Setiap orang pasti mempunyai alasan tersendiri untuk melakukan apa-apa atau di mana-mana pelaburan. Disini aku dapat senarai 5 sebab utama kenapa aku pilih untuk melabur di Wahed Invest.
Berikut adalah 5 sebab kenapa aku pilih untuk melabur di Wahed Invest
- Tak tahu nak buat apa dengan duit - Aku mula melabur dalam wahed invest pada awal Mac 2020. Masa itu negara kita mula menghadapi gelombang kedua covid-19. Kebetulan aku baru keluarkan duit dividen ASB tanpa apa-apa tujuan. Pernah ke tak anda mengalami perasaan nak keluarkan wang tapi tak tahu nak buat apa? Aku selalu jugalah mengalami hal itu terutama masa masih kerja dahulu. Sekarang jarang-jarang sangat rasa nak keluar duit. Mungkin pada sesetengah orang kalau nampak duit banyak dalam dompet, ada saja idea nak belanja apa. Tapi situasi itu tak berlaku kepada aku. Jika bujang dulu apa-apa keperluan aku, kakak dan mak aku belikan sehingga bila dah mula kerja, aku bayar saja barang yang mereka pilih untuk aku. Bila dah kawen mestilah Mr.Y yang belikan. Maka bila Mr.Y tanya nak buat apa duit itu, aku hanya jawab masuk bank balik kot. Mr.Y pun cadangkanlah aku melabur dalam wahed invest. Maka itulah permulaan aku. Tapi jangan jadikan permulaan aku sebagai permulaan korang. Sebab kalau korang jenis yang pantang nampak duit, akan ada saja idea nak beli apa, korang tak akan pernah sampai kepada alasan tak tahu nak buat aa dengan duit. Baru-baru perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, kerajaan menwar-warkan bahawa bermula 1 April 2020, bank-bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam (6) bulan kepada peminjam-peminjam individu dan PKS di masa yang amat mencabar ini. Maka aku cadangkan korang mengambil sedikit daripada wang moratorium ini untuk melabur dalam wahed invest.
- Tak ada ilmu tentang pelaburan - Jika anda hendak melabur maka anda perlu ada ilmu tentang pelaburan bagi memaksimakan keuntungan dan dan meminimalkan risiko kerugian. Aku pula memang tak pernah belajar tentang pelaburan, sekadar membaca dan mendengar kisah satu atau dua pelabur hebat. Maka keberanian untuk membuat pelaburan secara sendirian amatlah rendah atau mungkin tiada. Dalam bahagian 2 - pelaburan halal aku ada sebut dekat Malaysia hanya ada 3 robo advisor dan salah satunya adalah wahed invest. Apa itu Robo Advisor? Ia adalah perisian yang dapat menyediakan
perkhidmatan pengurusan kekayaan untuk membantu anda membuat
portfolio pelaburan. Portofolio ini dibentuk berdasarkan algoritma
dan tidak menggunakan bantuan perancang
kewangan. Pada dasarnya Robo Advisor menggantikan fungsi perancang kewangan anda dalam mengesyorkan portfolio pelaburan. Oleh kerana Robo Advisor adalah mesin yang tidak mempunyai dan memahami emosi maka emosi atau masalah peribadi tidak dapat dipertimbangkan. Penasihat Robo hanya berfungsi berdasarkan data tepat yang anda masukkan. Dari data inilah Robo Advisor akan membuat keputusan portfolio mengenai apa yang sesuai dengan keperluan anda.
- Patuh Syariah -Sebagai seorang muslim yang sentiasa mencari keberkatan dalam rezeki, sudah pasti aku nak sesuatu yang halal. Bab patuh syariah ini ada diterangkan secara panjang lebar dalam bahagian 2. Klik sini.
- Salah satu sumber pendapatan portfolio -Secara umum kita perlu tahu bahawa ada 4 jenis pendapatan iaitu, pendapatan aktif, pendapatan pasif, pendapatan sampingan dan pendapatan portfolio. Apa yang dimaksudkan dengan pendapatan portfolio adalah pendapatan yang terhasil dari aktiviti pelaburan seperti ASB, Bursa saham, emas dan sebagainya. Robert Kiyosaki dalam buku retire young, retire rich ada menceritakan bahawa Rich Dad melakukan belian saham berpotensi yang banyak ketika jualan murah berlaku atau dalam kata lain kejatuhan nilai saham, dan menjual kembali ketika nilai saham meningkat. Konsep ini sama sebagaimana orang kebanyakkan akan membuat pembelian stok makanan atau barang keperluan yang banyak ketika jualan murah. Apa yang bezanya adalah, Rich dad mendapat keuntungan apabila menjual kembali saham-sahamnya manakala orang kebanyakkan hanya akan mengenyangkan perut dan barang keperluan mungkin di pakai habis atau terbuang.
- Ada benda aku nak kongsi dengan pembaca blog - Adakala aku tak ada idea apa nak dikongsi dengan pembaca blog. Walaupun aku tahu blog ini tak ramai follower tapi aku tetap nak kongsikan sesuatu yang berguna. Semoga dengan perkongsian ini, pengunjung blog mendapat manfaat, jika tidak banyak, sedikit pun jadilah. Mungkin ada antara yang masih berfikir bagaimana nak menambah sumber pendapatan, tapi buntu tidak tahu dimana nak cari. Mungkin ada yang berminat untuk melabur tetapi tidak yakin dengan sistem pelaburan yang digunakan, mungkin ada yang takut untuk melabur kerana tiada ilmu pelaburan. Maka wahed invest adalah yang terbaik pada aku, ia patuh syariah, ia menggunakan robo advisor dan hasil pendapatan dari wahed invest ini, boleh dijadikan sebagai modal untuk kita mendaftarkan diri dalam mana-mana kelas pelaburan yang sebenar.
Lengkap sudah 5 alasan kenapa aku pilih untuk melabur di Wahed Investment. Korang macam mana? Dah ada alasan kukuh ke?
Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10).
Kod Jemputan: norbin136