Selasa, November 03, 2020

Dr. Stranger~pengaruh drama korea Mr.Y

 Assalamualaikum, entah macam mana aku boleh terjoin Mr.Y layan drama korea. Sebelum ini kami marathon tengok Hotel De Luna, sekarang dia duk marathon Dr.stranger. Pada aku cerita ini menarik bukan sebab kisah cinta tetapi sebab kepakaran dan politik nya. Sambil aku tengok, terlintas dalam fikiran aku betul ke dekat korea utara pakar-pakar bedah akan diuji melakukan pembedahan dalam keadaan gelap? Betul ke orang korea utara menggunakan rakyat tak bersalah untuk jadi bahan uji kaji? Banyak sebenarnya isu yang wujud dalam kisah Dr.Stranger ini. 

Kerana nak dapat nama, maka sanggup korbankan kepakaran yang sukar dicari ganti. Kerana politik sanggup belakangkan nilai kasih sayang. Cerita ini ada lawak, serius dan sedih. Masa mula-mula Mr.Y kata nak layan Dr.Stranger, aku ingat Dr.Stranger Avengers tu, rupanya cerita lain..Cadangan aku...nak feeling layan sendiri, insyalah anda akan dapat sesuatu...




1 ulasan:

  1. Cik TK pernah layan drama ni. Siriyes memang best dan kagum.. banyak kali terfikir juga pasal adegan2 dalam citer ni.

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik