Memaparkan catatan dengan label saloma bridge. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saloma bridge. Papar semua catatan

Selasa, Februari 18, 2020

Pintasan Saloma

Pintasan Saloma atau Saloma bridge atau ada juga sebut Saloma Link. Apa yang pasti nama pada tiang jambatan ini adalah Pintasan Saloma. Sabtu, 8/2/2020, adik aku ajak aku teman dia ke KLCC untuk ambil baju dan nombor larian ' I Love Bukit Jalil'. Dari stesen Lrt Kampung Baru ke KLCC hanya perlu satu stesen, maka aku setuju lah. Tetiba adik aku tag aku dekat FB ajak lalu pintasan saloma. Tengok gambar cantic sangat waktu malam. Aku jujur bagitahu, aku tak tahu kat mana nak naik dan berapa lama perjalanan ke KLCC walaupun menurut peta google kata dalam 15minit.

Baca Juga:

Jangkitan Tonsil vs Klinik Halim, Kg.Baru


Maka adik aku pun tak jadilah tunggu aku dekat stesen Lrt KLCC sebaliknya menanti aku dekat Lrt Kampung Baru. Dari lrt kg.baru ke Pintasan Saloma dalam 5minit. Keluar dari stesen Lrt terus belok kiri dan jalanlah lebih kurang 3 ke 5 minit, maka anda akan Nampak tangga dan lift untuk naik ke jambatan saloma. Kalau naik tangga dalam 4 tingkat lah. Aku dengan adik aku pilih untuk naik tangga dengan alasan lift untuk orang tua dan anak kecil.Bila dah lama tak buat aktiviti panjat tangga..penat jugak naik tangga. Tapi puas hati sampai atas Nampak cantic je semua, (apahal duk auto koret je ni...semua aku tulis cantic jd cantic..lantak ko lah…). Apa lagi bergambar lah kita..


Baca Juga:

Kita semua diuji

Balik dari urusan di KLCC, aku tunjuk gambar dekat kakak Humaira, apa lagi terus di ajak Abi pergi jalan sana waktu malam. Tapi Abi tak layan..Esoknya, anak-anak sibuk ajak jalan.... maka Mr.Y ajak buat 10k langkah ke Pintasan Saloma. Video bawah bukti ok...


Maka itu saja perkongsian tempat viral baru di Kuala Lumpur yang terdapat di kampung baru dan berhampiran KLCC. Bila tengok gambar lain...malam memang lagi cantik.