Sabtu, Oktober 03, 2020

Perasaan anda apabila melihat peningkatan kes baru covid-19


 Assalamualaikum dan selamat pagi...sejak beberapa hari lepas kita melihat trend meningkat bagi kes baru covid-19 yang berlaku di negara kita. Apabila ini berlaku, ramai yang menyalahkan ahli politik rentetan peningkatan ini berlaku akibat pilihnraya di negeri sabah. Apa pun aku tak nak terlibat dengan isu ahli politik ini. Apa aku nak tahu apa perasaan anda melihat peningkatan kes ini.

Sanggupkah kita menghadapi sekali lagi PKP? Bagaimana kedudukan kewangan kita jika terpaksa menghadapi ia sekali lagi? Adakah pinjaman dapat ditangguhkan lagi bayarannya? Bagaimana dengan emosi anak-anak yang tak dapat meneroka dunia luar...


Hakikat perasaan aku sendiri, takut dengan apa yang aku nampak...risau keselamatan dan kesihatan semua yang aku sayang. Kita doakan semua ini berakhir atau setidaknya berada dalam keadaan terkawal...

3 ulasan:

  1. Risau dan sedih..apabila pihak atasan mnjadi pnyebabnya.

    BalasPadam
  2. sama2 lah kita stay save yea

    BalasPadam
  3. semlm 500+. Allahu Akbar. Selangor makin gering. sabah & kedah lom pulih sepenuhnya. negeri negeri lain tak kurang jugak pertambahan positif, sehari sorang. 30 hari ??? aduhai negara ku.

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik