Salah satu cara mengurangkan pergerakkan dalam melawan pandemik covid-19 adalah kita beli barang dapur terutama barang basah seperti daging ayam, itik, lebu, kerbau dan ikan secara atas talian. Semalam ada yang tanya macam mana kami beli barang basah online?Cara mudah saja, kami guna aplikasi yang menyediakan perkhidmatan pembelian barang dapur. Antara aplikasi tersebut adalah TESCO ONLINE, HAPPY FRESH, PANDA MART, GRAB MART dan lain-lain.
Sebelum bersalin, sekali sekala aja beli barang dapur online. Selepas bersalin kes covid makin naik, kami makin risau nak keluar tapi orang rumah tetap kena makan. Maka sejak itu, kami mula aktif membeli apa saja secara online.
Jika sebelum covid melanda, seminggu sekali bawa mak keluar beli barang dapur, sekarang selang 2-3 hari tanya "mak nak apa? nak order barang dapur ni." Awal-awal mak macam tak selesa bila kata order dalam telefon saja, lama-lama dia biasa. Kadang2 dia pula kata "nanti nak beli barang dapur belikan mak bla..bla..bla.."
Insyalah dah reda nanti kita boleh masuk pasar ye mak...abiskan 2nd dose vaksin dulu.
Salah satu apps yang boleh beli barang basah atas talian adalah GRAB MART. Apa best Grab Mart sebab dia ada pasar mix & match. Biasa pasar banyak kedai dekat dalamkan, maka disini kita boleh beli dari banyak kedai tapi menggunakan satu penghantaran. Dekat sini kita dah jimat kos penghantaran.
Macam dekat area rumah kami, ada pasar pagi selayang, pasar besar TTDI dan bbrp lagi pasar sekitar rumah kami. (boleh taip pasar dekat search dan nanti akan keluar pasar berhampiran rumah anda).
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.
Boleh maklumkan pada kawan-kawan ni.
BalasPadam