Memaparkan catatan dengan label percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label percutian. Papar semua catatan

Ahad, Februari 23, 2020

5 Restoran Diyakini Halal di Tokyo


Assalamualaikum dan salam semua. Hari ini aku nak kongsi sikit pasal restoran diyakini halal di Tokyo. Sebelum kita pergi ke makanan, apa kata kita kenali serba sedikit pasal negara Jepun.
Jepun merupakan satu negara yang terletaknya di Asia Timur dan bersebelahan dengan China dimana ia menjadikan Tokyo sebagai ibu negaranya. Dengan populasi penduduknya yang hampir mencecah 130,000,000 juta manusia, ia sekaligus menjadikan Jepun antara negara yang tersibuk di dunia. Haa. Korang sibuk kata Kl jem kan. Korang datang Jepun, 1000 kali ganda jem dan sibuk nya. Tapi penduduk jepun ini lebih berdisiplin di jalan raya kalau nak banding yang kat KL tu. Uhuk uhuk.

Walaupun dengan kesibukan dan kemajuan kota raya, rakyat Jepun masih lagi mampu mengekalkan budaya mereka seiring dengan teknologi yang semakin canggih. Sekaligus membuatkan negara ini menjadi salah satu destinasi pelancongan terkemuka di dunia. Aku dari zaman kecil lagi berangan nak ke Jepun siap berimaginasi sambung belajar kat sana.

Salah satu negara yang menjadi penyumbang utama sebagai pelancong ke Jepun, sudah pastilah negara kita, Malaysia. Ini kerana untuk melancong ke Jepun, banyak syarikat penerbangan yang menawarkan harga tiket penerbangan yang berbaloi dan mampu milik bagi kebanyakan masyarakat di Malaysia. Antara airline yang menjadi pilihan untuk ke Jepun adalah Jetstar Airlines. Kalau korang nak cari harga tiket Jetstar airline ni, korang cuba gunakan Traveloka sebagai platform. Dia akan bantu korang buat perbandingan harga bagi setiap airline yang ada. Dengan menawarkan ke destinasi pelancongan yang terunggul, Jepun adalah satu daripadanya. Andaikata ada antara anda ada yang bercadang nak ke benua Eropah, nak try naik yang mahal dan mewah, boleh cuba Qatar Airways flight booking kat Traveloka. IsnyaAllah harga berpatutan.

So dah buat pilihan? Andai kata Jepun masih menjadi pilihan hati korang, mari la melancong ke Tokyo. Disamping melancong dan bercuti, dah menjadi kewajipan untuk kita memastikan perut berada dalam keadaan kenyang bukan? Tapi korang ada masalah untuk cari restoran makanan halal? Jangan risau. Aku senaraikan beberapa restoran halal yang korang boleh jengah masa bercuti nanti.

Halal Ramen Ouka @ Shinjuku

Bagi peminat cerita Naruto atau anime korang mesti popular dengan makanan yang berunsurkan ramen ni. Inilah salah satu kedai menjual ramen yang korang boleh datang untuk merasa hidangan ramen yang lagi halal tanpa was-was. Untuk hidangan ramen ni korang boleh pilih nak diapit dengan ayam ataupun daging. Bagi aku, dua-dua pun sedap. Kalau nak datang sini hari Isnin – Khamis, kedai ni bukak dari jam 2 petang, Jumaat jam 5 petang, Sabtu dan ahad pulak, dia bukak dari 12 tengah hari.

Sekai Café @ Asakusa

Kalau korang tengah on diet dan vegetarian, aku sarankan korang untuk terjah restoran ni. Sebab kat restoran ni dia ada menyediakan menu untuk orang-orang diet dan ada jugak untuk orang-orang yang tak diet. So senang la kalau travel in group. Menu dia dah menyeluruh. Bagi yang tak diet tu korang boleh cuba masakan lamb steak dia. Confirm telan air liur. Restoran ni mula beroperasi pada jam 10.30 pagi pada setiap hari.

Yoshiya @ Shinjuku

Bagi aku, makanan Jepun dengan tempura berpisah tiada. Mesti ada masakan yang berasaskan tempura. Macam kat kedai ni, hidangan nasi dia confirm ada mixed tempura dan itu yang korang tak boleh lepas. Dia dah kira macam hidangan tradisi bagi rakyat Jepun. Selain tu, korang boleh cuba jugak menu tradisi Jepun yang lain contohnya macam Chicken Karaage. Restoran ni mula dibuka seawal 11 pagi.

Gyumon @ Shibuya

Inilah antara restoran yang mendapat kunjungan pelancong muslim yang ramai kat Tokyo. Tak kira la sama ada pelancong berkeluarga atau yang berpasangan. Kat kedai ni korang akan menikmati daging segar yang dibakar dan dihidangkan panas-panas bagi santapan korang. Suasana dalam kedai pun tenang aman damai untuk korang menikmati hidangan ala Japanese korang tu. Restoran mula beroperasi pada jam 12 tengah hari.

