Rabu, Disember 11, 2019

Pengalaman naik van jenazah


Assalamualaikum, ini adalah pengalaman kali pertama aku naik van jenazah. Tanggal 2 November 2019, kakak sepupu meninggal dunia. Walaupun dia kakak sepupu tapi kami semua anggap dia seperti kakak sendiri. Sejak aku mula menjejakkan kaki ke KL, setiap kali ada kesempatan kami akan bertemu. Aku pulak waktu belajar dulu andai ada kelapangan akan tidur dekat rumah dia waktu hujung minggu. Kami pun selalu juga balik kampung sama-sama. 

Baca Juga:

Renungan subuh- istiqamah dalam amalan


Bila dah kawen dan beranak-pinak ini, kalau kami adik beradik berkumpul, pergi memana atau buat makan-makan, kami akan ajak dia datang sekali. Kalau berkumpul kami akan pilih rumah kakak aku yang sulong lah. Sebenarnya dia lagi kerap pergi rumah kakak aku berbanding aku.

Setelah hampir sebulan berjuang di hospital Putrajaya maka Allah mengambil kembali nyawanya. Sepanjang sebulan berada di hospital, yang banyak menguruskan beliau adalah adik serta kakak aku. Maka apabila berlaku kematian, aku dengan kakak kedua mengambil inisiatif mengiringi jenazah kembali ke Terengganu. Ini adalah perjalanan balik kampung terakhir kami bersama.

Kembali kepada cerita pengalaman naik van jenazah. Awalnya kami anggarkan perjalanan mengambil masak 4 ke 5 jam. tapi sebenarnya perjalanan dari KL ke Terengganu hanya mengambil masa 3 jam ditambah dengan berhenti buang air serta isi minyak. Aku dengan nor yang duduk belakang sebelah keranda ni kira melambung jugak lah. Inilah kenderaan paling laju aku pernah naik untuk balik ke Terengganu.

Baca JUga:

Jangkitan Tonsil vs Klinik Halim, Kg.Baru


Secara logik aku memikirkan mereka pembawa van jenazah akan bawa laju apabila ada jasad di dalam. Ini bagi mempercepatkan urusan dan itu lebih baik. 


1 ulasan:

  1. Innalilahhiwainnailaihirojiun... Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    Mrs. A pun pernah juga naik van jenazah tapi sekejap je dari rumah ke kubur.

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik