Memaparkan catatan dengan label couvade syndrome. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label couvade syndrome. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 15, 2020

Couvade Syndrome, tanda cemburu suami kepada bakal anak?

Couvade syndrome iaitu sindrom pembawakan budak adalah situasi di mana suami mengalami gelaja-gejala seperti wanita mengandung saat isteri mengandung. Ia juga dikenali sebagai sympathetic pregnancy. Jika kita cakap hal ini kepada masyarakat bukan semua mereka akan percaya dan sesetengah akan mentertawakan. Aku pernah cerita pasal pengalaman kami menghadapi sindrom ini disini. Ketika blog walking menjelang subuh hari ini aku terjumpa satu artikel yang cerita pasal Apa itu Couvade Syndrome pada lelaki?  Aku hanya buat ulasan untuk point-point yang dinyatakan. Artikel penuh anda baca sendiri dekat link atas.

1. Ia adalah normal- pada aku dan Mr.Y ia memang normal sebab setiap kali aku mengandung dia akan mendapat hampir semua gejala dan simptom. Malahan untuk beberapa kandungan, dia dahulu merasa gejalanya. 

Nausea,smiley,kotzender,vomiting,bad - free image from needpix.com

2. Punca psikologi - menurut artikel tersebut gejala sindrom yang dialami oleh suami adalah kerana perasaan cemburu dengan bayi yang dikandung isteri dan terpaksa bersaing untuk mendapat perhatian. Kalau anak pertama mungkin, tapi kalau anak seterusnya....tak kot..Kalau ye, Alhamdulillah, maknanya walaupun dah lama kawen cemburu itu masih ada.

3. Rasa simpati kepada isteri - aku lebih suka point ini berbanding point no.2 tadi. Kerana simpati, maka suami ambil sedikit gejala tersebut. Adakala perasaan simpati akan memberi signal kepada badan untuk bereaksi.  

4. Bila akan berakhir - seperti kata artikel tersebut, anak lahir, gejala akan hilang. Jangan main-main bila tiba saat anak lahir pun golongan suami macam ini boleh rasa. Mr.Y pernah kena marah dengan rakan sepejabat sebab isteri tengah sakit nak bersalin dekat rumah, dia masih tenang berborak dan buat kerja di pejabat. Siap kena halau balik dengan kakak pejabat. Hakikat perasaan dia itu tidak salah kerana sampai hospital aku sempat gaduh manja dan tengok persembahan pasukan sorak dari nurse-nurse hospital. Manakala waktu melahirkan uzayr, dia paksa aku ke hospital walaupun aku kata, nanti dulu...hakikat tak sampai 20minit di hospital aku bersalin. 

Welcome to Luna's Baby ♥ » drawings » SketchPort



Kembali kepada tajuk, Couvade syndrome, tanda suami cemburu kepada bakal anak adalah tidak berapa tepat bagi aku. Sebaliknya aku rasa sindrom ini lebih kepada perasaan simpati suami dengan kesusahan isteri saat mengandung. Jika benar suami sayang isteri tak perlu tunggu isteri mengandung nak rasa cemburu, isteri balas komen lelaki lain berunsur sayang-sayang dekat facebook pun dah boleh. Hakikat semua lelaki teruja dengan anak yang bakal lahir, cuma sesetengah lelaki akan merasa gejala ini kerana naluri dan perasaan sayang yang lebih dekat kepada isteri saat mengandung. Bukan kata lelaki yang tak rasa, tak ada simpati kepada isteri atau sayang kepada isteri. Kita perlu faham bahawa setiap insan itu berbeza. 

Itu sahaja buat kali ini....selamat berhujung minggu.