Asakusa Sushi Ken @ Asakusa

Kini tiba lah masa yang dinanti-nantikan bagi penggemar sushi. Mana yang peminat tegar sushi tu, korang datang la kedai ni bagi merasa sendiri ras sebenar sushi serta sos nya yang dihidangkan bersama. Pelbagai pilihan sushi yang korang boleh dapatkan di restoran ni. Antaranya tamago, Ebiko, Ebi Nigiri dan beberapa lagi sushi yang terkenal dek keenakan dan kelezatannya. Confirm korang nak repeat lagi makan sushi kat sini.

Itu lah dia 5 restoran halal untuk korang terjah sepanjang bercuti di Tokyo. Kalau ada antara korang yang dah tak boleh terima nak makan hidangan ala Japan ni, korang boleh la memilih restoran Malaychan1. Terletak di Ikebukuro. Haa, kat situ memang dihidangkan makanan ala Malaysia. Roti canai pun ada. Mana la tau tekak nak balik kampung halaman. Haha. Okay lah. Sampai kita berjumpa lagi. Selamat bercuti dan enjoy makanan korang okay!

Selasa, Mac 26, 2019

Book Hotel di Port Dickson


 Salah satu of aktiviti kegemaran aku and korang jugak selain travel mesti suka terjah hotel-hotel yang menarik. Kadang-kadang kalau bercuti 4hari 3malam, maka tiap-tiap malam lah kitaorg akan tidur hotel lain-lain. Selalu sebelum book hotel aku akan semak kemudahan dan aktiviti apa boleh buat dekat hotel-hotel tersebut, dah sampai apa lagi kita cuba lah buat semua aktiviti. Bukan mak pak je suka buat..anak-anak pun suka. Baru-baru ni kawan aku cerita dia bawak anak-anak holiday dekat Port Dickson dan diaorang menginap dekat Lexus Hibiscus Port Dickson.  Apasal aku boldkan nama hotel itu? Sebab aku nak bagitahu yang dia cerita pasal hotel lagi banyak dari apa diaorang buat kat luar hotel. Dan dia Berjaya buat hati aku melonjak nak ke sana. So kali ini aku nak share info pasal hotel yang aku dapat dari member aku ni. Korang kalau nak cek harga korang ceklah cheap hotel booking kat online nanti kot-kot ada promotion ke.

Jarak Port Dickson dengan Kuala Lumpur makan masa kurang satu setengah jam sahaja kalau takde traffic jam. Senang je kalau nak cari lokasi Lexis Hibiscus Port Dickson ini kerana ada siganage untuk ke sini. Nanti bila korang dah sampai jangan terkejut melihat begitu ramai orang di ruang lobi. Sebabnya Lexis Hibiscus Port Dickson ni merupakan choice terbaik khusus buat orang bandar macam kita ni yang ingin menikmati percutian hujung minggu.

Nampak tak apa yang aku nampak....bunga kebangsaan

Apa yang menarik minat aku tentang Lexis Hibiscus Port Dickson ini adalah susunan bilik yang berbentuk bunga raya kalau korang boleh tengok dari atas dan setiap bilik ada swimming pool. Itulah sebab nama Lexis Hibiscus diberi. Terdapat beberapa pilihan bilik disini iaitu Presidential Suites yang terletak di bahagian stigma, Imperial Suites (stamen), Premium Pool Villas (kelopak), Executive Pool Viilas (daun) dan Sky Pool Villas (on-shore). Sebagai informasi, Lexis Hibiscus memegang dua rekod dunia oleh Guiness World Records sebagai Most overwater villas ini a single resort dan Most swimming pools in a resort. Style kan! Korang nanti aku suggest try bilik Premium Pool Villas yang terletak di bahagian kelopak. Bilik Premium Pool Viilas ini agak luas. Ada dua katil bersaiz extra-large selain mini bar, complimentary snacks, kolam mandi dan juga bilik sauna. Walaupun jarak villa agak jauh dari bangunan utama, diorang menyediakan perkhidmatan buggy bagi memudahkan pergerakan guest.

Suasana dalam bilik


Kolam mandi dalam bilik...Keseronokan apakah ini...


Banyak aktiviti boleh korang buat di dalam Lexis Hibiscus Port Dickson. Terdapat kemudahan seperti Water J Park dimana korang boleh bermain antaranya slide besar setinggi 8 meter. Tinggi tuu and fun too. Selain itu, kalau korang sukakan watersport, terdapat beberapa pilihan seperti jet ski, kayak dan banana boat. Pihak Lexis Hibiscus Port Dickson ada gak menyediakan kemudahan seperti kereta Yoyo, basikal, aktiviti memanah. Kemudahan indoor juga disediakan seperti Games Room, gimnasium, spa, pusat permainan kanak-kanak. Malah diorang ada sediakan karaoke disini. Satu lagi aktviti yang boleh korang buat disini adalah amek pakej menaiki helikopter untuk melihat panorama dari atas udara. Time ni la korang boleh tengok bunga raya dari atas.

