Rabu, November 28, 2018

A quiet place

Filem A quiet place memang menarik untuk di tonton. Kami menonton dirumah dengan cara ala-ala tengok wayang bersama anak-anak. Maka yang mengawal telefon adalah abi mereka. Bahagian yang tak patut kami fast fowardkan.hehehhee... Kami sambungkan paparan skrin telefon ke skrin Tv, maka tontonan menjadi lebih puas.Nenek pun join kami tengok wayang di rumah….

Jom Layan thriller dia sikit….











Sabtu, November 03, 2018

Lazada 11.11 Blogger Contest: Shopping Festival

Assalamualaikum

11.11 Festival Membeli Belah - JUALAN SEHARI TERBESAR kini bermula!
Harga serendah RM1, diskaun hingga 90%. Baucar tunai berjumlah RM11,000,000 dan SLASH IT and SHAKE IT...


https://www.lazada.com.my/blogger-contest/?setDevice=mobile


Mersti ramai tertunggu dan menatikan tarikh 11 November 2018 yang jatuh pada hari Ahad kerana apa? kerana akan berlangsung  11.11 Shopping Festival di Lazada Malaysia. Memang kena lah Lazada buat 11.11 Festival Membeli Belah tarikh tersebut. Sambil rehat dirumah kita buat pembelian yang gila-gila murah.

Sebenarnya sebagai blogger, aku tertunggu-tunggu contest dari Lazada. Setiap kali nampak kawan-kawan blogger menang hadiah dari Lazada, wah best nya rasa. Harap-harap kali ini ada rezeki buat kami sekeluarga pula. Contest suruh jawab satu soalan je iaitu:

 Apakah 3 produk (atau lebih) yang anda rancang untuk membeli sempena Lazada 11.11 Shopping Festival? Kongsikan Bersama kami!


1.Haier Cloth Dryer
Sebagai seorang ibu, amat penting untuk memiliki cloth dryer. Kalau kena musim hujan, asyik nak kena pergi kering baju dekat dobi sahaja. Sebenarnya bukan musim hujan saja, kami pergi kering baju dekat dobi, waktu anak-anak tak sihat pun sama. Mana ada masa nak sidai baju dan angkat baju. Selalu aku akan suruh En.Suami pergi keringkan. Setelah dibuat perkiraan, kami rasa memiliki cloth dryer lagi menguntungkan daripada kena pergi dobi untuk keringkan baju.

2.HP Laptop Red

Sekarang masih menggunakan laptop yang dibeli 10tahun lepas. Keadaan laptop yang dah agak tenat utuk melakukan aktiviti design dan edit menjadikan amat wajar untuk dapat yang baru. Pilih punya pilih aku pilih HP yang ni. Harap-harap waktu 11.11 festival membeli belah nanti dapat harga terbaik lah.

3. Jam Couple
Last beli jam couple masa nikah tujuh tahun lepas. Memandangkan 25.11 nanti birthdayEn.Suami, rasanya jam couple yang ini paling sesuai. Moga murah rezeki.Amin

4.Kids Painting Board Pen Colour, Crayon, Marker, Pencil drawing art set
Barang ini khas untuk anak-anak  ummu yang suka sangat melukis dan mewarna. Selalu beli pencil warna or water color yang biasa je. Memandangkan 11.11 festival membeli belah sudah hampir, dan nampak barang ni ada sale baik punya, ummu masuk lah benda ni dalam list barang untuk shoping. Harap mereka lebih bersemangat nak berkreatif.


5.Make Up Set
Sebenarnya dah bertahun muka tak bermake up, anak-anak perempuan pun dah menjadi anak dara. Mak kena standby set make up lah jugak untuk apa-apa occasion kan. Dalam banyak-banyak set make up, berkenan yang ni. Macam best je. Boleh main make up-make dengan anak dara nanti.



Lazada mintak tiga, tapi kita bagi lima. Harap adalah sangkut nanti. Saya doakan kawan-kawan yang join pun bertuah. Amin.Selamat Berfestival semua.....

https://www.lazada.com.my/?spm=a2o4k.searchlistcategory.header.dhome.e1427f53i33fK7






Jumaat, November 02, 2018

Aku tak gila

Beberapa hari lepas ada yang betanya , "kau tak rasa nak ada apa yang orang ada ke?" Maka aku jawab, "aku tak rasa nak ada apa yang orang ada." Ditanya lagi, "Kau tak kisah ke tak ada apa yang semua orang ada?' Aku balas, "Tak kisah kot." Maka balasan yang diterima, "Selalu orang lain rasa nak ada apa yang orang lain ada.Tak nak rasa kurang."

Sejak itu aku terfikir tak normal ke aku, dalam kata lain gila ke aku. Sedang perasaan berperang antara normal atau tak aku, akal aku memberi jawapan bahawa setiap orang merasakan keperluan dan keinginan yang berbeza. Walau akal cuba mengukuhkan pendirian, syaitan tetap membisikan perasaan waswas dan curiga kepada keyakinan dan pendirian diri sendiri. Selepas solat maghrib aku meletakkan jawabpan kepada Kalam Allah yang maha besar. Muka surat pertama aku buka surah al-qalam Ayat 1-8. Masyallah.

Terjemahan surah Al-Qalam:

1. Nun. Demi pena[1] dan apa yang mereka tuliskan[2],
2. dengan karunia Tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah orang gila[3].
3. Dan sesungguhnya engkau pasti mendapat pahala yang besar yang tidak putus-putusnya.
4. Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang luhur[4].
5. [5]Maka kelak engkau akan melihat dan mereka (orang-orang kafir) pun akan melihat,
6. Siapa di antara kamu yang gila[6]?
7. Sungguh, Tuhanmu, Dialah yang paling mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya; dan Dia-lah yang paling mengetahui siapa orang yang mendapat petunjuk[7]

Aku cerita hal tersebut kepada Mr.Y,  balasan Mr.Y

"Awak bukan seorang perempuan yang membuat keputusan berdasarkan perasaan, awak akan fikir dahulu sebelum membeli, membuat sesuatu atau memiliiki sesuatu. Selagi awak rasa tak penting dan bukan keperluan awak tak kisah. Selalu perempuan menggunakan perasaan dalam apa-apa tindakkan. Itu yang menjadikan awak berbeza bukannya tak normal"


Apa yang aku perhatikan adakala kita takut menjadi berbeza kerana apa takut dikencam, takut dianggap pelik dan takut dikata lain dari yang lain. Sebab itu ada yang sanggup berhutang hanya untuk dilihat sama seperti orang lain. 

Apabila orang ajak aku join beli tudung atau baju baru sebab bila beli banyak dapat murah, aku jawab, "Sekejab aku fikir, kalau aku beli, aku akan pakai ke? bila aku nak pakai? berbaloi ke kalau aku pakai (maksudnya adakah aku pakai sampai benda tu tak boleh nak dipakai lagi)?" Selalu mereka akan kata, "beli je, nak guna nanti senang barang dah ada, ke kau takut laki kau marah." Maka aku balas, " laki aku tak akan marah kalau aku pakai dan keperluan, tapi dia akan marah kalau membazir, beli pastu simpan dalam almari dan tak pakai-pakai sebab tak tahu bila nak pakai dan rasa susah nak pakai dengan ada anak kecik. bukan dia je marah, aku pun jadi marah dekat diri sendiri nanti" Selalu nya aku tak join lah tapi ada jugak yang aku join beli.


Ahad, Ogos 26, 2018

Petua murah rezeki dari seorang ayah.

Raya korban kali ini kami sambut di Terengganu. Kebiasaan raya korban di sana kami meriah dengan daging korbanlah. Ini juga merupakan pengalaman pertama kakak humaira, kakak hana, uwais dan uzayr menyambut aidiladha di terengganu. Macam biasa kalau balik kampung, akan ada slot duduk sembang kosong dengan ayahanda. Kelebihan sembang kosong dengan ini, adalah ayah akan ceritakan balik pengalaman hidup dia.

Ayah cerita, ada orang bertanya, "macam mana boleh maintain nega dengan duit? (macam mana boleh kekalkan perniagaan dan duit?) ada petua dop?" Maka jawapan ayah kepada persoalan itu adalah...
  1. Jangan tinggal solat dhuha
  2. Bayar gaji pekerja ikut waktu
  3. Banyakkan sedekah
  4. Jangan prasangka buruk dekat orang
  5. Ingat rezeki bukan sekadar duit tetapi kesihatan, kebahagiaan dan lain-lain adalah rezeki juga.
 Nampaknya petua pertama telah gagal...solat dhuha amat jarang hamba buat...huhuhuhu.. .

"Ya Allah berilah kekuatan kepada insan bernama Nor Aini ini kekuatan untuk menuanaikan hak-hak MU dan melaksanakan solat dhuha. Agar dia dilimpahi dengan rezeki yang halal lagi berkat. Amin."

Terima kasih kerana mendoakan saya...hihihihihi

Khamis, Ogos 02, 2018

HFMD 2018

Beberapa minggu kebelakangan ini kecoh isu HFMD diperkatakan di media sosial dan media perdana. Bukan itu sahaja, kecoh jugak dikalangan ibubapa yang ada anak-anak kecil terutama yang hantar ke taska or tadika. Maka tak terkecuali lah kami.

Macam-macam kaedah pencegahan dan rawatan yang kami dengar. Antaranya adalah semburan cecair anti HFMD berbentuk spray yang boleh didapati di farmasi seperti guardian dan watson. Tetapi semalam tengok Assalmualaikum dekat tv Al-hijrah. Diterengkan kaedah membersih alat mainan oleh wakil jabatan kesihatan. Pengacara pun tanya lah keberkesanan spray tersebut. Tahu apa jawapannya....jawapannya spray itu tak digalakkan.

Selain spray, ada juga yang suruh anak mandi dengan daun semambu...sekarang boleh dapat mandian daun semambu dengan membeli yang telah dikomersialkan seperti Himalaya Neem Body shower. Laku body shower ini sekarang. Jom kita belajar dan kaji persoalan berkaitan HFMD ni. Berikut adalah petikan daripada https://kpkesihatan.com/2018/07/30/soalan-lazim-faq-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hand-foot-and-mouth-disease-hfmd/

Soalan 1: Apakah Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD)?
HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh enterovirus.  Dua (2) jenis virus utama penyebabnya adalah Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71).

Soalan 2: Siapa yang berisiko mendapat jangkitan HFMD?
Sesiapa sahaja pada semua peringkat umur boleh mendapat jangkitan HFMD tetapi golongan kanak-kanak berusia di bawah lima (5) tahun mudah mendapat jangkitan. 90% kes HFMD berlaku pada
kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

HFMD 3

Soalan 3: Tanda dan Gejala Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.
HFMD biasanya bermula dengan demam, rasa tidak sihat yang disusuli dengan kurang selera makan. Dalam sehari atau dua, luka (ulser) di mulut akan timbul. Sebilangan kanak-kanak mungkin mengalami ruam merah pada tapak tangan atau celah jari yang berkemungkinan menjadi lepuh. Ruam ini juga boleh terjadi pada lutut, siku dan bahagian bawah badan kanak-kanak. Ruam merah ini biasanya tidak menyebabkan kegatalan.
Kekeringan badan atau dehidrasi akan mudah terjadi disebabkan ada sebilangan kanak-kanak menjadi kurang selera makan dan minum akibat sakit pada mulut.
Tidak semua kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami tanda dan gejala yang sama. Sesetengah kanak-kanak mungkin hanya mengalami ruam merah atau lepuh pada kulit atau luka pada mulut. Sebilangan kanak-kanak lain mungkin dijangkiti tanpa kehadiran sebarang tanda atau gejala.
Screen Shot 2018-07-30 at 15.39.39
Soalan 4: Bagaimana Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut berjangkit?
Penyakit HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit. Virus penyebab penyakit ini boleh ditemui di hidung, tekak, cecair lepuhan kulit dan pada najis pesakit.
Virus akan tersebar daripada pesakit kepada orang lain (khususnya kanak-kanak) melalui:
  • Batuk atau bersin;
  • Hubungan rapat contohnya bermain;
  • Berlaku sentuhan dengan cecair lepuhan atau najis pesakit;
  • Perkongsian peralatan makanan seperti sudu, garpu atau peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan berus gigi;
  • Bersentuhan dengan permukaan atau barang yang telah dijangkiti virus seperti pemegang pintu tandas.
Pesakit boleh menyebarkan virus dalam tempoh seminggu ia mengalami gejala dan tanda-tanda penyakit HFMD.

Soalan 5:  Berapa lama enterovirus boleh hidup di permukaan?
Enterovirus boleh hidup beberapa hari atas permukaan dalam suhu bilik. EV71 adalah virus tanpa selaput, maka ianya amat sukar untuk dimusnahkan oleh suhu persekitaran biasa. Kajian menunjukan virus EV71 di atas permukaan plastik yang didedahkan kepada persekitaran panas dan lembap masih berupaya menyebabkan penyakit dalam masa 3 hari.

Soalan 6: Bagaimana HFMD dikenalpasti atau didiagnosa?
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai kemudahan untuk melakukan ujian ke atas virus penyakit ini, namun pesakit HFMD didiagnosa melalui kewujudan gejalan dan tanda klinikal penyakit HFMD. Ujian makmal kebiasaannya tidak diperlukan.

Soalan 7: Bagaimana penyakit HFMD dirawat?
Rawatan bagi penyakit ini adalah simptomatik atau berdasarkan tanda dan gejala yang berlaku.
Tiada ubatan atau rawatan khusus untuk membunuh virus penyakit ini. Rawatan diberi bagi mengurangkan suhu badan (akibat demam) dan kesakitan pada mulut sahaja. Amat penting kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFMD diberikan minuman secara berterusan untuk mengelakkan dehidrasi.
Jangkitan penyakit ini selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan ianya sembuh dengan sendiri dalam tempoh 7-10 hari apabila ketahanan atau imuniti tubuh terbentuk.

Soalan 8: Bagaimana menguruskan pesakit tangan, kaki dan mulut di rumah? 
Kanak-kanak yang mendapat jangkitan ringan boleh dirawat di rumah;
  • Pesakit hendaklah mendapat rehat yang secukupnya;
  • Diberi rawatan perubatan sebagai mana dinasihatkan untuk mengurangkan demam dan sakit mulut;
  • Galakkan pesakit meminum air dan mengambil makanan dan minuman kegemaran mereka; dan
  • Buat pemantauan rapi bagi mengenalpasti tanda dan gejala yang serius seperti kekeringan atau dehidrasi badan dan keletihan yang teruk.
Soalan 9: Adakah Penyakit tangan, kaki dan mulut boleh memudaratkan?
HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan ianya akan sembuh dengan sendiri.
Namun begitu, segelintir pesakit HFMD yang disebabkan oleh jangkitan virus EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Soalan 10: Bagaimana untuk mengesan penyakit HFMD yang teruk?
Apabila penyakit ini membawa kesan kepada otak ataupun jantung, kanak-kanak yang dijangkiti biasanya akan menunjukkan gejala berikut:
  • Sakit kepala, pening dan ketegangan pada leher;
  • Perasaan cepat marah, mengantuk dan menjadi keliru;
  • Sawan atau pergerakan tak normal;
  • Pernafasan cepat atau menjadi pucat; atau
  • Lesu
Ibubapa pesakit perlulah sentiasa memantau anak-anak yang mengalami HFMD bagi mendapatkan rawatan segera. Sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai tanda-tanda begini, ianya perlu dimasukkan ke hospital.
HFMD 2

Soalan 11: Bolehkah seorang mendapat penyakit HFMD semula?
Ya, boleh kerana penyakit HFMD disebabkan oleh pelbagai virus di dalam kumpulan enterovirus sekiranya jangkitan kedua disebabkan oleh virus yang berbeza.

Soalan 12: Bolehkah seorang perempuan mengandung dijangkiti HFMD dan apakah kesannya?
Ya, risiko jangkitan perempuan mengandung adalah sama seperti orang dewasa yang lain. Sehingga kini, tiada kajian menunjukkan kesan kepada bayi dalam kandungan. Namun, sekiranya ibu mendapat jangkitan HFMD sekitar minggu terakhir mengandung dan kelahiran, terdapat risiko anak yang dilahirkan akan mendapat jangkitan penyakit HFMD.

Soalan 13: Bolehkah Penyakit tangan, kaki dan mulut dielakkan?
Sehingga kini, tiada ubat atau vaksin yang boleh mencegah penyakit HFMD. Oleh itu, orang awam perlu mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
  1. Kerap cuci tangan terutamanya selepas menyentuh pesakit HFMD atau barangan yang digunakan pesakit;
  2. Elakkan sentuhan langsung dengan pesakit;
  3. Elakkan dari berkongsi peralatan makanan dan barangan peribadi dengan pesakit HFMD;
  4. Jangan menyentuh bahagian tubuh seperti mata, hidung dan mulut selepas menyentuh pesakit HFMD; dan
  5. Pastikan kebersihan persekitaran rumah atau tempat kerja dengan mencuci atau menyahkuman permukaan lantai dan tandas.
HFMD (1)

Soalan 14: Bagaimana memastikan keselamatan kanak-kanak lain dari penyakit ini?
Wabak HFMD biasanya berlaku di pusat jagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah.


TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DIAMBIL OLEH IBUBAPA
Jika anak anda mempunyai tanda dan gejala penyakit ini, anda boleh memastikan kanak-kanak lain tidak dijangkiti dengan melakukan beberapa langkah mudah seperti berikut:
  1. Meningkatkan kesedaran dan keupayaan mengenalpasti tanda-tanda penyakit HFMD pada kanak-kanak yang kurang sihat seperti tanda lepuh pada tangan, kaki dan mulut;
  2. Memastikan anak berada di rumah dan tidak membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan. Maklumkan pusat jagaan, tadika atau sekolah anak-anak anda mengenai penyakitnya;
  3. Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. Pastikan peralatan makanan dan barangan peribadi anak anda seperti tuala, sudu, garfu, cawan dan sebagainya sentiasa bersih dan tidak dikongsikan dengan kanak-kanak lain. Pastikan peralatan ini dibawa balik setiap hari untuk dicuci bersih.
  5. Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin atau sabun dan air bersih;
  6. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuang ke dalam tong sampah yang bertutup.
TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DIAMBIL OLEH PENGUSAHA DAN PENJAGA KANAK-KANAK DI TASKA / TADIKA / TABIKA / PRA-SEKOLAH
Bagi menghalang sebaran virus HFMD, langkah-langkah tersebut perlu diambil oleh pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska / tadika / tabika / pra-sekolah;
  1. Sentiasa memastikan kebersihan premis terutama peralatan yang digunakan oleh kanak-kanak dengan membersihkan dan menyahkuman meja, kerusi serta alatan mainan kanak-kanak tersebut. Ia hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari, sebelum dan selepas sesi harian;
  2. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD. Kanak-kanak dengan gejala dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan-kawannya;
  3. Sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan selepas menguruskan seorang kanak-kanak sebelum mengendalikan kanak-kanak lain;
  4. Membersihkan dan memastikan kebersihan tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin;
  5. Memastikan lampin pakai-buang dibuang dalam tong sampah bertutup; dan
  6. Melaporkan kluster HFMD kepada pejabat kesihatan daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan.
Soalan 15: Apakah disinfeksi terbaik membunuh enterovirus?
EV71 adalah rentan kepada banyak jenis disinfektan. Kaiian menunjukkan cecair yang mengandungi 95% ethanol diperlukan untuk membunuh 99.99% virus EV71.
Bahan pencuci tangan yang mengandungi 75% ethanol, begitu juga cecair pencuci tangan yang mengandungi 0.5% chlorhexidine gluconate in 70% isopropanol TIDAK berkesan membunuh virus EV71

Soalan 16: Bagaimana dan apakah sukatan untuk membasmi/menyahkuman pada alatan yang tercemar dengan virus HFMD.
Pembasmian kuman boleh dilakukan menggunakan larutan campuran pembasmi kuman yang terdapat di pasaran. Berikut anggaran campuran larutan tersebut:Screen Shot 2018-07-30 at 16.03.41
*Penggunaan bekas yang sama untuk mengukur air dan cecair pembasmi kuman  
Pastikan alatan dan pembersihan dibilas dengan air bersih dan dikeringkan.

Soalan 17: Adakah ibu bapa kanak-kanak yang disahkan HFMD mendapat cuti?
Ibu bapa kanak-kanak yang disahkan HFMD oleh doktor boleh mendapatkan cuti kuarantin iaitu selama 5 hari tetapi cuti ini hanya terguna pakai bagi pekerja sektor kerajaan.

Disediakan oleh:
Sektor Zoonosis,  
Bahagian Kawalan Penyakit, 
Kementerian Kesihatan Malaysia        
 29 Julai 2018