Isnin, Ogos 12, 2019

Gejala selsema dan batuk kurang dengan minuman Arissto Earl campur lemon

Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ini aku nak share resepi teh lemon menggunakan kapsul teh Arissto. 

Sebenarnya pagi tadi bawa anak-anak layan Boboiboy the movie 2. Tapi sebelum masuk wayang lagi Mr.Y dah mula selsema.Malam ni terfikir nak buat teh lemon menggunakan kapsul teh Arissto yang yang ada kat rumah ini. 

Sebenarnya kapsul teh yang ada kat rumah ini hanya kapsul Earl. Daripada website Arissto dia kata Earl adalah: 

A blend of Ceylon black teas with an infusion of bergamot oil that promotes fresh and natural citrus notes.


Bila baca bergamot tu, apa benda lah bergamot tu. Apa lagi, search google lah jawapan nya. Rupanya limau purut.

Setelah ditapis oleh Mr.Y, ini lah hasil editing yang diluluskan. Kalau ikut aku nak letak macam2 lagi dalam gamba ni.

Resepi Teh Lemon Arissto Earl

  1. 1kapsul Earl
  2. 1sudu madu
  3. Sekeping potongan buah lemon
Cara buat: letak sekeping potongan buah lemon keDalam cawan istemewa Arissto. Kemudian brewkan kapsul Earl dengan mengambil cawan kecil. Lepas siap brew, sila letak madu. Maka tara siap...

Alhamdulillah siap... Bukan Mr.Y je yang layan air ni...uwais & uzayr pun sama layan.

Muka moyot sebab mula-mula ummu buat untuk abi sahaj..tapi lepas tu buat satu untuk dia dan uzayr share.


Mesin jahit portable dan tahan lasak

Assalamualaikum dan selamat malam... Sekarang aku tengah survey passal mesin jahit ynag portable dan tahan lasak. Ye lah mak dah banyak kali bunyi nak mesin jahit. Kenapa portable sebab senang nak bwk kemana-mana. Tahan lasak sebab anak kecik ramai.

Range herga kalau boleh bawah rm500 tapi yang tahan lasak semua atas rm500.

Singer Promise 1408, RM5++


RM5++, beza dengan yan atas dalam rm50. Tapi yang best boleh control kepanjangan jahitan.
Malangya aku jumpa satu blog review yang mengatakan jahitan mesin singger promise ini kurang kemas. Maka kita simpan dulu.

Aku rasa review dan rating mesin jahit dalam blog sewing insight sangat bagus. Rasa macam sangat profesional punya review. oleh kerana itu, aku nak selidik dulu blog ni.





Ahad, Ogos 11, 2019

Kerana Arissto, kenalan kami bertambah...

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua pembaca. Ahad minggu lepas kami berpeluang menjengah ke kediaman kakak ngah kepada kak fadhil. Aku kenal kak fadhil masa kerja sebagai pembantu penyelidik (RA) di jabatan optometris UKM. masa tu kak fadhil tutor dekat sana. 

Selepas itu kami sekadar berhubung di laman sosial. Maka bila nampak aku selalu update pasal kopi, kak fadhil pun selalu komen. Dia berminat nak ambil. Maka terjadilah urusan pembelian.

Sebenarnya ini kira pertama kali aku buat urusan penjualan sepenuhnya melalui applikasi telefon. Kalau yang lain kami akan suruh isi form di template tapi sebab kak fadhil jauh. Aku bg form melalui whatsapp sahaja seperti dibawah:

Sila isikan maklumat di bawah untuk dapatkan Arissto Coffee Machine RM1 ni (required by company)

Nama :
IC Number :
Contact No :
Personal Email :
Delivery Address :

Card Holders Name (as per Debit Card/Credit Card) :
Card No :
Expiry Date :
Card Type :
Issuing Bank : 

Kekerapan penghantaran: sebulan sekali/
2 bulan sekali/
3 bulan sekali/
4 bulan sekali

Kapsul kopi:
Contoh:Amico 2box

Mula penghantaran: 4hb/14hb/24hb

...................................................

Apabila selesai maka kami buat penhantaran, tapi kali ini kak fadhil minta hantar kepada kak ngah dia yang berada disentul Alhamdulillah, dekat sikit nak hantar. 

Maka haei ahad hantar lah kami, pertama kali masuk kawasan kediaman...rasa wow!!! Sebab apa, ada QR code nak kena scan dekat pengawal.

