Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini ada sambutan hari guru dekat sekolah kakak humaira. Sebenarnya aku pelik jugak kenapa sambutan hari guru tak disekalikan dengan sambutan hari raya minggu lepas. Tapi kita fikir baik, mungkin cikgu-cikgu dah ada perancangan lebih baik untuk hari guru atau tak nak anak-anak keliru dengan sambutan hari guru dengan hari raya.
Maka minggu lepas kami pergi ke kedai Mr.DIY dekat Quill City Mall, tujuan asal abi nak beli gam kasut. Alang-alang dah sampai situ, kakak humaira kata nak beri hadiah dekat guru kelas, dia pilih whiteboard makerpen. Tanya Mr.Y macam mana? dia kata ok. Bila nampak mood dia ok, maka kita pun cekup lah 3-4 barang lagi antaranya watercolour, gam kertas dan sketchbook untuk humaira dan hana menconteng.
Malam tadi kakak humaira kata nak balut hadiah dan nak letak reben. Alahai anak...mana nak cari kertas hadiah malam-malam ni...Nak keluar malas. Maka kita guna bahan yang ada je. Pada mulanya aku suruh guna kotak kapsul kopi Arissto je. Pastu balut lah dengan reben. SIAP!! tapi kakak tak nak, dia kata nampak jenama kopi.
Ini kotak kapsul kopi Arissto jenis Luna...Cantik kan.. Pada aku, ia nampak bergaya dan mahal. Maka hadiah kakak tetap masuk dalam kotak kapsul ini, tapi balut je lah. |
Sebenarnya ini pertama kali aku minta kakak guna teknik ini. Hasilnya kakak kata, "ummu penat lah nak tiup." Ummu balas, "Tak semua benda kita dapat dengan mudah, kita nak sesuatu yang cantik dan bernilai maka kita kena usaha lah. Kakak nak sampul yang cantik dan lawa. kakak kena usaha tiup jadi cantik dah lawa." Makan pujukan maka siap sampul kita biar lah kering. Dah kering kita balut lah kotak arissto kakak. Kakak kata nak reben maka kita ambil reben dari bunga telur...untung nasib dekat bunga telur itu ada kad terima kasih...aku pun suruh lah kakak tulis nama cikgu yang dia nak bagi itu.
Atas: Bahan-bahan yang diperlukan Kiri: Siap hadiah duduk sebelah kotak Arissto Kanan: Hana dan Uwais nak cuba buat teknik blowing gak Tengah: Kakak humaira dengan hadiah nya.. |
Kadang-kadang nak gembirakan anak mudah sahaja, cuma kita terlalu rajin untuk melayan kehendak sendiri sampai lupa keperluan emosi anak. Mereka tidak kisah tentang nilai ringgit yang dilaburkan. Apa yang mereka tahu, mereka nak memberi sebagai tanda terima kasih.