Memaparkan catatan dengan label tanaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tanaman. Papar semua catatan

Rabu, Disember 07, 2011

Tomato Ceri

Hasil pertama tanaman ini....
Pokok Tomota Ceri di laman rumah...
Ini adalah pokok tomato ceri sumbangan bekas pengarah JKM,Cawangan Sibu kepada kami. Oleh kerana kami tiada pengalaman menjaga, .so sebelum terlambat cari lah cara-cara nak jaga pokok nie..dan terjumpa lah satu cara dari blog satu mamat nie...insyalah menjadi...

Cara terbaik menjaga pokok tomato ceri.

Pokok yang sihat adalah dari akar yang sihat. Jadi, media tanaman perlu dari bahan terbaik. Antara contoh media yang baik ialah campuran dari sabut kelapa, sekam arang dan bahan organik bukan dari animal dung(najis haiwan)seperti kambing, ayam dan lembu. Terbaik adalah dari vermicompos cacing. Caranya dengan campurkan 1 bahagian sabut dan 1 bahagian sekam. Kemudian campurkan vermikompos cacing lebih kurang sebanyak 250 gm. Pengalaman saya menanam pokok ini, saya langsung tidak pernah menggunakan sebarang racun perosak. Jadi saya dapat menikmati buah yang asli (organik) dan bebas dari sebarang bahan bahaya. Sungguh enak di makan begitu saje. Pastikan ia tak terdedah pada terikan matahari yang melampau.
p/s: maklumat ini di ambil dari  blog saudara Ismi Ahmad Helmi 

Ahad, Oktober 02, 2011

Bendi Pertama


Kenalkah anda dengan sayur ini? Mesti ramai yg kenal...ini lah bendi...Ini lah bendi pertama yg kuar hasil tanaman si dia... Menjadi gak tangan dia nie....


PENGENALAN
Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah di tanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh
dipelbagaigunakan seperti buahnya boleh dibuat ulam dan dimasak dengan pelbagai cara; kari, salad dan
digoreng. Buahnya juga boleh diproses iaitu ditinkan, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula 
digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas
dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi. 

PENANAMAN
Bendi boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik.

PENYEDIAAN TANAH
Bajak dan gembur tanah sedalam 15 cm hingga 22 cm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam.  Sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar.

CARA-CARA MENANAM
Tanam biji benih sedalam 2.5 cm di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90cm antara pokok. Selepas 2 minggu cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gram biji benih diperlukan untuk satu batas berukuran 1.2m lebar dan 30 m panjang.

MEMBAJA
Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar tanah, 1 tan baja diperlukan.

MENYIRAM
Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan
pembentukan buah.

MERUMPUT
Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label racun herba tersebut.

PENUAIAN
Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 cm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mut buah. Penuaian mula dilakukan ketika:
a.  50 hingga 55 hari selepas menanam
b.  5 hingga 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebungaan
c. Buah berukuran 10 hingga 12 cm panjang, iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya rapuh, senang
dipatahkan dan belum berpulur.

Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu.