Pernahkah anda mendengar dialog seperti di atas? Pasti ada yang pernahkan, terutama jika salah satu pasangan telah kematian kedua orang tua. Dialog ini bukan sering diluahkan oleh pasangan tetapi selalunya oleh mertua dan ipar duai....Apabila ia diluakan maka serbasalahlah pasangan dan menantu. Katahuilah anda-anda yang bercakap ikut sedap mudah anda bahawa,
- kami dan membuat persefahaman bahawa kami akan beraya ikut giliran. Jika tahun ini kena kepada isteri atau suami yang tak ada mak pak dah, kami tetap nak balik sebab itu tanda anda setia dan menunaikan hak pasangan.
- Mak pak dah tak ada, tapi adik beradik lain, saudara mara lain masih ramai di kampung. Saat hari raya lah nak jumpa yang jauh dan jarang bersua muka.
- Setiap insan ada perasaan rindu, begitu juga mereka. Selalu kalau mak pak dah tak ada memang payah nak ajak balik kampung, maka janganlah di tidakkan gilirannya kerana dia pun rindu.
Walaupun sukar untuk memahami tetapi tidak salah untuk mencuba dan bertolak ansur...