Memaparkan catatan dengan label PM ke-8. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PM ke-8. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 29, 2020

Tahniah Tan Sri Muhiddin Yassin (Perdana Menteri Malaysia Ke-8)

Tahniah Tan Sri Muhiddin Yassin atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.


Setelah beberapa hari kita dilanda kemelut politik. Akhirnya Tuanku Agong menamatkan kemelut dengan perlantikan TSMY sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Nampaknya pakatan harapan hanya berjaya memerintah sekitar 2 tahun. 

Semoga negara dan rakyat lebih sejahtera selepas ini. Jom lah kita nyanyi lagu setia.

Lirik Lagu Setia

Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi
Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara



Selasa, Februari 25, 2020

Siapa Bakal Perdana Menteri Malaysia Ke-8 ni?????

Sejak beberapa hari lepas rakyat malaysia yang baik hati menunggu pengumuman rasmi tentang siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri yang ke-8. Malang sehingga malam tadi masih belum ada pengumuman rasmi.

Pelbagai cerita yang tular dimedia sosial. Aku yang tak terlibat dengan politik sekadar menonton berita. Tetiba semalam mak tanya, "kita perlu sokong mana ni?" Aku jawab saja, "mana yang mak berkenan, mak sokong lah." Jujur cakap rakyat is keliru...

Berikut adalah kenyataan media rasmi aku copy dari tweeter sinar harian.

Kiranya buat sementara waktu ini, Tun masih menjadi PM lah. Kita bersabar je lah...Moga yang baik-baik sahaja untuk malaysia dan kita rakyatnya.