Jumaat, Jun 19, 2020

Ummu, kakak lapar....

alahai kakak....ummu tengah asyik buat kerja kamu bangun cakap lapar...

apa nak bagi awak makan pukul 5 pagi ini kakak......

Khamis, Jun 18, 2020

Aku & Wahed Invest ( Bahagian 10 - Aku sesuai Saham yang mana?)

Assalamualaikum....

Unit Trust 
1) Ada ejen khas yang dilantik syarikat kewangan seperti kenanga, PMB, public mutual dan lain lain lagi.
2) Yuran 5% setiap pelaburan
3) Boleh labur guna KWSP atau cash sendiri
4) Sesuai untuk orang yang ada cash lebihan dan ada KWSP
5) Keuntungan dalam 15-20%

Wahed Invest @ Robo advisor 
1) labur seminum Rm100 sahaja
2) Yuran 0.5-0.75% dari pelaburan.
3) Boleh labur guna cash sendiri hanya bank transfer online
4) Sesuai untuk golongan millennial kerana boleh download apps di handphone.
5) Keuntungan ikut portfolio yang dipilih 2-12%

Saham 
1) Labur ikut unit saham di kaunter Bursa saham 
2) Perlu buka CDS akaun hanya Rm10 sahaja.
3) Belajar jual beli saham dengan teknik yang betul.
4) Labur saham bermula Rm1000 atau lebih.Kalau kurang untung kecil.
5) Boleh guna apps dan juga laptop.
6) Keuntungan dan kerugian bergantung pada ilmu yang dibelajar.Boleh untung lebih 100% dan boleh jadi rugi juga.

Semua bergantung pada kocek masing masing.

Unit Trust  dan wahed invest akan menjadi pasif sebab hanya labur dan biarkan. Ada masa dia beranak ada masa dia turun so kena target 3-5 tahun pelaburan.

Nombor tiga iaitu saham kena rajin dan aktif.Kalau dapat mentor dan group yang bagus boleh sama sama kaji pilih kaunter yang betul. 

Boleh lah pilih nak jadi trader bagaimana Swinger atau Scalper😎

Semuanya bermula dengan satu akaun CDS bernilai Rm10..

Berminat dengan wahed invest?

Sila download app Wahed Invest di Google Play Store atau Appstore. Boleh juga melayari https://app.wahedinvest.com/referral untuk download app Wahed Invest.

Pastikan tuan puan menggunakan kod referral:

✓ NORBIN136

untuk mendapat RM20 secara percuma apabila anda mendaftar. Boleh refer ke post yang menerangkan step untuk mendaftar.

Jika masih tidak pasti, PM admin atau reply emel ini. Nanti admin akan cuba jawab pertanyaan tuan-puan. 

Sekian,terima kasih.

Rakan labur anda.



Isnin, Jun 15, 2020

Kopi Durian Arissto

Assalamualaikum dan selamat pagi... sekarang dah masuk musim durian...

Harga durian mahal lagi buat masa ni pada aku... 3 biji boleh cecah harga RM1++...tapi kalau nama hantu durian...sanggup saja beli....

Aku share cara buat kopi durian menggunakan kapsul kopi arissto. Kalau tak suka kopi pekat, pilihlah kapsul luna atau amico, kalau tak suka pekat pilih kapsul sunrise atau in love.


Jika ada yang nak order atau cuba arissto boleh klik link bawah https://bit.ly/3gSiDmk

Jangan Sombong Diri

Ini kata-kata yang sangat mendalam maknanya. Sumber asal tidak diketahui, yang pasti disebarkan melalui media sosial sebagai renungan dan peringatan buat kita semua.

Kita diberi rezeki bangun berqiyamulail, maka bersyukurlah, tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur, kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan.

Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah, tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqomah berpuasa sunat, siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit.

Kita diberi rezeki mampu khatam Al-Quran sebulan sekali, maka bersyukurlah, namun jangan diejek- ejek, disindir insan yang masih merangkak- rangkak dengan muqaddamnya. Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqomah belajar mengaji dengan segala kepayahannya.

Kita diberi rezeki dengan harta dunia dan mampu bersedekah jariah, maka bersyukurlah, namun jangan dihina si miskin yang tidak mampu memberi kerana kekurangannya. Mana tahu mulutnya tidak berhenti berzikir menjadi pahala sedekahnya.

Kita direzekikan lahir dari keluarga yang alim. Kecil- kecil sudah mantap imannya, sudah sempurna menutup auratnya, sudah sempurna solat, bacaan Al-Quran dan hadisnya. Maka bersyukurlah, tetapi jangan dihina anak- anak yang lahir dalam keluarga yang porak- peranda. Kita tidak tahu pahala yang diberi Allah atas payah jerihnya mereka mencari agama.

Bersyukurlah andai kita diberi rezeki beramal ibadah, namun ibadah itu hancur sama sekali saat kita berasa aman dengannya dan meremehkan orang lain. 
Ingatlah sejarah Iblis Laknatullah yang hebat ibadahnya namun terhumban keluar daripada syurga kerana satu titik SOMBONG 

Ahad, Jun 14, 2020

Aku & Wahed Invest (Bahagian 9- PELABURAN WAHED INVEST PATUH SYARIAH)

PELABURAN WAHED INVEST PATUH SYARIAH

𝑃𝑎𝑠𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑛𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑙𝑒𝑡𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑟𝑒𝑓𝑒𝑟𝑟𝑎𝑙 𝑐𝑜𝑑𝑒 NORBIN136 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑅𝑀20 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑝𝑒𝑟𝑐𝑢𝑚𝑎 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑎𝑛𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟.

Wahed Invest ini merupakan pelaburan pasif. Kesemua pelaburan diuruskan oleh aplikasi sendiri dan pengurus dana.

Ianya tidak memerlukan kita untuk mengkaji sebarang trend pelaburan. Kita cuma perlu memilih portfolio yang kita mahu untuk menentukan kesediaan risiko kita. 

Wahed Invest mempelbagaikan jenis pelaburan kita kepada:

a. Saham di Malaysia dalam bentuk Exchange Trade Fund (ETF)

b. Saham di Amerika Syarikat dalam bentuk Exchange Trade Fund (ETF)

c. Sukuk ( Bon Islam)

d. Emas

Contohnya Rm100 dibahagikan mengikut peratus dalam setiap portfolio.

Contoh agihan Aggressive
a) 45.62% Saham ETF di Amerika
b) 17.46% Saham ETF di Malaysia
c) 24.58% Sukuk Bon Islam
d) 9.89% Emas
e) 2.45% Cash

Mempelbagaikan pelaburan ni ialah perkara asas tapi sering dilupakan terutama bila kita mengejar keuntungan. 

Hasilnya apabila pelaburan kita tidak berhasil habis jatuh terduduk. Kepelbagaian ini dapat dicapai dengan Wahed Invest. 

Bak kata pepatah Inggeris 

“Don't put all your eggs in one basket”

Berminat?

Download app Wahed Invest di Google Play Store atau Appstore. Boleh juga melayari https://app.wahedinvest.com/referral untuk download app Wahed Invest.

Pastikan tuan puan menggunakan kod referral:

✓ NORBIN136

untuk mendapat RM20 secara percuma apabila anda mendaftar. Boleh refer ke post yang menerangkan step untuk mendaftar.

Jika masih tidak pasti, PM admin atau reply emel ini. Nanti admin akan cuba jawab pertanyaan tuan-puan. 

Sekian,terima kasih.

Rakan labur anda.