Kalau tak faham sangat tengok video, meh kita share resipi kat sini
BacaJuga:
Nasi ayam masak kurang sejam
Bahan-bahan
- 1/2 kg Kaki Ayam
- 3 sudu makan rempah kari
- 5ulas bawang merah*
- 2ulas bawang putih*
- 1//2" halia*
- 1 batang kayu manis
- 2kuntum bunga lawang
- Air
- Garam
- Daun Kari
- Minyak masak
Baca Juga:
Resepi: Vanilla Muffin with Blueberry Filling
Cara-Cara
- Bahan bertanda ditumbuk (Tips: kena tumbuk nak bagi rasa lagi sedap), setelah tumbuh maka gaul dengan rempah kari.
- Pasang periuk Noxxa pada butang 'Dtir Fry" dan setelah semua air kering masukkan minyak masak (Tips: kalau nak sedap lagi campurkan sedikit minyak sapi, kali ini aku tak letak sbb dah habis).
- Apabila minyak panas, masukkan dahulu kayu manis dan bunga lawang dan tumis sehingga naik bau.
- Apabila bau telah naik maka boleh masukkan bahan yang ditumbuk serta rempah kari. Tumis sehingga naik bau dan masukkan daun kari. (Tips: Daun kari perlu dimasukkan bersama-sama batangnya sekali)
- Tumis bahan-bahan tersebut sehingga pecah minyak. Apabila telah pecah minyak masukkan kaki ayam dan digaul sekata.
- Setelah itu masukkan air, jumlah air adalah mengikut kesukaan anda, nak kuah cair lebihkan air nak pekat sikitkan air. Biarkan mendidih.
- Setelah mendidih tutup fungsi 'Stir fry' pada periuk Noxxa dan tutup penutup periuk. Pastikan tombol wap dalah keadaan 'close'.
- Setelah itu set masa 30minit pada butang 'high pressure' di periuk Noxxa.
- Setelah selesai 30minit buang wap air dah buka lah penutup.
- Masukkan garam dan boleh hidang kepada keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen yang baik-baik