Memaparkan catatan dengan label kecemasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kecemasan. Papar semua catatan

Rabu, Januari 29, 2020

Kenapa penting untuk suami beri kad kredit atau kad bank kepada sang isteri terutama jika isteri adalah surirumah. (Ini hanya terguna pakai untuk isteri yang bukan kaki shoping merapu)

Kenapa penting untuk suami beri kad kredit atau kad debit kepada isteri. (Ini hanya terguna pakai untuk isteri yang bukan kaki shoping merapu).


Tidak kisah isteri itu bekerja atau tidak, suami tetap kena pastikan si isteri tidak menghadapi masalah dalam berbelanja keperluan. Ini kerana tanggungjawab suami memenuhi keperluan tersebut, andai isteri sudi membantu dari kewangan ia dikira bonus. Tapi yang aku nak cakap kali ini bukan belanja biasa-biasa tapi belanja saat kecemasan. Begini kisahnya….


Beberapa hari lepas, Uwais dan Uzayr kena muntah-muntah dan cirit. Untuk pengetahuan semua, buat masa sekarang Mr.Y sedang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Bersama bonda tercinta. Salah satu persediaan Mr.Y sebelum berangkat adalah menyediakan wang tunai untuk perbelanjaan harian. Maka apabila berlaku kecemasan seperti masalah kesihatan yang dihadapi oleh Uwais dan Uzayr, aku terpaksa guna kad kredit yang ditinggalkan. Sebenarnya telah lama Mr.Y tinggalkan kad kredit dalam bag duit aku, tapi sebab bini guna sekali sahaja untuk beli barang dapur dekat Aeon, itu pun waktu dia outstation seminggu. Selalu aku lebih suka guna cash atau kad debit sendiri. Pada aku kad kredit suami adalah untuk kecemasan.

Apabila anak-anak dah muntah-muntah, Uzayr dah tak ada mood sebab dah penat, aku tak ada masa nak fikir berapa cash aku ada dalam beg dan kat ATM mana aku nak keluarkan duit. Aku cuma tengok dalam dompat aku ada kad kredit suami aku ke tak. Selepas itu aku minta abang ipar hantarkan aku ke Hospital Pakar Al-islam kerana itu lah hospital paling dekat dan pada aku tak perlu menunggu lama. Oleh kerana dua-dua pernah dapat rawatan disana, maka urusan pendaftaran lebih mudah.

Hospital Pakar AL-Islam

Di hospital pun Uzayr muntah 2 kali muntah. Selesai jumpa, maka kita buat bayaran dahulu sebelum ambil ubat. Jumlah ubat untuk 2 pesakit adalah RM139.80. Maka kerja senang bagi sahaja kredit kad.

Selalunya perbelanjaan kecemasan adalah melibatkan kematian dan kesihatan. Perbelanjaan harian dan persekolahan atau pergi kenduri bukan dalam kategori kecemasan. Maka pada pendapat aku penting untuk si suami tinggalkan kad kredit atau kad debit bagi keperluan kecemasan saat suami tiada di sisi. Kalau confirm suami sentiasa ada disisi 24 jam. 7 hari seminggu dan 365 hari setahun...boleh lah tak nak bagi.