Sambungan episod terakhir Percutian Bajet Krabi 2016 hari ini. Episod sebelum ini di nyatakan secara jelas baki wang di tangan adalah 1,441THB. Apabila wang ini di tukar kembali ke nilai mata wang semasa malaysia maka nilai yang di perolehi adalah RM160. Maka wang ini dicampurkan dengan baki kumpulan wang sebanyak RM1500 yang masih tersimpan di dalam bank menjadi jumlah keseluruhan adalah RM1660.
Nilai RM1660 ini digunakan untuk menolak perbelanjaan atas talian yang di dahulukan menggunakan wang peribadi MR.Y. Antara perbelanjaan atas talian yang menggunakan wang Mr.Y adalah:
Tiket + Beg ayah ummi KL-KT : RM 58 + RM 37 = RM95
Beg KL-Krabi & Krabi-KL : RM 162 + RM 158 = RM 320
Tempahan bilik iffah & Emi : RM 285
Jumlah : RM700
Maka baki adalah RM1660 - RM700 = RM890.
RM890 dibahagi kepada 11, maka setiap orang akan mendapat kembali wang mereka sebanyak RM81 (dibundarkan bagi memudah pengiraan).
Maka kos sebenar pergi krabi tak masuk tiket adalah RM500 -RM81 = RM419.
RM419 merangkumi perbelanjaan tour trip, makan, penginapan dan pengangkutan. Apa yang kami kaji kebanyakan pakej percutian hanya menawarkan penginapan, pengangkutan & tour trip. Itu pun ada sesetengah tour itu, kita terpaksa membayar sendiri untuk tiket masuk.
Hurm baki setiap orang adalah RM81, kami cadang nak buat mini square photobook krabi untuk mereka yang berminat dengan menggunakan baki wang yang ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen yang baik-baik