tak abis cepat 
(bila semua hantu durian, maka tetiba abi masukkan durian dalam senarai jualan)
Nenek: Maira malam ni tolong urut nenek
Humaira: Upah urut nenek berapa
Ummu: RM20
Humaira & Hana: Ok nenek, nanti upah buat beli durian...

Maka malam itu selesai mereka urut nenek, mereka terus tuntut upah...tapi untung betul mereka sebab nenek tak faham permainan nenek bagi duit betul RM5 seorang. Aku pun cakaplah, lepas ni kalau nenek nak upah mereka apa-apa, ambil duit saidina je. 

Jom perhatikan gambar-gambarnya...

Siapkan 2 beg saku sebagai tempat mereka nak simpan wang upah yang mereka perolehi. Yang ada line ungu adalah milik Hana.

Ini adalah senarai upah dan barang jualan yang ada dalam kedai ummu abi. Kalau korang nak boleh letak apa-apa ikut kesesuaian korang.

Permainan saidina ini aku beli masa PKP 1.0 tahun lepas. Tahun ni langsung mereka tak usik permainan ini. Duit saidina pun banyak lagi, maka kita pakai ini aja. Ada aku tengok mereka guna sticker untuk tanda anak buat kerja. Tapi pakai duit semangat sikit.

 PERLAKSANAAN

Keesokkan pagi Humaira tanya ummu macam mana nak jual produk Asmak sebab dia bukan ada media sosial seperti FB atau insta. Nak pergi jumpa orang memang tak lah kan. Maka ummu kata, kakak dengan hana boleh buat live menggunakan FB ummu atau abi. Apa lagi semangat mereka, Tetapi ummu bagi syarat, nak live kena siapkan kerja sekolah dan hafal surah yang ustazah suruh. Nampak sedikit kehampaan. 

Lepas kelas google meet, kakak cakap nak gambar barang asmak dan fungsi-fungsinya. Maka ummu bagi beberapa keping seperti berikut....






Mula-mula aku tak tahu kenapa dia minta, sehingga dia tanya berapa harga madu. Rupanya dia letak gambar dekat status wasap dia. Rupanya kawan dia masukkan nombor kakak dekat fon ayah dia. Ada sesetengah ibu bapa akan berikan anak-anak menggunakan telefon mereka untuk membuat kerja sekolah atau apa-apa keperluan sekolah. Maka berjaya lah kakak humaira menjual sebotol madu.

Screen shot atas adalah dari screen telefon kakak humaira, manakala yang bawah adalah dari telefon ummu. 

HASIL SETELAH SEMINGGU

Berikut adalah gaji yang kakak humaira dan hana dapat untuk minggu pertama...

Kakak Humaira berjaya kumpul wang sebanyak RM1190

Kakak Hana berjaya kumpul RM580

KESIMPULAN

Hasil dari permainan ini, aku perhatikan mereka lebih mudah untuk membantu dan membuat kerja sekolah. Sebelum itu aku jelaskan juga bahawa permainan ini sekadar hiburan dan suka-suka sebab membantu ibubapa serta selesai kerja sekolah adalah tanggungjawab mereka sebagai anak dan pelajar. Mereka juga seronok kerana walaupun tak dapat ke kedai masih boleh membeli dengan ummu abi.



Ahad, Oktober 18, 2020

Anak suka buat apa yang mak ayah buat....

Kalau anda anak kecil pasti anda perasan bahawa anak ini sebolehnya akan cuba buat apa yang anda buat. Kadang-kadang mereka mengambil alih kerja yang sedang anda buat. adakah kita kena marah atau biarkan sahaja?

Kalau aku, tengok keadaan. kalau apa aku buat itu membahayakan mereka mestilah tak bagi tapi tak lah marah. Terang elok-elok. Adakala kita tengah nak cepat dia pun datang menyibuk, redha aja lah. sampai usia berapa kena layan karenah anak-anak ini? Pada pendapat aku sehingga usia merek 7 tahun. Kerana usia 7 tahun mereka dah faham arahan dan insyalah dah boleh membantu sebaiknya. Kakak humaira umur 7tahun telah pandai cuci bekas dalam sinki dengan bersih. Masuk usia 8 tahun dia telah mampu buat telur mata sendiri dan goreng nuget. Walaupun ketika aku suruh kakak humaira buat semua itu, mertua bising kerana dia tak yakin budak itu boleh buat. 
Kembali kepada tajuk kita iaitu anak suka buat apa mak ayah buat. Ini kerana kita mak ayah adalah model, idola, icon dan cikgu utama bagi anak-anak. Jangan salahkan anak asyik nak tengok telefon andai kita sentiasa melihat telefon didepan mereka.  Sampai waktu kita perlu main dengan mereka tetap mengadap telefon. Bagaimana kita nak didik anak fokus andai kita sendiri tidak fokus melayan mereka? 
Kalau kita marah mereka tiru apa kita buat, mereka akan hilan panduan utama. Sebaliknya kita kena jelaskan apa yang mereka boleh tiru dan apa yang mereka tidak boleh tiru. Kita kena faham, anak-anak ikut apa mak ayah buat kerana mereka nak merasa perasaan melakukan sesuatu itu. 


Uzayr berbeza dengan uwais, dia suka sangat tiru ummu buat kerja dekat laptop manakala abangnya uwais yang lebih suka turut serta ummu masak di dapur. Bagi peluang mereka merasai perasaa tersebut, insyalah kita akan dapat kesan minat dan kecenderungan anak-anak. 

Itu sahaja perkongsian kali ini. 

Isnin, Oktober 12, 2020

G2G Animal Garden - Sesuai sangat untuk masa bersama keluarga...

 Assalamualaikum dan salam semua. Ini kisah kami beberapa minggu lepas. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya menunaikan janji kepada anak-anak terutama kakak humaira untuk membawa mereka ke zoo, walaupun yang kami bawa ini hanyalah 'petting zoo' tapi rasa amat berbaloi dan berguna.

Sebenarnya ini adalah kali pertama anak-anak terdedah secara langsung kepada haiwan ternakan, memberi makan, menyentuh dan menunggang haiwan-haiwan terlibat kecuali Hana kerana dia pernah ikut lawatan sekolah ke G2G animal garden tahun lepas. Oleh kerana kakak humaira adalah anak sulung, maka dia paling berani memberi makan dan menyentuh haiwan. Syukur juga dia menjadi pendorong kepada adik-adik untuk mencuba. Anak-anak aku membesar di tengah kota raya, maka mereka sangat jarang melihat haiwan ternak. Jika balik kampung mereka selalu nampak ayam je lah, lain-lain tak jumpa. 

Lawatan kali ke-dua hana ke sini, aku gembira kerana dia berani buat sedikit kemajuan...kali pertama dulu dia tak pengang, bagi makan apa-apa haiwan, naik kuda pun bersama kawan. Kali ini dia berani pegang dan beri makan. Kami pergi bersama adik aku dan keluarga kakak aku. Layan gambar lah ye..






Sebenarnya banyak lagi gambar tapi dalam fon Mr.Y...Video tak siap pun ada...Itu sahaja perkongsian kali ini...

Rabu, Februari 19, 2020

Main permainan sambil panggilan video menggunakan Facebook Massenger.

Assalamualaikum dan salam, beberapa minggu lepas Mr.Y keluar negara dan agak lama iaitu hampir 2minggu. Oleh kerana sekarang kakak Humaira dan pandai membaca dan menaip, maka aku buat satu akaun Telegram untuk dia berchat dengan abunya. Aku cakap dekat Mr.Y jangan guna short Don't kalau menaip dengan kakak sebab risau mempengaruhi penulisan karangan dia pulak nanti. Kembali kepada kisah main game dalam Facebook Massenger.

Baca Juga:

Tukar kepada AEON Wallet Malaysia dapat voucher


Abi call guna Facebook Massenger sebab tetiba Whatsapps dan Telegram slow. Rezeki baru kami tahu bila Mr.Y tetiba kata jom lawan permainan dekat kakak Humaira. Mula-mula dia buat muka yang pelbagai... Seronok anak-anak dapat main secara maya dengan Abi mereka.
Salah satu skin Mr.Y ambik untuk video call dengan anak-anak. Kesannya Ummu kena redho je..

Sebenarnya banyak juga permainan yang disediakan dalam Aplikasi ni. Antara yang mereka suka main adalah permainan makan burger dan tanduk bola. Video bawah contoh permainan nya.

Baca Juga:

Hutang dikalangan budak sekolah rendah



Kalau dulu aku dengan Mr.Y akan lawan game secara maya sambil call ni dalam skype. Kitaorang suka permainan 'battle ship'. Tak tahu lah wujud lagi ke tak permainan tu dalam skype.

Ahad, Februari 09, 2020

Berkufi bersama Hana & Uwais

Assalamualaikum...ada kala anak-anak akan tertanya, apa Ummu buat dengan telefon? Macam mana Ummu buat gambar? Kali ini kita ajak anak-anak join sama but...mereka pilih warna dan gambar mereka suka. Hasil seperti dibawah.

Kufi Allah Muhammad yang berjaya dibuat bersama Uwais & Hana menggunakan #pixelart


Hasil setelah di edit menggunakan #picsart 


Video proses menyiapkan karya seni mereka.