Jumaat, April 26, 2019

Solat Musafir : Masjid Al-Rashidun Alor Gajah

20 April 2019 (Sabtu)
Selepas menempuh perjalanan yang penuh jem menuju ke Melaka akibat lori terbakar, kami singgah solat di masjid Al-Rashidun Alor Gajah. Asalnya nak lunch dekat kedai dalam kawasan masjid tetapi hari tersebut semua kedai dalam tutup kerana masjid menjalankan karnival waktu pagi. Agaknya semua bahan jualan habis. Maka kami ambil keputusan solat dahulu. Anak-anak setuju sahaja mengikut. Sampai tempat wuduk Kakak Humaira dan Kakak Hana cakap nak ambil wuduk jugak. Mereka kata nak solat jugak. Alamak!!! macam mana nak solat, semua tudung orang besar...mujur dalam beg ummu ada standby stokin untuk kecemasan macam ni tapi ada satu sahaja. Pakaian anak-anak pun proper..mereka pakai seluar dengan t-shirt lengan panjang dan tudung. Maka ummu berilah stokin dekat kakak Humaira, Kakak Hana berjaya ummu pujuk untuk layan Uwais main dalam masjid. Salah satu sebab kenapa aku rasa masjid ini best, sepanjang kami singgah yang dah beberapa kali, kami tak pernah ditegur kerana anak-anak berlari di ruang belakang tempat solat. Terasa macam duduk dekat dalam surau al-mustaqim sibu pun ada. Maka hari itu kakak solat mengikut ummu. Solat jamak zohor dan asar. Usai solat, hana datang bgtahu...lain kali jangan lupa bawak stokin untuk dia juga. Kakak pulak cakap dia gembira. Ummu tanya kenapa kakak gembira. Jawapan yang akan menyentuh hati mana-mana ibu bapa. "Kakak dapat solat dengan ummu dan nenek dekat masjid, nanti kalau jalan-jalan kakak tak tinggal solat lagi. Allah mesti sayang dan dapat pahala."

Semoga semua anak-anak ummu abi suka kepada rumah Allah dan tetap kuat keimanan.

Jom tengok maklumat asas pasal solat musafir...

APA ITU SOLAT JAMAK?

Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:
1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

APAKAH SYARAT SOLAT JAMAK?

UNTUK SOLAT JAMAK TAQDIM:

1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

UNTUK SOLAT JAMAK TAAKHIR:

1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

BAGAIMANA CARA DAN CONTOH NIAT SOLAT JAMAK?

UNTUK JAMAK TAQDIM:

1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

UNTUK JAMAK TAAKHIR:

1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)




Khamis, April 25, 2019

Nur 2

Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu ini adalah minggu last cerita nur 2 disiarkan di TV3 dalam slot samarinda. Maka dengan berlangsungnya episod 12 malam tadi, berakhirlah drama yang menjadi bualan ramai. Antara watak yang mengambil kepopularan adalah watak ustaz hamidi. Manakala watak antogonus yang baru muncul juga adalah julia. Ok aku tak layan pun cerita ni. Tapi semua plot aku tahu apabila ramai yang post pasal cerita ini dekat FB dan insta.

Baguslah dah habis cerita ni...maka bulan puasa boleh lah kita fokus kepada solat terawih malam-malam ye...

Bye Bye Nur 2....

Khamis, April 18, 2019

Saya nak sponsor hadiah...

Setelah beberapa kali memenangi hadiah giveaway dan contest, maka wujud perasaan rasa nak sponsor hadiah pulak. Nak anjur giveaway or contest kita rasa macam tak mampu nak buat je. Ada antara sahabat blogger nak cari sponsor hadiah untuk contest or giveaway tak? Kalau ada jangan segan malu nak contact kita ye...

Ahad, April 14, 2019

Mini photobook 2017

Ya Allah dah masuk 2019, aku baru nak mula buat photobook 2017....setahu terkumpul dalam laptop gambar 2017. Gambar 2018 belum kumpul lagi...

Sekarang kenapa tak jumpa ofline download photobook designer ye...memang tak ada ke aku yang tak jumpa...apa pun kita dah guna wifi laju...tak ada masalah nak buat secara online.

Insyalah dah siap kita tunjuk ok...

Sabtu, April 13, 2019

Carousell-mdyaman

Assalamualaikum dan salam hujung minggu... 
Salah satu platform untuk kami jual barang adalah Carousell. Kenapa beli kalau nak jual? Ok dia macam ni, kami beli barang tersebut kerana kami memerlukan ia, tetapi sampai saat kami tidak lagi memerlukan ia, maka kami akan let it go...cara mudah adalah buang dalam tong sampah..tapi RUGI YANG AMAT.. barang elok dan masih ada nilai kalau dijual. Kalau bagi dekat orang jual barang terpakai mesti dia nak.

Barang mula-mula dijual adalah stroller bayi. Stroller ni kami jual selepas uwais lahir. Sewaktu nak pindah lagi banyak barang yang kami jual...ada yang jual secara offline ada yang jual secara online. Aktiviti jual menjual ini aku serah sepenuhnya kepada Mr.Y. Aku just cari apa nak dijual.  Hampir 70% barang rumah kami jual sewaktu nak pindah dari Sibu, sarawak ke Kuala Lumpur. Sebab memang dah tahu balik duduk rumah mak kan. barang rumah mak dah penuh buat apa nak bawak balik perabut semua bagaikan.

Pada aku bagus jual dekat carousell ni sebab kita boleh tengok keadaan barang sebelum bayar. 

Ini lah nama yang Mr.Y guna...

Rumah nak disewa pun dia masuk dekat sini...

Paling terbaru gelongsor anak-anak dijualnya...