Memaparkan catatan dengan label pesta buku antarabangsa kuala lumpur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pesta buku antarabangsa kuala lumpur. Papar semua catatan

Jumaat, April 05, 2019

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan selamat petang...dah 2 hari hujan lebat petang. Seronok tidur time-time hujan ni. Jumaat lepas abi laksanakan janji dekat anak-anak iaitu nak bawak dorg ke pesta buku.
Apa lagi seronok sangat lah depa semua.

Budak-budak ni suka sangat pergi booth Ana Muslim... kalau boleh semua benda dia nak ambil.

Jalan-jalan jumpa satu booth ada sedia ruang untuk anak-anak main sementara mak pak pilih buku.
Tetiba Mr.Y ajak swafoto....terkejut kita sebab selalu dia tak suka bergambar dengan bini. Boleh kira dengan jari lah brp keping je setahun gambar kami suami isteri.
Ummu, uwais ada misai mcm abi...
Hana tak tahu nak pilih buku apa...
Kakak humaira dan sumayyah dekat situ jugak na baca buku.
Uzayr dah penat...siap tidur dulu...

Ini tunggu abi order Grab...kereta ktorg masih dekat bengkel masa ni...

Kesimpulan, memang berbaloi pergi pesta buku antarabangsa KL 2019 kali ini....



Jumaat, Mac 22, 2019

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan selamat pagi..hari ini jumaat last sekolah untuk minggu ini. Lepas ni cuti seminggu, anak-anak dah kira-kira nak kemana cuti ini. Salah satu aktiviti yang kami pilih adalah pergi ke pesta buku antarabangsa Kuala lumpur.

Dari kecil aku memang suka ke pesta buku sebab banyak buku dipamerkan dan buku-buku boleh didapati pada kadar harga yang amat murah.. buku harga RM0.50 sebiji pun ada ok. So harap kali ini berpeluang menjengah ke pesta buku lah...




Tema pesta buku kali ini, menarik jugak lah... MELUHURKAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN. Mendalam betul maksud dia ni....