Assalamualaikum..baru balik krabi, thailand. Macam2 hal jadi sepanjang percutian kali ni. Percutian kali ni kami bawa 11orang dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 bayi.
Kami rancang percutian ini pada tahun lepas apabila melihat promo tiket airasia menggunakan Big Point. (Boleh rujuk pos Tips beli tiket free dan hanya bayar tax.) Bila dah beli tiket untuk kami berdua, maka beli untuk mak abah Mr.Y. Maka sebarkan cerita dekat adik beradik yang lain. Maka tercapai kata sepakat untuk melakukan family trip ke Krabi.
Oleh kerana adik beradik yang lain tak ada guna Big Point, mereka beli tiket promo pada harga pergi balik lebih kurang RM200. Kami suami isteri memang teruja nak pergi holiday kali ini sebab ini lah masa kami boleh habiskan dengan orang tua sepuas-puasnya. ye lah, mak abah Mr.Y ikut, Hj Mohd yusof dan isteri pun ikut. Perbelanjaan tiket, transport, makan dan tempat tinggal orang tua, semua di tanggung oleh anak-anak secara sama rata.
Hampir tarikh nak pergi holiday, kakak tersayang pulak kawen, maka bertambahlah ahli trip kami. Yelah, orang baru kawen tak kan nak tinggal suami sorang-sorang. lagipun ini boleh dijadikan sebagai langkah awal mengenal hati budi masing-masing.
Trip ke Krabi bermula pada 25/3/2016-28/3/2016.
Pak long sham dan mok da hantar kami ke KLIA 2. 2-2 cucu tidur atas toki & tok mi. |
2nd day: jalan2 sekitar aonang beach. Kami pakai baju tema putih... susah nak tengok Hj. Mohd Yusof senyum.... |
last day: Depan nemo house, penginapan kami selama 3 malam di sana. Dr kiri berdiri: anisah, toki & Uwais, Ummi, iffah, emi, atuk, Ms.Fong, nenek, Hana, Pok ta & Ummu nor Dr kiri depan: Humaira, abi & Ummu. |
Ikuti sambungan Krabi 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen yang baik-baik