Rabu, November 18, 2020

Jom berdoa...

 Ya Allah, Sungguh aku minta kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.

Ya Allah jadikanlah pagi ini, pagi yang memberi ketenangan, keberkatan, dibuka segala pintu rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Ya Allah, kami tidak meminta kekayaan, cukuplah rezeki kami seperti air yang mengalir. Sentiasa ada dan tidak putus.

Ya Allah, Selamatkanlah kami dari bala, wabak yang menimpa kami, tiadalah kesembuhan melainkan dari engkau.

Ya Allah, Hidupkan lah kami semua dalam rasa yang penuh bahagia dan kesyukuran pada hari ini dan hari-hari seterusnya.

Ya Allah, sentiasa lindungi orang-orang yang aku sayang. Semoga mereka dalam keadaan selamat setiap masa.

Ya Allah, haramkanlah wajah ibu dan bapaku dari disambar api neraka, kurniakan mereka syurga yang terindah tanpa hisab..

Ya Allah, hiasilah hariku ini dengan sedekah, meskipun hanya dengan senyuman dan kata-kata yang baik lagi indah.

Ya Allah, kurniakan kesabaran  yang tinggi dalam jiwa kami agar kami sentiasa kuat dalam menghadapi ujian Mu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik