Sabtu, Mei 28, 2022
Baiki Handphone DIY
Gambar diatas menceritakan segalanya.
Ini adalah handphone brand Meizu. Sejarah dapat telefon ini agak sadis...Telefon sebelumnya adalah Xiaomi A2. Al-kisah masa Mr.Y mengerjakan umrah pada januari 2020, Uwais dan Uzayr kena muntah-muntah dan cirit. Masa aku duk sibuk uruskan Uwais yang baru muntah, Uzayr layan telefon aku..tetiba Uzayr pun muntah...betul-betul atas telefon. MAKA berenang-renang lah telefon tersebut dalam lautan muntah.
Lepas itu aku pasrah....telefon masih boleh digunakan tetapi untuk kecemasan...2 hari elok..seminggu buat masalah...elok balik 2 hari, bermasalah balik...
Beberapa bulan selepas itu, Mr.Y kata dia beli fon baru untuk aku. Ini lah telefonnya...Meizu M8
Warna Pink ye Mr.Y pilih |
Selepas setahun lebih pakai, Mr.Y dapat free gift POCO M3 dari HSBC. ( aku ada cerita kat Unboxing Xiaomi Poco M3-Guaranteed gift with HSBC Credit Card).Oleh kerana waktu itu anak-anak sibuk duduk PDPR maka Mr.Y bagi aku POCO. Telefon Meizu aku beri kepada kakak Humaira di kongsi dengan adik-adik.
Maka sangat lah rajin diorang bawa handphone kehulu kehilir sebab nak online sampai jatuh lcd screen. LCD pecah teruk dalam awal tahun ni. Tapi sebelum raya baru aku buat pembelian part yang perlu tukar di Shopee dan lepas raya baru sampai. Punya lama menanti sampai Hana tanya banyak kali bila nak baiki Handphone dia. Sekarang telefon dah jadi hak milik hana memandangkan kakak dah ambil fon abi yang lama lagi satu.
Sebelum barang sampai aku buka youtube belajar cara buka screen dan tukar yang baru. Selepas tiga minggu barang sampai. Berikut adalah barang dan harga
Dan kali ini tampal sekali tempered glass,kalau kena ganti glass tu sahaja.
Tapi aku tersalah beli tempered glass untuk meizu m6... saiz dia kecik sikit dari meizu m8. Pakai je lah dulu hana...nanti beli lain ye.. |
Mr.Y kata upah kerana berjaya jimatkan wang dia adalah Starbuck!!!
Setakat hari ini aku belum claim upah tersebut. Nanti dah kempunan aku claim.
Itu saja perkongsian kali ini. Pada aku, ada benda yang boleh belajar dan cuba buat sendiri tak salah kita cuba. Selagi apa yang kita buat mampu menjimatkan wang. Apasalahnya.
Khamis, April 21, 2022
Masalah rambut gugur selepas bersalin setel dengan SAFI Shayla - Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar
Hai semua.
Salah satu masalah kita lepas bersalin adalah rambut gugur. Bersalin tahun lepas, dah cuba beberapa produk tapi masih tak setel. 😭
Baru-baru ini kita dapat tahu yang safi shayla ada keluarkan tonik untuk masalah rambut gugur. Apa yang buat kita lebih tertarik nak cuba sebab ia menggunakan habatussaudah sebagai salah satu bahannya. Bau pun wangi. Nama produk adalah SAFI Shayla - Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar ❤️ alhamdulillah berkesan untuk rambut gugur.
Cara pakai SAFI Shayla - Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar senang sangat ☺️
1. Semburkan Tonik pada kulit kepala
2. Urut kulit kepala untuk beberapa minit dan biarkan sehingga kering
3. Gunakan 2x sehari
Kalau sejenis tak sabar dan nak hasil terbaik macam kita, gunalah satu set lengkap kawalan rambut gugur 🥰
1. Syampu - untuk membersih & menguatkan struktur rambut dengan wangian sehingga 72 jam
2. Refreshing Scalp Mask - menjaga kulit kepala, mengurangkan sebum, menguatkan folikel rambut & menghilangkan bau hapak
3. Hair Tonic - dirumus dengan Hijab Scalp Biotics teknologi, Ginseng Merah Korea & Niacinamide menguatkan folikel rambut dari akar rambut, mengurangkan rambut gugur dan 4.6X rambut lebih lebat
4. Serum Rambut - membaiki dan menguatkan rambut rapuh dengan menembusi ke struktur rambut
5. Hair Mist - mengunci, mengekalkan dan melindungi nutrien rambut supaya rambut lebih kuat.
Anak-anak kata, "wanginya rambut ummu."
Apa yang best lagi tentang SAFI Shayla - Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar?
✅Di formulasi khas dengan teknologi Hijab Scalp Biotics, 7 Habbatus Sauda Complex dan ginseng merah bermuti tinggi
✅ 73% Rambut Lebih Kuat dari Akar
✅ 57% Kurang Rambut Gugur dari Akar Rambut
✅Menyejukkan, melegakan kulit kepala, kulit kepala cepat kering
✅ tidak berminyak
✅ Wangi! bau bunga yang menyegarkan.
Recommend untuk anda cuba😁
Beli dari watson atau guardian , shopee pun ada.
Selamat tinggal rambut gugur 🤩
#hairtok #haircare #hairtips #Shaylatonik #rambutgugur
#fyp #safimalaysia
Ahad, Mac 27, 2022
11 tahun bersama
25 Mac 2022 usia perkahwinan kami dah masuk 11 tahun.
Apabila bertambah usia perkahwinan maka fahamlah kita, usia sendiri juga bertambah. Lihat diri sendiri apa kita capai sepanjang perkahwinan. Bandingkan pemikiran dan tindakkan kita sepanjang bergelar pasangan. Muhasabah diri untuk menjadi pasangan yang lebih baik.
Memang kami tak pernah plan pun sambutan anniversary. Paling kuat kami beri ucapan sesama sendiri. Cuma ada sekali kawan belikan kek untuk sambut anniversary kami. Pada kami, anniversary sekadar nombor.
Maka ucapan aku kepada si dia tahun ni adalah hantaran video dari canva...
Dia pun tak nak mengalah... maka hantar ucapan melalui video editing menggunakan Capcut
Setiap kali berlaku perselisihan faham, aku akan kembali mengenang bagaimana tindakkan ibu bapa aku. Sepanjang aku bergelar anak kepada kedua orang tua aku, aku tak pernah melihat mereka bergaduh mulut apatahlah berperang fizikal. Jika ada ketidakpuasan, aku memerhatikan salah seorang akan mendiamkan diri sementara seorang lagi menyatakan ketidakpuasan. Apabila keadaan reda dan tenang mereka akan berbincang. Aku perhatikan semua ini dari hal kerja sehingga pengurusan kewangan keluarga. Kedua orang tua aku bekerja sebagau tukang jahit yang menggunakan ruang kerja sama tapi ayah buat baju lelaki manakala mak baju perempuan. Ibarat 2 pekerja menggunakan ruang sama dan berkongsi peralatan yang sama. Maka perlu saling memahami dan bertolak ansur. Bagitulah suami isteri yang duduk dalam satu rumah tapi masing-masing adakala mempunyai keinginan dan keperluan berbeza.
Semoga apa yang baik dapat diteruskan untuk menjalani kehidupan lebih mencabar pada masa depan. Kami perlu belajar bagaimana mengurus emosi anak yang mula nak memasuki usia remaja. Semoga Allah memberi petunjuk dan panduan. Amin....
Giveaway 2022: Happy 1st Anniversary CCL & husband .
Happy Anniversary CCL & Husband.
Semoga kehidupan keluarga CCL dan Husband kekal dalam bahagia, dirahmati dan diredhai Allah.