Memaparkan catatan dengan label Trip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Trip. Papar semua catatan

Khamis, Jun 16, 2016

Tips bersahur bagi ibu menyusu...


Kadang-kadang rasa malas sangat nak bangun sahur, tetapi memikirkan ia adalah perkara sunat yang digalakkan maka kami gagahkan juga diri untuk sahur. Al-kisah mak menyusu badan lagi lah kena bersahur..untuk apa kena bersahur supaya dapat berpuasa dengan jayanya....Ok tips kali ini bukan diambil dari mana-mana pihak. Ia adalah pengalaman penulis sendiri.


  1. Jangan skip sahur
  2. Makan makanan berat 
  3. Jangan tinggal kurma
  4. Jangan lupa minum air kosong jugak.
  5. Jangan lupa doa dalam hati... "Ya Allah, permudahkan lah urusan ku dalam menunaikan ibadat kepada mu."
Ok itu sahaja tips dari saya... selamat menjalani ibadah puasa.

Rabu, Jun 15, 2016

Perkahwinan di pekan Saratok dan BBQ di Roban

Assalamualaikum, Sebenarnya tengah tunggu file gambar transfer dari handphone ke laptop untuk molah (buat) photobook mini square. Maka kita cerita lah sedikit sebanyak tentang pengalaman kita ke daerah saratok pada 4june2016. Kira-kira ini adalah kali ke-3 pergi ke saratok, Pertama kali ke saratok untuk menghadiri Pekahwinan di Kabong, kali ke dua sewaktu mengikuti program kimia ke desa Mr.Y , maka ini adalah kali ketiga menjejakkan kaki ke bahagian Saratok.

Kali ni kita pergi penggilan (kenduri kawen) kawan pejabat Mr.Y. Oleh kerana pekan Saratok berada agak jauh dari Bandar Sibu, maka rombongan kami bertolak lebih kurang jam 6.30pg. Semua anak-anak di kejut mandi seawal jam 5.30pagi...Layan gambar sama cerita ok.

Bukan selalu kami ber "wefie"..hehehhee...

Ok, kita bergambar dengan pengantin...

Golongan wanita lak bergambar dengan pengantin...eh..eh..baby uwais pun nak join gak..

Uwais & abi..sama tak kami...

Ramai betul yang suka pegang uwais...alhamdulillah sepanjang perjalanan, uwais jadi budak baik..

Ini lah door gift dari pengantin dan keluarga..tahu tak ada custom made fridge magnet untuk yang dewasa. 
Selepas dari makan-makan pengilang rombongan singgah sekejab dekat rumah Asmah aka "buk semah". Ini macam agenda pre-puasa. Siap dihidangkan lemang lagi...memang terbaik lah. 

Ok, ini pulak gambar pre-lebaran. Depan chalet yang kami semua menginap. Kami sekeluarga kongsi chalet yang agak besar bersama keluarga Noreden .

BBQ bermula..

Bapak-bapak yang menjaga dan membakar...mak-mak layan anak-anak...

Kan dan cakap ini hari adalah agenda pre-puasa... meriah..dah lama tak merasa kemeriahan mcm ni. macam duduk kampung pun ada. Uwais pun makan sama tapi menu dia lah.


Kenapa kami duk satu chalet dengan keluarga Noreden kerana ada kawan kakak dan hana... abg haiqal....
Maka itu je lah cerita short trip we all ke kabong.


Ahad, Februari 28, 2016

Tips beli tiket free dan hanya bayar tax..

Saya kongsikan Tips berdasarkan pengalaman saya, cara beli tiket percuma dan bayar tax sahaja ;
1) Beli semasa Big points promosi - Ada masa boleh cuba '0' zero big points dan ada masa hanya guna 100-500 big points sahaja untuk tukar tiket.
2) Beli semasa hari pertama Promosi.Dan jadi orang terawal dengan daftar Big Prepaid kad sebab dia akan bagi 24jam lebih awal dan tanpa processing fee.
3) Transfer Big points lebih awal ke akaun airasia anda.Transfer dari kad Sogo,Kad kredit Maybank,Sim kad tunetalk,dan mana mana yang berkenaan.Jika anda tiada kad diatas cuba tanya adik beradik dan kawan sebab dalam akaun Big points ada butang Transfer dari akaun satu sama lain.
4) Tambah Big points dengan daftar Promosi kad kredit 10ribu Big points jika ada.Promosi hotel beli guna kaligo,rocketmile dan agoda dimana Bonus big point airasia akan dikredit masuk.
5) Daftar Big prepaid Tone atau Airasia Mastercard sebab setiap pembelian barang akan dapat Big Points.Dan beli tiket Airasia boleh dapat Bonus 600 Big points.



Perkongsian si perantau.

Ahad, Jun 05, 2011

Perkahwinan di Kabong, Sarawak

Ini merupakan majlis perkahwinan yang pertama aku hadiri di serawak. Walaupun tidak mengenali tuan rumah dan pengantin, tapi oleh kerana ingin merasa bagaimana suasana perkahwinan disini, setuju je apabila Kak Nizha ajak pegi kenduri kawan dia time belajar kat UUM dulu. Selalu dengar orang kata majlis kawen kat serawak berbeza dari semenanjung. Yang aku x leh lupa, bulan lepas kawan aku pegi kenduri dengan family dia, dan tuan rumah bagi daging rusa buat balik. Bayangkan kat sini kenduri makan daging rusa, kat sana mana ada..daging lembu je lah..hehehe, bila tanya kenapa daging rusa, jawab dorg daging lembu mahal. Rusa boleh masuk hutan dan tangkap jer. Wah! jimat belanja. Tak perlu kuar duit untuk beli lembu atau kerbau. Macam nie mmg best. Ok sambung cerita pasal kenduri yang aku pegi lak. Perjalanan dari Sibu ke Kabong mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dalam pukul 10pagi kak nizha sampai ke sibu dari bintulu. so ktorg bertolak dalam pukul 10.30pg. oleh kerana semua tak pernah sampai ke sini, maka sesat lah seketika kami sewaktu mencari rumah pengantin. hehehe...so apa lagi, jom kt tengok apa yang berlaku dan suasana majlis kat serawak. Agak berlainan dari semenanjung.

Hari hujan dan kami kena berjalan dengan berhati-hati pasal ini adalah laluan ke rumah pengantin...agak mencabar kerana titi kayu ini ada jaring-jaringnya, nasib  tak bawak dslr...kalu x mau menangis aku nak pegang....
Sampai aja nampak pengantin dah atas pelamin. Ada 2 pasang. Perkahwinan adikdan kakak. Yang kiri adik n yang kanan kakak. Sebenarnya 2-2 bukan kawan aku or suami. Tapi kawan kepada kawan ktorg. iaitu kak nizha lah...hehehe....nak rasa kenduri di sarawak punya pasal. Pegi majlis orang x kenal pun x kisah....
Lepas bersanding, pengantin pun turun nak berarak lah pulak...pelik kan. Selalu kat semenanjung kita akan berarak dulu baru sanding. Sini sanding dulu baru berarak. Time pengantin nak pegi berarak nie lah payung kak Nizha kena pinjam...aku siap ada muka yg pinjam lg hehehe..payung baru beli sehari sebelum nya. Tapi bukan rezeki, ia hilang jua...hehhehe...ikhlaskan diri ye kakNizha...
Ini lah makanan time kenduri, makan berhidang. Ada kari ayam, kari daging n lain2 lauk yg besa lah..yang warna putih 2 aku x tahu apa bendanya, rasanya ada masam2 skit. tapi ok lah dengan nasi yang tawar. Khairul & yaman siap tambah nasi lagi. Aku suka dia punya daging goreng berempah 2. macam makan kat semenanjung lak. hehehe....
Lepas makan kita borak2 dulu, konon nak tunggu payung Kak Nizha yang kena pinjam lah kan....hehehe...apa yang diborak oleh 3orang nie aku x pahamsgt lg, pasal dorg cakap bahasa serawak. Maklum lah masih belajar memahami bahasa serawak. Nant dah faham baru bleh klakar srawak. kan?
Sementara menunggu pasangan pengantin pegi berarak, tuan rumah sediakan biskut raya untuk kami. Selalu kita kat semanjung akan ada bubur atau agar2 sebagai pemanis dalam sebuah majlis. Tapi sini di sediakan biskut raya gawai...hehehe....dihidang bersama air kopi panas...wah mcm minum petang kat kampung...teringat kopi yang arwah nenek aku buat dulu2.
Ini adalah buah tangan untuk majlis khatam quraan, ktorg x sempat sampai untuk majlis khatam quraan pasal sesat skit. hehehe... pulut kuning dalam cawan kertas...pastu ada telur warna-warni atas dia...
Cenderahati yang kami dapat, menarik kan? kat dalam ada sudu dan garfu kecik. Bagus jugak pasal ktorg baru pindah rumah. so banyak barang yang belum lengkap...garfu dan sudu nie kira back up lah. boleh guna untuk makan puding karamelkan..
Lepas berarak, pengantin duduk bersanding balik, kali nie budak budak kompang main kompang kat depan pengantin sambil duduk lah.
habis je budak-budak main kompang, kami pun berangkat nak balik lah. aku suka titi nie. cantik nampak bila ambik time hujan. hehehe...


Ini pula titi nak ke surau. Kalu malam2 bulan puasa mesti titi nie kecoh kan. Dengan suara budak dan jemaah yang nak g solat terawih.
Begitulah cerita trip kami yang pertama...lepas nie mungkin kemana yea...tunggu...jumpa lagi.

Naimy Art