Apabila sampai dan bertentang mata,masyaallah, ramahnya kakak ini. Tak rasa kekok langsung kami diaana. 


Sebelum pulang, bawak anak-anak tengok kolam.

Itu lah cerita hujung minggu kami minggu lepas. Minggu ini hujung minggu jatuh pada hari raya aidiladha. Mr.Y bgtahu ada kawan dia nak datang beraya dan ambil mesin kopi. Jom get ready...

Jumaat, Ogos 09, 2019

Income kencang dari Arissto

Assalamualaikum. semoga apa yang dikongsikan menjadi peringatan buat diri dan semangat buat surirumah yang ingin membantu meringankan beban kewangan keluarga.

Mr.Y sewa mesin kopi sekali terus jadi agen. Kenapa terus jadi agen? Sebab beberapa kelebihan yang kami nampak. Antaranya:

  1. Setiap kali orang langgan kami akan dapat komisen berdasarkan pelan yang diambil. Mereka akan menjadi user di bawah kami.
  2. Setiap kotak kapsul kopi yang dibeli oleh user kami, kami akan mendapat rm1. 
  3. Kami mengharapkan kapsul kopi yang kami guna tiap-tiap hari adalah free dengan mengambil kira komisen yang kami dapat.
Semenjak sebulan yang lepas, kami mula aktif promo di blog, facebook dan instagram. Selalu aku akan edit gambar untuk letak watermark dan kami suami isteri sama-sama upload di media sosial. Apabila mula aktif buat promo, hasil kami dapat adalah setiap hujung minggu kami akan mengambil mesin kopi di stokis dan hantar kepada penyewa.

Walaupun sekadar ambil mesin dan hantar mesin, tapi semua anak-anak nak ikut. Aku anggap ini adalah family time, dalam kereta aku boleh fokus berborak dengan anak-anak terutama kakak humaira dan hana. Bila buat delivery macam ni juga, kami mula kembali aktiviti hafalan surah pendek dalam kereta. Dalam kereta juga kami akan bagitahu anak-anak untuk jaga kelakuan dirumah orang nanti. Selalunya kalau nak hantar, aku akan bagitahu awal-awal dekat bakal pengguna mesin bahawa anak-anak ikut sekali. 



Apabila ambil mesin, selalu Mr.Y akan bawak mesin manakala anak-anak akan bawa beg kertas yang ada kotak kapsul dan pamplet. Manakala bila buat demo, kami laki bini akan bergilir-gilir mengikut kehendak uzayr aqeeb. Kenapa ikut kehendak Uzayr, sebab dia belum 2 tahun dan sudah pasti dia tak akan faham sepenuhnya dengan apa yang berlaku. Kadang-kadang Mr.Y tengah buat demo dia akan pergi paut kaki abi dia, maka aku kena ambil alih sambung demo dan Mr.Y akan layan anak-anak.

Beberapa hari lepas, rasa agak Mr.Y share screen shot sales yang berjaya dilakukan bulan lepas. Terkejut aku tengok. Tak sangka boleh dapat banyak itu. 

kita share screenshot

Bila tengok komisen, terus terlintas dalam fikiran..kalah gaji aku kerja dulu. Terus rasa teruja dan bersemangat nak buat lebih lagi. 

Walau apa yang kita usahakan, sentiasa minta doa dan restu mak ayah dan cuba sebaik mungkin untuk tidak membuat mak ayah kita terasa. Sebagai isteri dan perempuan aku ada keinginan tersendiri, tapi aku tahu Mr.Y perlu terlebih dahulu tunaikan hak-hak insan dibawah tanggungjawabnya. Selesai hak baru memenuhi kehendak, aku minta Mr.y tunaikan kehendak mak ayah dahulu sebab aku percaya, jika mak ayah happy maka Allah akan murahkan rezeki kami. Rezeki disini bukan sekadar duit tapi lebih kepada kesihatan dan masa bersama insan yang disayangi. Aku sentiasa ingat nasihat arwah cik, jaga hati mak ayah, senangkan hati mak ayah..Allah tak akan sempitkan rezeki kita. 


Blogger Challenge: Day 12~ Tell me: are you sensitive person?

Adakah aku seorang yang sensitif...bergantung kepada keadaan. Biasalah wanita ada waktu emosi stabil, ada emosi swing2..maka kalau emosi swing2 salah cakap sikit dah terasa. Tapi kalau stabi, kamu cakap lah atau buat lah seguni segunung, ada aku kisah.
Selalu orang yang positif ini payah nak jadi sensitif. ya tak?