Water J Park

Kalau korang lapar dan malas untuk drive keluar, singgahlah di Hibiscus Walk sebab terdapat beberapa gerai makanan Malaysia dibuka disini. Selain itu, Lexis Hibiscus juga mempunyai pilihan tempat lepak dan makan seperti pool bar, bistro, restoran makanan Jepun dan Cina, dan Roselle Coffe Housem dimana sarapan pagi disediakan disini. Boleh aku katakan banyak pilihan menu sarapan termasuk beberapa live stall disediakan.

Aku confident yang kalau  korang stay kat sini rasa tidak puas dengan hanya menginap satu malam sahaja. Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan disini. Benda yang paling best ialah swimming pool dalam bilik so korang boleh mandi anytime and ada privasi terutama untuk wanita muslimah macam aku ni. Kalau korang mencari-cari lokasi percutian tak kisah lah cuti sekolah ke cuti hujung minggu, Lexis Hibiscus Port Dickson boleh dimasukkan dalam senarai korang! Cepat-cepatlah google Lexus Hibiscus Port Dickson hotel booking so korang boleh book online awal-awal. Silap-silap dapat harga murah tuu.

Selasa, Jun 05, 2018

I need a vacation


Siapa yang memerlukan percutian?

Pada aku semua orang memerlukan percutian apabila sampai saat dan ketikanya. Seorang pelajar, seorang bekerjaya, malahan seorang surirumah turut memerlukan percutian. Paling kesian pada pandangan aku yang adalah surirumah, kerana mereka kena bekerja walaupun nama bercuti. Jarang sangat seorang ibu akan meninggalkan anak-anak yang masih kecil untuk bercuti sendiri. Selalunya mereka akan membawa anak kecil bersama terutama kalau anak masih menyusu.

Paling membahagiakan adalah pelajar yang habis peperiksaan. Waktu ini mereka tak perlu fikir pasal belajar atau apa-apa projek...

Inilah coretan malam ramadan 20 aku....

Rabu, April 06, 2016

Krabi 3 - 26/3/2016

Sambungan kisah krabi masuk hari ke dua dengan baki duit Thai bath 29,035THB. 

Penginapan kami di Krabi nemo house, memang best pasal dekat luar di sediakan macam ruang tamu yang boleh lah ahli-ahli rombongan nak melepak sambil borak-borak. ada sedia 3 meja makan. Sarapan hari ke dua, Mr.Y bersama ayah dan ummi pergi beli dekat gerai yang berhampiran dengan penginapan kitaorang. Kos sarapan adalah 320THB. Selepas beli sarapan sempat lagi diaorang singgah kedai beli apa-apa kudapan dan 3in1 berjumlah 272THB.

Pemandangan ruang lepak depan bilik. 
Mr.Y bersarapan bersama mak abah...

Selesai sarapan kami minta pihak penginapan hantar kami ke aonang beach, (penghantaran ke tempat berdekatan adalah percuma dari pihak penginapan)...bestkan... Makanan yang tak habis makan waktu sarapan kami bawa ke pantai.. 
Ayah dan menantu-menantu mandi bersama.

Teacher anis sedang ajar students main pasir.
Best friend humaira dekat krabi...
Sambil menikmati mandi pantai akan ada orang datang promote urutan kaki di pantai, jual air, jual tikar. Kami beli lah sekeping tikar  dan ayah beli sekeping untuk letak barang dan si kecil meniarap. Mereka berminat juga ambik service urutan badan 250THB untuk 1jam.

Pemandangan luar kawasan berurut.

Dalam jam 2ptg kami minta pihak penginapan datang jemput, Sampai tempat penginapan semua dah tak larat maka lunch skip untuk hari tersebut. Ada yang pergi sendiri beli lunch di kedai berhampiran. Mr.Y teman Anisah dan Nor pergi lunch & beli minum petang sekali. Kos minum petang 425THB. Petang tue juga Mr.Y settelkan baki pembayaran hotel sebanyak 14,400THB.

Petang lagi sekali kami minta pihak hotel hantar ke pantai aonang untuk tengok suasana petang dan malam sekitar pantai. Memang happening. Jalan-jalan adalah jumpe satu kedai jual pancake banana neutella. Apa lagi perut dah lapar, semua nak cuba rasa lah kan. Ok lah rasa dia, boleh kata macam rasa roti canai letak pisang & neutella kalau kat kita. Anisah ambik pancake with chestnut & chocolate. 

