Rabu, Januari 08, 2020

Cara bagaimana aku mengurangkan kesan akibat cuaca panas terik kepada anak-anak sekolah.

Assalamualaikum, rasanya macam dah lama sangat Kuala Lumpur tidak dibasahi oleh hujan. Pagi tadi aku ke pasar chow kit, selalu kalau balik belum jam 9 pagi, cuaca belum panas terik, tapi tadi pagi baru 8.45 pagi aku rasa seperti aku balik pasar jam 11pagi. Memang sebelum ke pasar aku dah rancang nak beli tembikai untuk buat jus bagi anak-anak minum waktu makan tengahhari. Nampak nikmat sangat anak-anak dapat minum jus segar dan sejuk saat cuaca panas terik. 

Baca Juga:

HappyFresh - pengunaan pertama dapat 20% diskaun dan penghantaran percuma


Hana dah darjah 1, sekolah pagi petang.

Ada kisah apabila ambil budak-budak balik sekolah hari ini. Kakak hana tunggu ummu ambil dekat kantin hari ini. Ummu, kakak Humaira dan kakak sumayyah tunggu dekat pagar sampai tinggal beberapa orang je lagi penjaga. Bila nampak ramai pelajar tahun 1 dah keluar tapi Hana belum, minta kakak Humaira pergi cari, kakak kata hana tengah lukis, dah agak lama, suruh kakak Humaira naik lagi sekali pergi tengok sebab rasa dah makin kurang orang dekat pagar ini. Humaira datang bagi tahu kata kelas dah kosong, maka cikgu nampak situasi kami terus sama mengintai di belakang pondok jaga dan bawah tangga sebelah bilik guru, ummu lak suruh kakak humaira dan kakak sumayyah ke kantin. Kakak-kakak datang dengan memberitahu hana tunggu dekat kantin. Kesian anak ummu...alasan penat, panas dan dahaga nak tunggu depan pagar kena diri, dekat kantin dapat duduk. Air bekal pula habis. Tapi bila ummu kata ada jus tembikai dekat rumah, cepat dia nak jalan balik. 
Baca juga:

Musim Panas : Tanda awal strok haba.


Sepanjang pengetahuan aku lah ada beberapa jenis minuman yang dapat menyejukkan badan dan mempercepatkan hilang dahaga yang bagus diamalkan ketika cuaca panas terik ini. Antaranya:
  1. Air kelapa sangat bagus terutama kalau anak jenis demam tak kebah-kebah. Aku selalu minta Mr.Y beli kalau anak mula dedar badan. Selalu tak perlu makan ubat badan dah kembali normal.
  2. Air barli, ini adalah salah satu air yang aku malas nak masak kalau nak minum, sedap lagi order kat kedai.
  3. Air lemon madu, selalu aku buat kalau sakit tekak atau batuk. Kesan amat cepat terutama untuk mencairkan kahak.
  4. Jus tembikai kalau buat atau beli memang sangat laku. Anak-anak suka, aku sendiri suka sebab rasa manis dan pada pendapat aku, jus tembikai paling cepat menghilangkan dahaga.
  5. Teh kundur, tak pernah buat tapi selalu juga beli yang dalam kotak keluaran Yoes.
  6. Air Kosong, kamu minum lah macam-macam jus atau makan macam-macam makanan penyejuk badan tapi kalau kurang minum air kosong, payah juga nak hilang kesan cuaca panas dan dahaga.
Air mana menjadi pilihan anda untuk cuaca panas kali ini. Jangan lupa galakkan anak-anak untuk banyak minum air. Panas terik ni!!!

Selasa, Januari 07, 2020

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom


Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu..


Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

 http://www.mamapipie.com/2020/01/giveaway-tahun-baru-2020.html



Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom



  1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat segment bolehlah join nanti ye.
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom". Tepek banner di atas beserta link ke post ini juga ye. Dalam post tu korang kena nyatakan hadiah nombor berapa yang menjadi pilihan korang. Mama akan randomly pick pemenang berdasarkan hadiah yang dipilih. Total ada 4 Hadiah.
  3. Wajib Follow blog mama: http://www.mamapipie.com
  4. Wajib Follow FB page: https://m.facebook.com/mamapipie/
  5. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang (ini mama akan check satu-satu).
  6. Wajib Subscribe YouTube: https://m.youtube.com/channel/UCeU4OMTRsXMlU3WNy-FJUUA
  7. Digalakkan Follow Media Social Mama (ni tak wajib) || FB | Twitter | Instagram |   
  8. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  9. Pemilihan pemenang akan berpandukan En Random.org atau terpulang jika mama tetiba rajin nak pilih secara manual, mama akan pilih secara manual.

Tu je lah. Mudah saja kan. Bagi sesiapa yang ada masalah untuk nak buat perkara di atas dengan alasan munasabah mama tetap akan terima penyertaannya. Dun worry OK!




Hadiah Giveaway Tahun Baru Mamapipiedotcom 2020



Hadiah akan diberikan bagi 4 orang peserta bertuah. Setiap peserta akan di pilih berdasarkan hadiah yang menjadi pilihan korang.


Hadiah 1






Blouse design 1, warna kuning cair/cream. Free size Boleh refer size di bawah



Bahu 15

Dada 40

Ketiak 18

Labuh baju 30





Hadiah 2





Blouse design 2, warna peach. Free size Boleh refer size di bawah (sorry anak panah tu macam confusing sikit)



Bahu 15

Dada 40

Ketiak 18

Labuh baju 30





Hadiah 3





Set perfuma dan mandian Royale, Ada 3 barang dalam ni perfume, body mist Dan shower gel. Bau wangi u ol. Boleh jadikan hadiah buat yang tersayang juga ni




Hadiah 4



Wang tunai RM50 (akan terus bank in ke akaun korang)


Kalau diberi pilihan saya pilih hadiah nombor 4


Segment ini berakhir pada 31/01/2020 11.59 Malam.

Jan Giveaway + BW by lieyzanordin

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai jugak yang join giveaway  by lieyzanordin ni. Kita pun ambil peluang memeriahkan majlis dan meramaikan penyertaan.




Salah satu syarat Jan Giveaway + BW by lieyzanordin adalah kena letak 2 banner kat atas itu.

Syarat ke dua dia kena view channel you tube nya... YT channel sekurang-kurang 5 minit. bila aku klik link dia...aku rasa penganjur ni main kasar...ada ke patut dia merangsang nafsu makan aku...video dia tunjuk tu video kedai makan ayam & cheese, iaitu restoran Kfry Urban Korean. Dua benda ini aku memang suka.  Selalu penganjur hanya minta kita subscribe channel mereka, tapi penganjur kali ini suruh kita tengok. Maka aku suka lah sebab ada kelainan dari yang lain.

Siapa nak join sila klik mana-mana banner kat atas.

Isnin, Januari 06, 2020

2/1/2020 - hana darjah 1, uwais tadika dan humaira pengawas

Assalamualaikum, dah 2 hari anak-anak mula sesi persekolahan bagi tahun 2020. Tahun ini uwais mula masuk tadika bersama sepupu dia. Walaupun takut-takut nak kena tinggal dekat sekolah tetap tinggal dekat sekolah. Oleh kerana pergi berdua,maka cikgu hantar video dia dengan sepupunya. Kata cikgu seorang peramah,seorang pendiam.



Ummu doa agar uwais baik-baik lah belajar ye. Hana pun masuk darjah satu manakala kakak darjah dua tapi tahun ini mula jadi pengawas.

Macam naik tangga pun ada mereka ini..

Syukur uzayr tdo,dia berkeras nak ummu hantar sama ke sekolah. 

Sabtu, Januari 04, 2020