Sabtu, Oktober 31, 2020

Antara masa dan duit....

Aku perhatikan, ada suami yang tak pernah berkira hulur duit dekat isteri tetapi amat sukar memberi waktu untuk isteri melakukan apa dia suka. 

Aku perhatikan juga, ada suami tak mampu nak hulur duit untuk isteri tetapi sentiasa izinkan isteri memiliki ruang waktu untuk melakukan apa yang diingini.

Aku perhatikan lagi, ada suami duit nak bagi dekat isteri amat berkira, masa untuk isteri pun berkira.

Aku perhatikan terus, ada suami yang memberi keseimbangan antara keperluan duit dan masa. Isteri beruntung mendapat kedua-duanya secara seimbang.

Duit itu ibarat keperluan luaran manakala masa itu keperluan emosi. Antara keperluan fizikal dan emosi, mana lagi penting? Hakikat isteri cukup pakai menutup aurat sudah memadai. Manakala keperluan emosi itu lagi utama apabila suami dah meyediakan keperluan fizikal yang wajib itu cukup. Emosi isteri atau ibu yang stabil akan mewujudkan keharmonian rumah tangga. Emosi isteri senang untuk dilayan. Ada isteri cukup sekadar suami mendengar dia membebel, manakal ada isteri hanya perlukan waktu solat yang tenang. 






 

Khamis, Oktober 29, 2020

Rabu, Oktober 28, 2020

Sedihkan, bila perkembangan anak-anak kecil dibanding-bandingkan.

Ibu atau ayah yang ada anak pasti pernah mengalami situasi ini. Jangan kata orang lain bandingkan anak mereka dengan anak kita, kadang kita sendiri bandingkan perkembangan antara anak kita. Contoh, kenapalah adik tak boleh cakap lagi dah 2tahun tapi kakak dulu 2tahun dan bercocet mulutnya. Bayangkan kalau anak itu faham, mesti dia sedihkan, anak 4 tahun sudah boleh memahami perbualan ringkas orang dewasa terutama apabila kita bicara tentang mereka...

Setiap anak akan alami perkembangan yang berbeza. Sepertimana kita memerlukan pelbagai kemahiran dalam kehidupan, tetapi kita akan lebih cepat menguasai kemahiran tertentu. Ada kemahiran kita akan sedikit perlahan untuk kuasai. Begitulah anak kecil. Mungkin anak kita lambat bercakap tapi dia cepat menguasai kemahiran bermain muzik atau boleh makan sendiri dengan bersih dengan baik sekali.

Berikut adalah panduan carta perkembangan anak-anak. Jadikan ini sebagai panduan bukan penentu kecemerlangan anak. 



Jika perkembangan anak terlalu lambat dari yang sepatutnya memang wajar kita bawa jumpa yang pakar. Apa yang aku nak cakap disini perbandingan yang dibuat oleh pakar bukan perbandingan makcik bawang. Bahasa yang digunakan adalah kemas dan cermat. Manakala bahasa makcik bawang adakala boleh menyakitkan hati. Adakala ini boleh jadi pergaduhan. 

Jika kita bukan dalam bidang tersebut cukup kita sekadar menasihat mereka untuk bertemu dengan yang pakar. Tidak perlu kita bandingkan perkembangan anak kita dengan anak mereka. Aku baca dari buku Revolusi IQ.EQ.SQ (menyingkap rahsia kecerdasan berdasarkan quran dan teori neurosains mutakhir) karangan Taufik Pasiak. menyentuh mengenai teori multiple intelligence. Teori ini ada 7 aspek kecerdasan yang perkatakan iaitu lisan, matematik, gerak badan, kreativiti, muzik, interpersonal dan intrapersonal (emosi). Setiap kepandaian ini tidak berkembang secara sekata tetapi ada yang lebih kehadapan dan ada yang lebih kuat. Tetapi bagi setiap individu ia berbeza. 

Mungkin anak mereka mengalami perkembangan kreatif yang pesat, sebab itu perkembangan muzik lambat. Apa yang penting sebagai orang luar, jangan bandingkan kerana kita tak tinggal sebumbung dan melihat perkembangan lain kanak-kanak tersebut.Itu sahaja bebelan hari ini..

Ahad, Oktober 18, 2020

Anak suka buat apa yang mak ayah buat....

Kalau anda anak kecil pasti anda perasan bahawa anak ini sebolehnya akan cuba buat apa yang anda buat. Kadang-kadang mereka mengambil alih kerja yang sedang anda buat. adakah kita kena marah atau biarkan sahaja?

Kalau aku, tengok keadaan. kalau apa aku buat itu membahayakan mereka mestilah tak bagi tapi tak lah marah. Terang elok-elok. Adakala kita tengah nak cepat dia pun datang menyibuk, redha aja lah. sampai usia berapa kena layan karenah anak-anak ini? Pada pendapat aku sehingga usia merek 7 tahun. Kerana usia 7 tahun mereka dah faham arahan dan insyalah dah boleh membantu sebaiknya. Kakak humaira umur 7tahun telah pandai cuci bekas dalam sinki dengan bersih. Masuk usia 8 tahun dia telah mampu buat telur mata sendiri dan goreng nuget. Walaupun ketika aku suruh kakak humaira buat semua itu, mertua bising kerana dia tak yakin budak itu boleh buat. 
Kembali kepada tajuk kita iaitu anak suka buat apa mak ayah buat. Ini kerana kita mak ayah adalah model, idola, icon dan cikgu utama bagi anak-anak. Jangan salahkan anak asyik nak tengok telefon andai kita sentiasa melihat telefon didepan mereka.  Sampai waktu kita perlu main dengan mereka tetap mengadap telefon. Bagaimana kita nak didik anak fokus andai kita sendiri tidak fokus melayan mereka? 
Kalau kita marah mereka tiru apa kita buat, mereka akan hilan panduan utama. Sebaliknya kita kena jelaskan apa yang mereka boleh tiru dan apa yang mereka tidak boleh tiru. Kita kena faham, anak-anak ikut apa mak ayah buat kerana mereka nak merasa perasaan melakukan sesuatu itu. 


Uzayr berbeza dengan uwais, dia suka sangat tiru ummu buat kerja dekat laptop manakala abangnya uwais yang lebih suka turut serta ummu masak di dapur. Bagi peluang mereka merasai perasaa tersebut, insyalah kita akan dapat kesan minat dan kecenderungan anak-anak. 

Itu sahaja perkongsian kali ini. 

Sabtu, Oktober 17, 2020

Wanita Idaman Syurga


Topik Assalamualaikum pagi ini adalah sambungan dari minggu lepas....apa nama ustazah ini ye....gaya penceritaan menarik. antara perkongsia yang aku dapat adalah..

+ kenapa anda dengar ini kerana anda suka dengar ilmu, kerana anda terima hidayah. hidayah dengan ilmu yang mendekat dengan Allah.

+ istiqamah, berterusan walaupun kecil. biar kita faham kenapa buat sesuatu bukan sekadar ikutan. Jangan menggunakan alasan, "tunggu, nanti dapat hidayah baru pakai"

+ key point wanita idaman syurga adalah syahadah, rujuk al-quran, jangan main cedok hadis hadis atau cerita cerita. Teruskan mengaji dan mengkaji.

+ anak-anak akan melihat contoh dari ibu bapa, jangan kata dah besar nanti jangan jadi macam mak. tapi ubah diri kita untuk anak jadikan kita idola.

+ kita hamba, kita yang perlu tunduk kepada kata Allah dan bukan Allah ikut kata kita.

Usatazah ini banyak beri contoh Neelofa. Apabila melihat perubahan Neelofa dari dulus shingga sekarang maka sesuai sangatlah contohnya itu.