Assalamualaikum dan salam semua. Hari
ini aku nak kongsi sikit pasal restoran diyakini halal di Tokyo.
Sebelum kita pergi ke makanan, apa kata kita kenali serba sedikit
pasal negara Jepun.
Jepun merupakan satu negara yang
terletaknya di Asia Timur dan bersebelahan dengan China dimana ia
menjadikan Tokyo sebagai ibu negaranya. Dengan populasi penduduknya
yang hampir mencecah 130,000,000 juta manusia, ia sekaligus
menjadikan Jepun antara negara yang tersibuk di dunia. Haa. Korang
sibuk kata Kl jem kan. Korang datang Jepun, 1000 kali ganda jem dan
sibuk nya. Tapi penduduk jepun ini lebih berdisiplin di jalan raya
kalau nak banding yang kat KL tu. Uhuk uhuk.
Walaupun dengan kesibukan dan kemajuan
kota raya, rakyat Jepun masih lagi mampu mengekalkan budaya mereka
seiring dengan teknologi yang semakin canggih. Sekaligus membuatkan
negara ini menjadi salah satu destinasi pelancongan terkemuka di
dunia. Aku dari zaman kecil lagi berangan nak ke Jepun siap
berimaginasi sambung belajar kat sana.
Salah satu negara yang menjadi
penyumbang utama sebagai pelancong ke Jepun, sudah pastilah negara
kita, Malaysia. Ini kerana untuk melancong ke Jepun, banyak syarikat
penerbangan yang menawarkan harga tiket penerbangan yang berbaloi dan
mampu milik bagi kebanyakan masyarakat di Malaysia. Antara airline
yang menjadi pilihan untuk ke Jepun adalah Jetstar
Airlines. Kalau korang nak cari harga tiket Jetstar
airline ni, korang cuba gunakan Traveloka sebagai platform. Dia akan
bantu korang buat perbandingan harga bagi setiap airline yang ada.
Dengan menawarkan ke destinasi pelancongan yang terunggul, Jepun
adalah satu daripadanya. Andaikata ada antara anda ada yang bercadang
nak ke benua Eropah, nak try naik yang mahal dan mewah, boleh cuba
Qatar
Airways flight booking kat Traveloka. IsnyaAllah harga
berpatutan.
So dah buat pilihan? Andai kata Jepun
masih menjadi pilihan hati korang, mari la melancong ke Tokyo.
Disamping melancong dan bercuti, dah menjadi kewajipan untuk kita
memastikan perut berada dalam keadaan kenyang bukan? Tapi korang ada
masalah untuk cari restoran makanan halal? Jangan risau. Aku
senaraikan beberapa restoran halal yang korang boleh jengah masa
bercuti nanti.
Halal Ramen Ouka @
Shinjuku
Bagi peminat cerita Naruto atau anime
korang mesti popular dengan makanan yang berunsurkan ramen ni. Inilah
salah satu kedai menjual ramen yang korang boleh datang untuk merasa
hidangan ramen yang lagi halal tanpa was-was. Untuk hidangan ramen ni
korang boleh pilih nak diapit dengan ayam ataupun daging. Bagi aku,
dua-dua pun sedap. Kalau nak datang sini hari Isnin – Khamis, kedai
ni bukak dari jam 2 petang, Jumaat jam 5 petang, Sabtu dan ahad
pulak, dia bukak dari 12 tengah hari.
Sekai Café @ Asakusa
Kalau korang tengah on diet dan
vegetarian, aku sarankan korang untuk terjah restoran ni. Sebab kat
restoran ni dia ada menyediakan menu untuk orang-orang diet dan ada
jugak untuk orang-orang yang tak diet. So senang la kalau travel in
group. Menu dia dah menyeluruh. Bagi yang tak diet tu korang boleh
cuba masakan lamb steak dia. Confirm telan air liur. Restoran ni mula
beroperasi pada jam 10.30 pagi pada setiap hari.
Yoshiya @ Shinjuku
Bagi aku, makanan Jepun dengan tempura
berpisah tiada. Mesti ada masakan yang berasaskan tempura. Macam kat
kedai ni, hidangan nasi dia confirm ada mixed tempura dan itu yang
korang tak boleh lepas. Dia dah kira macam hidangan tradisi bagi
rakyat Jepun. Selain tu, korang boleh cuba jugak menu tradisi Jepun
yang lain contohnya macam Chicken Karaage. Restoran ni mula dibuka
seawal 11 pagi.
Gyumon @ Shibuya
Inilah antara restoran yang mendapat
kunjungan pelancong muslim yang ramai kat Tokyo. Tak kira la sama ada
pelancong berkeluarga atau yang berpasangan. Kat kedai ni korang akan
menikmati daging segar yang dibakar dan dihidangkan panas-panas bagi
santapan korang. Suasana dalam kedai pun tenang aman damai untuk
korang menikmati hidangan ala Japanese korang tu. Restoran mula
beroperasi pada jam 12 tengah hari.
Asakusa Sushi Ken @
Asakusa
Kini tiba lah masa yang
dinanti-nantikan bagi penggemar sushi. Mana yang peminat tegar sushi
tu, korang datang la kedai ni bagi merasa sendiri ras sebenar sushi
serta sos nya yang dihidangkan bersama. Pelbagai pilihan sushi yang
korang boleh dapatkan di restoran ni. Antaranya tamago, Ebiko, Ebi
Nigiri dan beberapa lagi sushi yang terkenal dek keenakan dan
kelezatannya. Confirm korang nak repeat lagi makan sushi kat sini.
Itu lah dia 5 restoran halal
untuk korang terjah sepanjang bercuti di Tokyo. Kalau ada antara
korang yang dah tak boleh terima nak makan hidangan ala Japan ni,
korang boleh la memilih restoran Malaychan1. Terletak di Ikebukuro.
Haa, kat situ memang dihidangkan makanan ala Malaysia. Roti canai pun
ada. Mana la tau tekak nak balik kampung halaman. Haha. Okay lah.
Sampai kita berjumpa lagi. Selamat bercuti dan enjoy makanan korang
okay!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen yang baik-baik