Sabtu, Ogos 31, 2019

Usaha itu penting


Antara minat dan kegemaran Mr.Y selain menikmati kopi ada mencuba pelbagai menu kopi. Sekarang dia asyik cakap nak cuba minum kopi dengan telur mentah. Macam mana rasa aku pun tak tahu, yang aku pasti ia akan berbau hanyir telur. Agaknya kalau aku buat dan letak asen vanilla ok tak? Hilan tak baunya. Gambar atas Mr.Y post dekat FB dan siap tag nama aku. Payah sebenatnya nak dia tag nama bini dalam apa-apa post dia dekat media sosial. Bila dah tag faham-faham sendiri lah. Tengok coffee art ni macam advance sangat. Tak terjangkau oleh kemahiran aku ada buat masa ini. Maka aku banyangkan bentuk yang lebih mudah dan ringkas. Tapi hasil yang aku hidangkan...korang nilai sendiri lah.

Redho je lah ye Mr.Y...walaupun rupa jauh lari dari apa yang dibayangkan tapi rasa tetap terbaik sebab guna kapsul kopi Arissto.


Jumaat, Ogos 30, 2019

Resepi: Vanilla Muffin with Blueberry Filling

Cubaan pertama buat muffin vanila dengan blueberry filling. Rasa ok tak teruk sangat tapi blueberry itu macam bukan filling je...lebih kepada topping...Resepi kat bawah...

Bahan-Bahan

  • 3sudu besar butter
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1biji telur
  • 1/2cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • sedikit asen vanilla
  • secubit garam
  • jem blueberry



Cara-Cara
  • Pukul butter dan gula sehingga kembang, masukan telur dan susu cair biar sebati, asen vanilla & garam juga.
  • Guna teknik kaup balik masukkan tepung.
  • Masuk dalam pipping bag dan pipe kan kedalam cawan muffin
  • Kemudian pipekan jem ke tengah adunan
  • Bakar dalam airfryer pada suhu 160° C selama 10minit.
p/s: dah masak jangan terus makan sebab jem itu sangat panas, tunggu sejuk sebentar.

Sepetang di Taman Putrajaya

Alkisah weekend lepas Mr.Y ada kelas pasal kopi. Kelas Arissto dijalankan di South City Plaza, yang mana amat dekat dengan rumah kak long aku. Maka satu hari lah kami melepak disana. Memang kami dah rancang, petang nak lepak dan jalan-jalan sekitar taman putrajaya (kakak aku rancang, kami yang lain ini ikut aja). 

Mula-mula sampai dah nampak kawasan tak ramai orang. Ok sesuai nak lepas anak-anak bermain. Pemandangan pun menarik sebenarnya. Aku suka lari-lari tepi tasik macam ni. 

Uzayr yang suka kejar abi joging...sampai terjelir lidah..kalau mak suruh kejar, tak dilayan pulak.

aktiviti motor sensori. Dia pakai kasut abang Uwais. Nanti kita beli kasut uzayr ye...

Abi kata, "Uwais diri bawah kaki abi." Tapi Uwais bergantung dekat kaki abi.

bukan senang nak daoat habiskan masa bersama macam ni. Tapi kalau dapat luangkan masa macam ini memang seronok.

Uzayr & Watercolour


Bulan ini uzayr masuk usia 1tahun 6bulan. Maka rasanya tak terlalu awal untuk perkenalkan permainan warna air dekat dia. Seperti mana Uwais diperkenalkan seawal usia satu tahun 6 bulan juga. Hasil yang aku perhatikan adalah, setiap kali bermain warna air, kawasan permainan uwais bersih dan tak comot. Awal-awal diperkenalkan, jangan ditinggalkan sendirian.

Kali ini kita guna cotton buds untuk mewarna...Uzayr lebih berminat memasukan Cotton bud kedalam tiub-tiub warna berbanding mewarna pada sketchbook. Uwais pula warna lembu warna hijau. Apabila ditanya kenapa dia kata ini lembu magic, ada power macam Boboiboy daun.

Banyak web dan buku keibubapaan mengajar teknik bagaimana nak melibatkan anak-anak dalam aktiviti menggunakan permainan warna air. Sebagai ibubapa, jangan sekadar membeli barang untuk aktiviti tetapi membiarkan mereka sendirian meneroka. Seperti mana kita memerlukan guru dan panduan, begitu juga anak-anak.

Sewaktu mak tanya aku nak buat apa dengan watercalour, aku jawab nak bagi Uzayr dan Uwais main, terus aku ditegur dengan kata, "Eh tak usah lah bagi, nanti dia masuk mulut dia conteng merata, habis rumah comot." Aku balas, "tak apa orang ada sama main, orang nak latih dia main watercolour dengan betul dan kemas lepas main, insyaallah tak masuk mulut dan tak kotor rumah." Mak balas, "Uzayr tu kecik lagi nak bagi main warna." Aku terangkan, "Uwais dulu besar uzayr lah orang start latih main warna, mak nampak kan dia main tak bersepah satu rumah dan lepas main dia basuh bekas warna sendiri. Orang harap Uzayr pun macam tu lah nanti, sebab itu orang nak latih dan main dulu dengan dia." Sebenarnya mak tak kisah bagi Uwais main, dah acap kali aku beri Uwais main tanpa pengawasan sejak dia berusia 2 tahun lebih.

Itu saja perkongsian pada petang ini. Moga yang baik memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Khamis, Ogos 29, 2019

Apabila suami tolong buat kerja rumah...



Ini cara aku, kalau boleh setiap kali Mr.Y tolong buat kerja rumah, aku nak cakap terima kasih melalui gambar.

Apabila suami tolong buat kerja rumah berkemungkinan wujud beberapa situasi...

Pertama, si isteri buat tak nampak apa suami buat. Selalu kalau isteri buat tak nampak, anak-anak akan nampak juga. Suami akan terus melipat je sebenarnya kalau bini buat tak tahu.



Kedua, si isteri akan mengeluarkan kata-kata sindiran seperti "mengigau apa awak tolong lipat baju ini?' "apasal tetiba baik hati tolong lipat ini?' " ini tolong mesti ada niat lain ni'. Ini bahaya, pertama niat baik suami akan terbantut, boleh jadi gaduh dan yang kedua pandangan anak-anak. Ibu menunjukan contoh yang tak elok. Kenapa perlu memulakan pergaduhan. Belum apa-apa, dah berprasangka buruk dekat suami.

Ketiga, si isteri mengeluarkan kata-kata penghargaan. Ini yang sebenarnya bagus dan baik. Anak-anak ambil contoh dari perlakuan ibubapa.

Anda pilih bagaimana reaksi anda apabila suami bantu kerja rumah. Elakkan terbit percikan pergaduhan.