Memaparkan catatan dengan label diy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diy. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 28, 2022

Baiki Handphone DIY

Gambar diatas menceritakan segalanya.

Ini adalah handphone brand Meizu. Sejarah dapat telefon ini agak sadis...Telefon sebelumnya adalah Xiaomi A2. Al-kisah masa Mr.Y mengerjakan umrah pada januari 2020, Uwais dan Uzayr kena muntah-muntah dan cirit. Masa aku duk sibuk uruskan Uwais yang baru muntah, Uzayr layan telefon aku..tetiba Uzayr pun muntah...betul-betul atas telefon. MAKA berenang-renang lah telefon tersebut dalam lautan muntah.

Lepas itu aku pasrah....telefon masih boleh digunakan tetapi untuk kecemasan...2 hari elok..seminggu buat masalah...elok balik 2 hari, bermasalah balik...

Beberapa bulan selepas itu, Mr.Y kata dia beli fon baru untuk aku. Ini lah telefonnya...Meizu M8

Warna Pink ye Mr.Y pilih

Selepas setahun lebih pakai, Mr.Y dapat free gift POCO M3 dari HSBC. ( aku ada cerita kat Unboxing Xiaomi Poco M3-Guaranteed gift with HSBC Credit Card).Oleh kerana waktu itu anak-anak sibuk duduk PDPR maka Mr.Y bagi aku POCO. Telefon Meizu aku beri kepada kakak Humaira di kongsi dengan adik-adik.

Maka sangat lah rajin diorang bawa handphone kehulu kehilir sebab nak online sampai jatuh lcd screen. LCD pecah teruk dalam awal tahun ni. Tapi sebelum raya baru aku buat pembelian part yang perlu tukar di Shopee dan lepas raya baru sampai. Punya lama menanti sampai Hana tanya banyak kali bila nak baiki Handphone dia. Sekarang telefon dah jadi hak milik hana memandangkan kakak dah ambil fon abi yang lama lagi satu.

Sebelum barang sampai aku buka youtube belajar cara buka screen dan tukar yang baru. Selepas tiga minggu barang sampai. Berikut adalah barang dan harga

Dan kali ini tampal sekali tempered glass,kalau kena ganti glass tu sahaja.

Tapi aku tersalah beli tempered glass untuk meizu m6... saiz dia kecik sikit dari meizu m8. Pakai je lah dulu hana...nanti beli lain ye..

Mr.Y kata upah kerana berjaya jimatkan wang dia adalah Starbuck!!!

Setakat hari ini aku belum claim upah tersebut. Nanti dah kempunan aku claim. 

Itu saja perkongsian kali ini. Pada aku, ada benda yang boleh belajar dan cuba buat sendiri tak salah kita cuba. Selagi apa yang kita buat mampu menjimatkan wang. Apasalahnya.


Jumaat, Julai 05, 2019

DIY hadiah hari guru

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini ada sambutan hari guru dekat sekolah kakak humaira. Sebenarnya aku pelik jugak kenapa sambutan hari guru tak disekalikan dengan sambutan hari raya minggu lepas. Tapi kita fikir baik, mungkin cikgu-cikgu dah ada perancangan lebih baik untuk hari guru atau tak nak anak-anak keliru dengan sambutan hari guru dengan hari raya.


Maka minggu lepas kami pergi ke kedai Mr.DIY dekat Quill City Mall, tujuan asal abi nak beli gam kasut. Alang-alang dah sampai situ, kakak humaira kata nak beri hadiah dekat guru kelas, dia pilih whiteboard makerpen. Tanya Mr.Y macam mana? dia kata ok. Bila nampak mood dia ok, maka kita pun cekup lah 3-4 barang lagi antaranya watercolour, gam kertas dan sketchbook untuk humaira dan hana menconteng.

Malam tadi kakak humaira kata nak balut hadiah dan nak letak reben. Alahai anak...mana nak cari kertas hadiah malam-malam ni...Nak keluar malas. Maka kita guna bahan yang ada je. Pada mulanya aku suruh guna kotak kapsul kopi Arissto je. Pastu balut lah dengan reben. SIAP!! tapi kakak tak nak, dia kata nampak jenama kopi.

Ini kotak kapsul kopi Arissto jenis Luna...Cantik kan.. Pada aku, ia nampak bergaya dan mahal. Maka hadiah kakak tetap masuk dalam kotak kapsul ini, tapi balut je lah.
Oleh kerana itu, kita buat sendiri lah sampul hadiah. Bahan-bahan mudah sahaja, kertas lukisan, straw, warna air, dan air.. ini untuk buat sampul hadiah. Kami guna teknik "Blow Technique" boleh rujuk video ehsan you tube ye...



Sebenarnya ini pertama kali aku minta kakak guna teknik ini. Hasilnya kakak kata, "ummu penat lah nak tiup." Ummu balas, "Tak semua benda kita dapat dengan mudah, kita nak sesuatu yang cantik dan bernilai maka kita kena usaha lah. Kakak nak sampul yang cantik dan lawa. kakak kena usaha tiup jadi cantik dah lawa." Makan pujukan maka siap sampul kita biar lah kering. Dah kering kita balut lah kotak arissto kakak. Kakak kata nak reben maka kita ambil reben dari bunga telur...untung nasib dekat bunga telur itu ada kad terima kasih...aku pun suruh lah kakak tulis nama cikgu yang dia nak bagi itu.



Atas: Bahan-bahan yang diperlukan
Kiri: Siap hadiah duduk sebelah kotak Arissto
Kanan: Hana dan Uwais nak cuba buat teknik blowing gak
Tengah: Kakak humaira dengan hadiah nya..

Apabila dah siap...bukan main senyum lebar kakak. Siap kata macam hadiah mahal lah ummu.Alhamdulillah, kakak gembira, ummu abi pun bahagia.

Kadang-kadang nak gembirakan anak mudah sahaja, cuma kita terlalu rajin untuk melayan kehendak sendiri sampai lupa keperluan emosi anak. Mereka tidak kisah tentang nilai ringgit yang dilaburkan. Apa yang mereka tahu, mereka nak memberi sebagai tanda terima kasih.