Memaparkan catatan dengan label HappyFresh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HappyFresh. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 19, 2022

RM30 off & penghantaran percuma

 


Hi, I got my groceries delivered with HappyFresh! Get RM30 OFF & Free Delivery on your first order!

Use this link: https://app.happyfresh.com/ref/nor1735?channel=webapp

*Only eligible for users who install for the first time after clicking on the above link.

Assalamualaikum dan salam semua..... Anda nampak iklan di atas. Sebenarnya dah beberapa bulan tak guna aplikasi Happy Fresh untuk beli barang dapur. Sebab apa...sebab boleh keluar beli barang dapurlah. Tapi minggu ini kita terpaksa guna khidmat happy fresh kembali akibat Mr.Y adalah kontak rapat kepada pesakit covid-19. Bila driver dah tak leh jadi driver maka berfungsi amat aplikasi happy fresh ini.

Macam biasa bila buka online, sebelum beli atau buat apa-apa bayaran kita tengok kedai mana yang beri free delivery, yang banyak item promo atau potong harga dan kedai mana yang ada paling banyak keperluan yang kita nak. Tetiba nampak dekat akaun Happy Fresh ada promo untuk 1st user. Wow banyak gak kalau off RM30 tu....

Dengan ini saya menyeru, jika anda dalam proses kuarantin, download lah Happy Fresh dan guna kod saya sebagai rujukan untuk dapat potongan RM30. Aku tak pasti sebenarnya pembelian berapa Ringgit baru dapat potongan RM30.

Jika tanya aku kenapa lagi suka beli dekat happy fresh berbanding yang lain? Sebab personal shopper akan call kita bagitahu apa barang tak ada, apa barang boleh tukar. Aku siap buat tambah order kat personal shopper kadang-kadang. Siap tanya apa ikan ada kat situ? Awak nampak ikan apa yang fresh? Haahahaha...jangan risau kalau dapat personal shopper yang tak tahu nak pilih barang mana, dia akan wasap or call kita suruh pilih.

Itu saja promotion aku kali ini.... nak siap satu entry ni pun aku behenti beberapa kali. Biasalah mak anak lima.

Isnin, Disember 09, 2019

HappyFresh - pengunaan pertama dapat 20% diskaun dan penghantaran percuma



Assalamualaikum dan selamat tengah malam. Kali ini aku nak kongsi info dan pengalaman yang masih segar dan panas. Al-kisahnya susu Uzayr dah habis, maka aku bagitahu Mr.Y untuk belikan, tapi Mr.Y pula terlalu sibuk kebelakangan ini. Maka aku ambil langkah tolong beli secara atas talian. Asalnya fikir, kalau keluar beli dekat pasaraya terdekat seronok juga, tapi bila fikir balik kena bawa anak-anak sekali rasanya tak terbeli barang. Hampir setiap kali kami pergi beli barang dapur, yang memilih dan mengambil barang adalah Mr.Y, manakala aku pula sibuk mengikut langkah Uzayr. Uzayr dalam proses nak meneroka, maka kalua pergi mana-mana tempat dia akan usaha untuk berjalan sendiri.



Mula-mula aku fikir, alang-alang beli secara atas talian, perlu beli dekat kedai yang ada beri 'cashback'. Maka aku masuklah aplikasi ShopBack. Dalam ShopBack Nampak kategori, maka kita pilih kategori makanan (FOOD), Nampak icon HappyFresh, Apa lagi terus pilih…. Silap aku sini patut kena download Aplikasi HappyFresh dulu kan.. Apabila aku tak download aplikasi HappyFresh maka aku dibawa ke web HappyFresh.

HappyFresh menawarkan banyak pasaraya yang boleh kita pilih. Sebelum kita memilih kedai mana kita nak beli...HappyFresh akan minta kita letak lokasi kita kat mana, kemudian HappyFresh akan senaraikan kedai yang berhampiran kita. Kali ini aku pilih pasaraya Tesco.
Seronok pilih produk dan apabila nak sahkan pembelian baru daftar HappyFresh. Bila dah sahkan pembelian baru aku perasan ada e-mail boucer kod dihantar. Baru lah aku download aplikasi Happyfresh. Syukur sangat sebab personal shopper belum melakukan pembelian maka aku batalkan order yang pertama tapi senarai barang masih ada dalam aplikasi. Jika anda mengalami masalah macam aku nanti jangan risau, HappyFresh akan bantu anda. Arahan yang diberikan pun mudah sahaja difahami.


Maka kali kedua pengesahan kedua pembelian aku masukan kod baucer dan pilih pembayaran secara "Cash on Delivery" atau COD. Aku buka balik shopback, Nampak ada cashback RM2. Kira banyak untung juga lah beli barang dapur hari ini.
Sebelah kiri email kod diskaun, sebelah kanan adalah cashback dari shopback 
Dekat sini aku dah jimat duit parking dan minyak kereta. Selain itu jimat duit dari belanja anak-anak makan. Itu sahaja pengalaman yang aku nak kongsi hari ini.