Khamis, Ogos 15, 2019

Resepi Teh Tarik Arissto & Chicken Wrap

Asssalamualaikum, pagi tadi berpeluang menyiapkan sarapan pagi untuk Mr.Y sebelum pergi kerja. Menu yang kita sediakan pagi ini adalah teh susu yang ditarik menjadi teh tarik dan chicken wrap.
Kenapa teh susu jadi teh tarik? Sebenarnya Mr.Y bukan peminat teh, tapi aku nak tahu bagaimana bau dan rasa teh THE KING ARISSTO ini. THE KING ARISSTO adalah teh hitam asli tanpa campuran apa-apa bahan lain. Maka aku buat jugak tanpa letak susu pekat sebab Mr.Y dalam proses mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. Mr.Y rasa sikit dia kata, "awak minumlah." Aku pun bau dan rasa sikit, hurm....bau teh kuat, rasa pahit macam sesuai sangat buat teh tarik. Tak tunggu aku terus ambil susu pekat satu sudu kecil dan mula tarik.  Wow!!! rasa hampir sebiji macam teh tarik kedai mamak, agaknya mamak kat kedai tu pakai teh hitam buat teh tarik.

Teh Tarik Arissto

  1. Brew small cup kapsul The King
  2. 1 sudu kecil susu pekat manis (ikut manis mana yang kamu suka)
  3.  1/4 cawan susu segar  yang dipanaskan, jangan sampai mendidih. (susu boleh tukar kepada susu cair atau susu penuh krim)



Campurkan semua kedalam cawan, sekarang ia menjadi teh susu. Untuk menukarkan kepada teh tarik, maka boleh lah tarik kepada seberapa banyak buih yang kamu nak. Sebenarnya buih akan lebih banyak dan bertahan lebih lama jika kandungan susu pekat lebih banyak.


Chicken Wrap


  1. kepingan tortila/wraps
  2. Isi ayam yang dipotong kecil
  3. tomato yang di potong keping
  4. daun salad dipotong
  5. kobis dipotong (aku guna kobis ungu)
  6. bawang besar di potong
  7. serbuk lada sulah
  8. serbuk lada hitam
  9. mayonis
  10. oregano
  11. minyak untuk menumis (aku guna minyak kelapa dara)
  12. kepingan keju
  13. sos cili
Cara-cara
  1. Panaskan kuali non-stik, apabila panas masukkan minyak. 
  2. Apabila minyak panas masukkan bawang besar, tumis sehingga layu.
  3. Masukkan isi ayam dan tumis sehingga isi ayam dan bawang bertukar keperangan.
  4. Masukkan salad, tomato dan tomato. kalau ada lobak boleh jugak dimasukkan. Masak sehingga semua agak layu.
  5. Seterusnya masukkan serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan oregano. Gaul sekata dan tutup api. pindahkan kedalam mangkuk lain. Maka jadilah intinya
  6. Atas kuali lain panaskan kepingan tortila atau apa2 kepingan wrapper yang sehingga lembut.
  7. Letak inti ke atas wrap, seterusnya kepingan keju, mayonis dan sos cili.
  8. Seterusnya balutlah ia...maka jadilah chicken wrap.
p/s: Cara masak aku memang tak pakai garam sebab pada aku dia dah cukup rasa semuanya. Kalau korang rasa tak cukup garam, pandai-pandai lah ejas tambah garam sendiri.

Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..

#hantukopi
#peminatteh
#MesinKopiPremium

1 ulasan:

  1. Salam perkenalan.. follow sini..
    Kurang suka teh susu.. hehehe

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik