Khamis, April 30, 2020

Tips Hebat :Transisi minda.....

Assalamualaikum dan selamat pagi... akhirnya aku berjaya menghabiskan bacaan buku 'Retire Young, Retire Rich.' Lebih kurang 6minggu gak aku ambik masa nak habiskan baca buku ini, Habis lah 3 fasa PKP. Walaupun adalah beberapa bab aku langkau kerana pada aku terlalu kompleks untuk aku faham Sebab bila aku baca dua atau tiga kali pengenalan bab aku dah tak faham. hehehehe.....



Kalau anda pernah tengok atau belek buku ini, anda akan perasan kepada bab akhir yang bertajuk :TIPS HEBAT. Dalam bab ini penulis memberi 12 tips hebat buat pembaca. Dalam 12 tips tersebut aku rasa Tips Transisi Minda adalah Tips pertama yang perlu kita ambil dan buat walaupun penulis kata tips pertama adalah buat keputusan manakala Transisi Minda adalah tips ke tujuh.

Baca Juga:

Bila Abi Bertanya "Bagaimana Berfikir Dan Hidup Di Luar Kotak?"


APA ITU TRANSISI MINDA?
Mengikut kamus dewan transisi adalah peralihan dari satu keadaan kepada keadaan lain. Siapa yang ada anak baru masuk darjah satu pasti pernah mendengar Minggu Transisi pelajar Tahun 1. Iaitu perubahan daripada keadaan alam tadika kepada keadaan alam persekolahan. Maka maksud transisi minda adalah perubahan keadaan minda seseorang. Jika sebelum ini minda anda berada dalam realiti seorang yang suka membawang, maka anda perlu lakukan transisi minda untuk berada dalam realiti seorang lebih suka diam daripada berkata-kata sesuatu yang sia-sia.

KENAPA PERLU TRANSISI MINDA?
Ia amat perlu bagi memerbaiki kepintaran kita dalam apa sahaja bidang yang kita nak. Seorang yang sentiasa memperbaiki kepandaian adalah orang yang menghargai aset yang paling bernilai yang kita miliki. Aset ini semua orang ada, tak kira lah kaya atau miskin, iaitu otak kita. Maka jika kita nak kaya dan berjaya, dunia dan akhirat, kita perlu manfaatkan aset ini sebaiknya.

BAGAIMANA NAK LAKUKAN TRANSISI MINDA?
Transisi minda dilakukan setiap hari dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10minit dengan membaca artikel, buku atau rencana. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga seperti aku seorang ibu, isteri dan peniaga atas talian, maka sambil-sambil masak boleh dengar ceramah atau soal jawab. Dekat you tube banyak...kewangan boleh dengar tentang Dave Ramsey show, motivasi dengar Fadzilah kamsah, agama dengar ngaji bersama menteri, pemasaran azizan othman dan banyak lagi...Lepas itu jika ada bajet boleh hadiri seminar berkaitan, kalau tak ada peruntukan maka sila cari seminar-seminar yang percuma.

Baca Juga:

Baca buku untuk anak-anak


Dalam buku retire young retire rich, penulis menggalakkan kita melakukan transisi minda kewangan agar realiti pemikiran kita berubah daripada realiti pemikiran orang kebanyakkan kepada realiti pemikiran orang kaya. Kenapa aku kata, pada aku tips ini yang pertama aku perlu buat adalah kerana bagaimana aku nak buat keputusan berdasarkan realiti pemikiran orang kaya kalau realiti pemikiran aku masih seperti orang kebanyakkan.

Itu sahaja perkongsian kali ini....sekarang aku nak start baca Rich Dad, Poor Dad dan buku Keperibadian Seorang Muslimah. Ada  masa, ada topik best aku share nanti.

Selasa, April 28, 2020

Tazkirah oleh kakak Humaira.

 Assalamualaikum.


Semalam aku baca buku Keperibadian seorang muslimah.Lepas baca Mr.y tanya apa aku faham setelah baca buku itu. Memang menjadi amalan kami suami isteri akan cerita apa yang kami baca atau dengar. Waktu aku ceritakan apa aku faham kakak humaira ada join sama. Dia memang suka dengar kalau kami ceritakan kembali apa yang kami faham setelah membaca. Setelah itu humaira ambik buku itu juga dan baca...lepas habis baca dia suruh aku tanya dia "ummu tanya lah kakak apa kakak faham lepas baca buku tu." Aku balas, kakak cerita lah apa kakak faham. Maka bermula sesi tazkirah oleh humaira.

"Kakak baca tentang ganjaran membuat kebaikan. Ummu tahu tak setiap kebaikan akan dapat ganjaran. Kalau Allah tak balas dekat dunia, Allah balas kat akhirat. Seperti kita solat 5waktu..solat itu ibarat tiang-tiang yang buat rumah kuat. Tapi kalau tinggal satu solat, jadi senget lah rumah tu. Jadi kalau kita solat cukup, kita akan dapat rumah cantik."

Good job kakak....teruskan membaca dan bercerita..

Isnin, April 27, 2020

Resipi Puding Karamel

Assalamualaikum...hari ini masuk hari ke-empat kita berpuasa di bulan ramadan 1441H. Alhamdulillah hari ini jug adalah hari ke-4, Kakak hana berpuasa. Selalu lepas sahur dia akan solat subuh dan tidur. Tapi pagi tadi dia tak tidur malahan bermain dengan Uwais, dah main mula lah rasa dahaga serta lapar. Maka dia minta untuk berbuka, aku suruh tidur dulu, sebab selalu bangun tidur tak lapar. Even sahur pun dia serta kakak humaira makan sedikit sahaja nasi. Mungkin mereka melihat mak bapak mereka sahur tak makan nasi. Mr.Y selalu sahur dengan bijirin dan kurma manakala aku sahur bijirin dan air coklat. Kakak humaira pernah cuba untuk bersahur dengan bijirin dan air coklat sahaja ketika puasa sunat sebelum ini, tapi tak tahan, petang dia dah lapar. Sejak dari itu kalau dia, aku kena pastikan dia makan nasi walaupun beberapa suap.

Baca Juga:

Resepi Teh Tarik Arissto & Chicken Wrap


Kembali kepada cerita resipi puding karamel ini. Pertama kali aku buat puding karamel adalah beberapa bulan selepas kawen dengan Mr.Y. Ini semua kerana permintaan Mr.Y yang teringin nak makan puding karamel tapi tak tahu nak dapatkan dimana di sibu pada tahun 2011. Maka aku gigih lah mencari resipi di google.

Ini adalah hasil puding karamel aku yang pertama. 
Beberapa hari lepas Mr.Y ada berbunyi nak puding karamel...makan sejuk-sejuk untuk berbuka. Tapi bini dia buat tak faham je. Maka semalam lepas berbuka dia keluarkan beberapa bekas puding karamel yang dia order (aku tak sedar pun bila orang hantar). Merasa lah kami puding yang dibeli....hurm....tak nak cerita banyak....cuma nak cakap tak kena lah dengan tekak kami. Maka aku un kata, esok lah saya buat...ambik kau, dah janji sila lah buat...masalah dah bertahun aku tak buat...resipi pun dah lupa. Mujurlah ada yang minta resipi masa rajin membuat dulu dan mujur juga waktu itu tak kedekut resipi. Yang minta resipi pula tanya dekat messenger FB. Apa susah buka messenger, taip search resipi puding karamel. Tadaa....jumpa....

Terima kasih yang meminta resipi..
Baca Juga:

Resepi Tart nenas nenek kg.Baru


Berikut adalah resipinya

RESIPI PUDING KARAMEL

Cara buat Karamel - Masak 5 sudu makan gula bersama 2 sudu air di atas api yang perlahan sehingga menjadi seperti gula hangus warna perang. Seterusnya masukkan ke dalam loyang dah ratakan serta biarkan sejuk. (nak tahu jadi tak karemel, bila sejuk dia akan merekah-jangan terkejut kalau dengar bunyi patah)

Bahan-Bahan Puding

  • 5biji telur
  • 5sudu makan gula kastor
  • 400ml susu cair
  • sedikit asen vanilla


Cara-cara

  • Satukan semua bahan sehingga sebati tetapi jangan sampai berbuih (nanti puding kau jadi berlubang-lubang). 
  • Setelah sebati maka tapis kedalam bekas loyang tadi. 
  • Tutup loyang dengan 2lapis aluminium foil dan kukus selama 30minit.
  • Setelah masak, biarkan sejuk dahulu baru tebalik kan.


p/s: aku guna loyang 6"


Kali ini aku ambik langkah selamat untuk simpan resipi kat sini.Moga tak hilang lagi.

Luddites....

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semalam dapat perkataan baru iaitu LUDDITES. Aku rasa kalau kau budak ekonomi atau akaun mesti pernah dengar perkataan luddites ini.

Luddites adalah sekumpulan orang atau seseorang yang menentang perkembangan kemajuan teknologi. Asal kewujudan golongan ini adalah sekitar abad ke-19, dimana sekumpulan pekerja kilang tekstile menentang penggunaan jentera-jentera penenun kain yang akan mengurangkan bilang pekerja. Tindakan mereka ini adalah kerana risau akan kehilangan pekerjaan apabila jentera-jentera ini beroperasi. Gelaran luddite pula mungkin diambil daripada nama seorang pemuda yang memusnahkan dua jentera penenun kain pada 1879 iaitu Ned Ludd.

Sejarah sering berulang dalam bentuk tersendiri. Sekarang kalau kita berbicara tentang luddites, pasti ia merujuk kepada kumpulan individu yang menentang perkembangan teknologi seterusnya menghalang penggunaannya.

itu sahaja perkongsian pagi ini....


Sabtu, April 25, 2020

Sedekah perlu tunjuk atau sembunyi?

Beberapa hari ini kita disajikan dengan kisah sedekah yang dibuat oleh ustaz ebit lew dan dikencam oleh ustaz abu syafiq. Secara amnya aku memang sokong apa yang dibuat ustaz ebit lew dan aku amat tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh ustaz abu.

Kes ini menjadi sangat panas sehingga 4 orang ustaz terkenal membicarakanya dari rumah masing-masing...

Anda dengar dan nilai sendiri....

Pada pendapat aku lah, apa yang ustaz ebit buat adalah suatu yang amat baik. Seperti yang dia kata kalau kita tak mampu membuat kebaikkan, jangan kita menjadi penghalang kepada kebaikan. Anda boleh cari info kekayaan ustaz ebit, dia bukan seorang yang tak berduit tapi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Maka tak ada isu dia nak guna duit sumbangan orang ramai untuk keperluan diri dan keluarga. Oleh kerana rakyat malaysia ni suka membantu maka mereka asyik bertanya ustaz macam mana nak sertai ustaz berbuat kebaikan. Disebabkan itu ustaz ebit wujudkan akaun sumbangan. Apabila melibatkan sumbangan orang ramai, apa yang dilakukan dengan wang tersebut perlulah dihebohkan di media sosial agar tidak timbul fitnah. KATA-KATA FITNAH ITUKAN LEBIH TAJAM DARI MATA-MATA PEDANG.

Manakalah tindakkan ustaz abu syafiq yang menyelar aktiviti ustaz ebit secara terbuka dimedia sosial adalah tidak patut. Sepatutnya sebagai serang ustaz selebriti (aku tak kenal pun ustaz ni sebelum ini), anda kena tahu apa anda buat masyarakat akan perhatikan. Tak puas hati atau setuju dengan tindakan ustaz ebit...berhubung terus dengan ustaz ebit...Sebelum ini dia ada meyatakan bahawa kenyataan dia di FB tidak ditujukan kepada ustaz ebit tapi kenapa status seterusnya bercanggah. Aku awal ingat FB ustaz ini kena hack....

Nampaknya isu ini hanya dia ambil pusing oleh netizen dan ustaz abu. Ustaz ebit aku lihat mengambil langkah lebih tenang dan tidak cepat melatah. Seperti mana perwatakan dia yang kita perhatikan selama ini. Tenang dah penuh kelembutan seorang muslim.