Ya Allah dah masuk 2019, aku baru nak mula buat photobook 2017....setahu terkumpul dalam laptop gambar 2017. Gambar 2018 belum kumpul lagi...
Sekarang kenapa tak jumpa ofline download photobook designer ye...memang tak ada ke aku yang tak jumpa...apa pun kita dah guna wifi laju...tak ada masalah nak buat secara online.
Insyalah dah siap kita tunjuk ok...
Memaparkan catatan dengan label photobook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label photobook. Papar semua catatan
Ahad, April 14, 2019
Sabtu, Oktober 28, 2017
Photobook Weeding Sarah & Tahfiz
Ini adalah photobook perkahwinan yang tertunda. Pasangan pengantin telah menempah photographer bersama pakej album gambar sekali. Photo-photo yang diterima ada yang telah di edit dan ada yang masih raw. Apa pun photographer tersebut memang pandai shoot gambar sebab walaupun gambar tidak diedit ia tetap menangkap kalbu. Pasangan pengantin adalah anak kepada cikgu humaira dan telah melangsung perkahwinan pada bulan mac 2017. Nak dijadikan cerita, aku dan Mr.Y decide nak bagi photo mug untuk hadiah hari guru kepada cikgu-cikgu humaira. Apabila dapat photomug yang diedit gamba sewaktu Mr.Y bagi ceramah dekat sekolah, cikgu-cikgu tanya, dekat mana buat. Maka aku bagi tahu, aku buat sendiri sebab aku buat service edit gambar dan cenderahati. Aku beri contoh photobook family yang kebetulan memang ada dalam kereta.
Tak berapa lama cikgu kakak bagitahu dia nak buatkan photobook untuk majlis kahwin anak dia, memandangkan album gambar yang diperolehi adalah sticky album.
Tak berapa lama cikgu kakak bagitahu dia nak buatkan photobook untuk majlis kahwin anak dia, memandangkan album gambar yang diperolehi adalah sticky album.
Tema: Heart Warming
Type: Fullwrap Hardcover with Box
Page: 40pages
Size: 16" x 12"
Khamis, Julai 05, 2012
Photobook Humaira
Assalamualaikum...
Last week dapat siapkan photobook utk humaira...lama benar tak buat kan...sekarang tunggu ia sampai jer lah... x sabar rasa....
Selasa, November 01, 2011
POCKET LANDSCAPE LAYFLAT HARDCOVER for RM50 only!!!
Promosi POCKET LANDSCAPE LAYFLAT HARDCOVER 5" x 7" ....20 pages with gloss laminated pages and cover...hanya RM50 tidak termasuk kos penghantaran. Promosi ini berlarutan sehingga hujung tahun....
Amat cantik di buat untuk baby yang baru lahir dan kanak-kanak. Saiz yang kecil, mudah untuk dibawa kemana-mana. Jika yang bercadang untuk merantau pada tahun hadapan, boleh lah abadikan gambar keluarga dalam bentuk POCKET LANDSCAPE LAYFLAT HARDCOVER ini...ye la, senang nak bawak....masuk pocket je pun....
Isnin, Oktober 31, 2011
PhotoBook Design
Untuk mengabdikan sebuah memori, kita sering merakamkan ia dalam bentuk gambar. Jika kamera dulu menggunakan gulungan filem sebagai perekod setiap gambar yang di ambil. Tetapi kini semua gambar di rakam dalam bentuk digital sama ada menggunakan handfon, kamera atau pelbagai gadget-gadget lain.
Jika dulu selepas gambar di ambil, kita akan cuci ia untuk melihat hasilnya, tetapi kini hasil nya tak perlu dicuci..terus di lihat atau di pindah ke komputer..maka dapat lah kita lihat ia dengan lebih besar dan jelas. Apa pun kita perlu ingat, bahan dalam bentuk digital ini akan rosak atau hilang juga...bayangkan jika rumah di rompak..pasti handfon or laptop akan hilang....mana nak cari balik gambar2 yang kita simpan di dalamnya. Maka cara penyimpanan kenangan zaman dahulu itu lebih selama. Tak ada sapa nak ambik album gambar kita. Yang bezanya dulu kita cuci sekeping2....apa kata sekarang kita gabungkan gambar2 itu dan jadikan ia dalam bentuk photobook.
Naimy art mula design photobook perkahwinan sebagai langkah permulaan. Seterusnya mengorak langkah lebih jauh dengan melakukan design bagi keluarga dan persahabatan. Terdapat pelbagai jenis photo book yang ditawarkan di pasaran, setakat ini naimy art telah melakukan design photobook bagi deboss hardcover, softcover, layflat hardcover dan fullwrap hardcover photobook. Maka berikut adalah beberapa contoh cover yang telah di buat oleh naimy art...Jika ada permintaan lain boleh lah dirunding lagi....
cover 1 |
cover 2 |
cover 3 |
cover 4 |
cover 5 |
cover 6 |
cover 7 |
cover 8 |
Isnin, Julai 25, 2011
PerMata HatI IftiLyanA BasYirAH
Assalamualaikum....
Permata hati iftilyana basyirah adalah tajuk yang diberikan kepada photobook si kecil basyirah. Basyirah, yang lebih suka membahasakan dirinya kakak amat seronok dan xcited melihat photobook nya. Sebelum ini hanya melihat orang lain punya kan...so kat bawah saya sertakan gambar telatah dan gelagat basyirah melihat photobooknya...
Ini lah photobook permata hati |
Basyirah dengan photobook barunya...smille always! |
Si kecil sedang semangat bercerita tentang gambar-gambar dan apa yang terjadi dalam gambar tersebut. Walaupun adakala percakapanya masih pelat...ye lah, baru 3 tahun... |
Mengamit kenangan,,,,, |
Banyak nya gambar kakak...bila nak abis tengak nie.... P/S: sori, lambat update pasal photoobook si kecil...lagi skali maaf pasal ini bukan photobook "stories of two little princess". |
Langgan:
Catatan (Atom)