Khamis, April 28, 2016

Tempat Makan Sibu: Gerai Pak Hussin Tmn Bourgenvilla Batu 8

Assalamualaikum dan selamat petang...

Hari nak promosi gerai Gerai Pak Hussin Tmn Bourgenvilla Batu 8 pengasuh budak2 ni...Sbenar pengasuh anak-anak ni memang pandai masak. Selalu kalau ada makan-makan dekat surau, mereka suami isteri lah yang jadi kepala. Kalau dulu gerai beroperasi waktu petang dan malam je, sekarang pagi pun ada jualan jugak. Layan gambar jom...

Menu utama adalah burger...

Selain itu boleh dapat nasi lemak jugak....
Sebelah petang, sebelah Gerai Pak Hussin, adalah gerai ice blended milik anak menantu pak hussin.

Gerai diberi nama Kim's Ice Blended. Antara menu yang ada dekat gerai ice blended ni adalah...

-milo oreo crush ice blended.

-milo ice blended

-nescafe ice blended
-bandung ice blended
-neslo ice blended


Jangan cakap banyak, kita tengok gambo yer....

Ok..ini hana punya..jangan siapa2 nak...

Kakak pun minum dengan syiok nya...

Cuaca panas menyebabkan mereka berdua berjaya menghabiskan 1 cup setiap seorang. 

Warga sekitar sibu yang berminat kunjungi lokasi 
Perumahan Bougenvilla batu 8, Lorong 4. 
Masa operasi:Jam 4pm-9.30pm


Khamis, April 21, 2016

Petua mengikat dan memikat suami

Assalamualaikum, Ramai yang mencari petua-petua kebahagian rumah tangga, petua memikat hati suami dan sebagainya. Ada yang sanggup belajar buat nasi kangkang, yang tak pernah jumpa bomoh jumpa bomoh nak minta azimat pemikat, ada yang jumpa ustaz mintak air penawar. Buat susah-susah je nak pikat dan ikat suami dengan nasi kangkang, air jampi, jumpa bomoh. Hakikatnya sebelum memikat hati suami kepada kita, kita perlu pastikan bahawa hati suami tersebut terikat dengan penciptanya. Bagaimana nak memastikan hati suami telah terikat dengan penciptanya. Ada dua cara mudah iaitu:

1: Kawal zikir suami- berapa bilangan zikir yang suami kita lafazkan setiap hari, Banyak kelebihan zikir dalam mengawal emosi, Ritma sebutan juga mempengaruhi minda dan perasaan yang melafazkannya. Secara tidak langsung emosi amarah dan nafsu suami dapat dikawal.Seterusnya segala tindakan dan fikiran adalah waras dan tenang. Cuba anda tanya kepada suami anda
.
"Bang, dah berapa zikir hari ni?" 

2: Kawal solat berjemaah suami di surau atau masjid- kerana apabila seorang suami yang sering solat berjemaah di surau atau masjid atau mana-mana tempat secara berjemaah maka, dia akan berkira-kira untuk membuat perkara tak elok. Salah satu sebeb jika tidak takut atau malu kepada Allah, dia akan merasa risau dan bimbang jika ada ahli masyarakat melihatnya.


Sumber: seminar kepimpinan & kekeluargaan islam 2016, 21 april 2016

Selasa, April 12, 2016

Tragedi 28/3/2016

Assalamualaikum. Selamat pagi. Pagi ni kita susuri skit kisah tragedi 28/3/2016. Tragedi ni adalah peringatan dari allah buat kami. Jika berada bersama anak-anak jangan sesekali terlalai walaupun sesaat.
Sampai ke KLIA2 dari krabi kami berjalan dengan senang lenang menuju ke tempat kastam dan seterusnya ambil beg. Sambil-sambil jalan kami bermain nyanyi2 dengan hana & humaira. Penat berjalan kami guna kemudahan yang ada iaitu travolatot. Di penghujung travolator hana takut nak melangkah dan jatuh terduduk. Apabila jatuh terduduk tapak tangan mengikut bilah travolator. Mr.Y mengangkat hana dan dilihat tapak tangan berdarah. Terus ditutup dengan sapu tangan dan berlari anak untuk di bawa kecemasan. Mr.Y bertanyakan kepada staf kastam di mana klinik terdekat. Suatu keberuntungan klinik terdekat berada di level 2 KLIA2.  
Sementara Mr.Y bawa hana khadijah ke klinik, yang lain meneruskan aktiviti seperti yang sepatutnya.
Dalam meneruskan aktiviti seperti biasa aku diminta untuk menghubungi Mr.Y bagi mengetahui keadaan hana.  Tetapi aku memilih untuk tidak menghubungi saat itu. Hanya perlu menanti Mr.Y menghubungi aku. Kenapa aku mengambil tindakkan seperti tidak kisah. Kerana aku tak nak menanbah kekalutan Mr.Y saat itu.
Gambar adalah keadaan luka hana.

Bento 2016 ~ KAFA

Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini 1st time bawa bento ke kelas KAFA untuk guru-guru bagi tahun 2016. Bento hari ni tak ada perancangan awal pun. Tetiba dapat idea nak kongsi nasi lemak dengan kawan-kawan. Maka buat 5 bungkus. Untuk hana & humaira buat love shape. Abi bento mcm biasa.

Ahad, April 10, 2016

Krabi 6 - Penutupan

Sambungan episod terakhir Percutian Bajet Krabi 2016 hari ini. Episod sebelum ini di nyatakan secara jelas baki wang di tangan adalah 1,441THB. Apabila wang ini di tukar kembali ke nilai mata wang semasa malaysia maka nilai yang di perolehi adalah RM160. Maka wang ini dicampurkan dengan baki kumpulan wang sebanyak RM1500 yang masih tersimpan di dalam bank menjadi jumlah keseluruhan adalah RM1660.

Nilai RM1660 ini digunakan untuk menolak perbelanjaan atas talian yang di dahulukan menggunakan wang peribadi MR.Y. Antara perbelanjaan atas talian yang menggunakan wang Mr.Y adalah:

Tiket + Beg ayah ummi KL-KT : RM 58 + RM 37 = RM95
Beg KL-Krabi & Krabi-KL : RM 162 + RM 158  = RM 320
Tempahan bilik iffah & Emi : RM 285
Jumlah : RM700

Maka baki adalah RM1660 - RM700 = RM890.

RM890 dibahagi kepada 11, maka setiap orang akan mendapat kembali wang mereka sebanyak RM81 (dibundarkan bagi memudah pengiraan).

Maka kos sebenar pergi krabi tak masuk tiket adalah RM500 -RM81 = RM419. 

RM419  merangkumi perbelanjaan tour trip, makan, penginapan dan pengangkutan. Apa yang kami kaji kebanyakan pakej percutian hanya menawarkan penginapan, pengangkutan & tour trip. Itu pun ada sesetengah tour itu, kita terpaksa membayar sendiri untuk tiket masuk.

Hurm baki setiap orang adalah RM81, kami cadang nak buat mini square photobook krabi untuk mereka yang berminat dengan menggunakan baki wang yang ada.