Semua nak bergambar dekat patung ikan yang besar.
Balik dari jalan-jalan sekitar aonang beach kami terus pergi dinner dekat gerai berhampiran tempat penginapan.

Makan kat sini lagi sedap dan lagi thai rasanya. Kos makan malam adalah 1265THB.

Ini lah kisah hari kedua kami di krabi. Total perbelanjaan adalah:

320 + 272 + 425 + 14,400 + 1,256 = 16,673THB

Baki : 29,035THB - 16,673THB = 12,362THB


Ikuti sambungan Krabi 4 untuk kisah selanjutnya.....

Isnin, April 04, 2016

Krabi 2 - 25/3/2016

Assalamualaikum, kali ni nak sambung cerita pasal percutian di krabi lagi, Kali ini kita cerita detail skit sekali dengan perbelanjaan untuk hari pertama. Untuk pengetahuan semua kami buat collection RM500 setiap orang dewasa dan kanak-kanak adalah percuma. Total collection adalah RM5500. 

Daripada RM5500, Mr.Y awal-awal tukar duit dekat malaysia RM4000 dan dapat dalam 33,600 THB (waktu ni currency lebih kurang RM1=8.4THB) . Balance biarkan dalam bank, akan keluar jika tidak cukup. Wang ini merangkumi perbelanjaan bagi penginapan, sarapan, makan tengah hari, dinner dan pengangkutan.

Awal-awal lagi kami dah decide untuk tidak mengambil mana2 pakej dari mana-mana agensi perlancongan. Kami melakukan perbandingan harga kelihatan perbezaan harga yang amat ketara. ye lah kanak-kanak yang tidur dengan mak bapak pun charge ikut kepala. 

Sebaik sampai kami terus diambik oleh abg sobri iaitu pekerja kak ana (ana rasyid  tour & service). Awal-awal lagi Mr.Y dah booking van dari airport ke tempat penginapan iaitu Nemo House berdekatan pantai aonang. Harga antara aiport ke tempat penginapan adalah 700THB Sebaik jumpa abg sobri, beliau mencadangkan kami terus makan malam dan seterusnya pergi ke Krabi night market. Charge pengangkutan untuk ke krabi night makan dan restoran makan malam adalah 800THB. Krabi Night market hanya ada pada jumaat, sabtu dan ahad. So siapa yang datang weekdays tu rugilah tak dapat pergi krabi night market.


krabi night market. gambar ihsan google.
Total perbelanjaan untuk hari pertama kami sampai di krabi adalah:

800THB+700THB+3,065THB = 4, 565THB

Baki: 33,600- 4,565 = 29,035THB

Ikuti sambungan Krabi 3 untuk hari ke dua.

Khamis, Mac 31, 2016

Krabi 1 - intro


Assalamualaikum..baru balik krabi, thailand. Macam2 hal jadi sepanjang percutian kali ni. Percutian kali ni kami bawa 11orang dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 bayi.

Kami rancang percutian ini pada tahun lepas apabila melihat promo tiket airasia menggunakan Big Point. (Boleh rujuk pos Tips beli tiket free dan hanya bayar tax.)  Bila dah beli tiket untuk kami berdua, maka beli untuk mak abah Mr.Y. Maka sebarkan cerita dekat adik beradik yang lain. Maka tercapai kata sepakat untuk melakukan family trip ke Krabi.

Oleh kerana adik beradik yang lain tak ada guna Big Point, mereka beli tiket promo pada harga pergi balik lebih kurang RM200. Kami suami isteri memang teruja nak pergi holiday kali ini sebab ini lah masa kami boleh habiskan dengan orang tua sepuas-puasnya. ye lah, mak abah Mr.Y ikut, Hj Mohd yusof dan isteri pun ikut. Perbelanjaan tiket, transport, makan dan tempat tinggal orang tua, semua di tanggung oleh anak-anak secara sama rata.

Hampir tarikh nak pergi holiday, kakak tersayang pulak kawen, maka bertambahlah ahli trip kami. Yelah, orang baru kawen tak kan nak tinggal suami sorang-sorang. lagipun ini boleh dijadikan sebagai langkah awal mengenal hati budi masing-masing. 

Trip ke Krabi bermula pada 25/3/2016-28/3/2016. 
Pak long sham dan mok da hantar kami ke KLIA 2. 2-2 cucu tidur atas toki & tok mi.
2nd day: jalan2 sekitar aonang beach. Kami pakai baju tema putih... susah nak tengok Hj. Mohd Yusof senyum....


last day: Depan nemo house, penginapan kami selama 3 malam di sana.
Dr kiri berdiri: anisah, toki & Uwais, Ummi, iffah, emi, atuk, Ms.Fong, nenek, Hana, Pok ta & Ummu nor
Dr kiri depan: Humaira, abi & Ummu.


Ikuti sambungan Krabi 2.