Ahad, Mac 31, 2019

Family Friendly Cinema


Assalamualaikum dan selamat pagi... sebenarnya entry kali ini lebih kepada pergolakkan dalam jiwa. Ceritanya macam ni, kami laki bini memang tak akan bawak anak bawah 2 tahun masuk panggung wayang. Pada aku, bawah 2 tahun budak amat tak sesuai untuk menonton wayang. Malangnya ramai pulak yang update dekat FB dan Insta bawak anak bawah 2tahun tgk wayang. Hurm....rasa hati masyallah, jeles sey... tambahan pulak Mr.Y dan anak-anak yang lebih 2 tahun dah tengok wayang upin ipin hari tue.. Tapi tak nak fikir negative, kita pun fikir positif. May be mak pak baby bawak earmuff or earplug untuk baby mereka kot. 


Ini earmuffs untuk baby (gambar ihsan Mr.Google)

Tetiba hari tu ada nampak satu promo panggung wayang yang sesuai untuk family...tapi tak ambil kisah sangat pasal dah lepas laki dan anak-anak tengok upin ipin. Hurmmm....

Semalam sambut birthday kakak humaira, apa yang ada? kakak aku baru nak tengok wayang, dia g survey tiket dan husband dia suruh ambik yang family friendly. Malangnya tak ada. Memandangkan tahun ni banyak lagi filem best-best belum keluar, aku nak save maklumat family friendly cinema kat sini... boleh lah pujuk Mr.Y nak tgk wayang sama nanti.





WHAT IS THE TGV CINEMAS FAMILY FRIENDLY SESSIONS?

TGV Cinemas has been the first in Malaysia at a lot of things but one thing we’ve been extremely proud of is our Family Friendly sessions (#tgvcinemas #familyfriendlysessions) which have so far attracted all kinds of cool ,crazy fun loving kids from all over along with their families to have the most enjoyable movie experience they could possibly hope for!
For the uninitiated, the TGV Cinemas Family Friendly sessions are our one-of-a-kind movie screening sessions in which we invite families with toddlers and the like to enjoy their favourite film whilst allowing their kids to run about and play to their hearts content.
The halls and our friendly attentive staff are fully equipped to facilitate the most enjoyable cinema experience for the whole family. Baby changing rooms are available at your earliest need and should cater to every requirement so you can let your hair down and really enjoy the movie experience while the children do what kids do and have the time of their lives.
To ensure families have a more comfortable and relaxing time, our cinema volume will be lowered and the lights dimmed. Parents are advised to strictly follow our “House Rules” throughout the session to guarantee everyone has the absolute best possible time. more...
 
Dalam bentuk gambar...harga aku rasa akan berubah ikut panjang mana cerita. Tapi yang best adalah.. softer audio.
Alang-alang kita study pasal family friendly atau nama melayu, panggung wayang mesra keluarga ni. Aku pun survey lah dekat mana tayangan family friendly cerita upin ipin keris siamang tunggal di tayangkan. Malangnya hanya 1 tempay iaitu ...TGV Central i-City... memang tak lah aku nak pergi..jauh kot.


Permintaan ini khas buat #TGVmalaysia, tolong perbanyakkan lokasi sesi tayangan family friendly bagi bakal-bakal filem yang berpotensi mendapat sambutan hangat dari keluarga terutama yang ada anak kecil seperti ejen ali the movie dan Boboy the movie 2.

Jumaat, Mac 29, 2019

Buah-Buahan Berkalori Tinggi

Assalamualaikum dan selamat pagi... sekarang saya perlu menjalankan misi untuk menambah berat badan uzayr aqeeb dengan snacking yang lebih kalori. Selalu aku bg snacking buah apple dan biskut. Tapi baru ni jumpa doktor, dia kata snacking pun perlu yang tinggi kalori sebab berat badan dia naik sikit sangat... aduhai... Jom tengok buah-buah yang berkalori tinggi..

Sebenarnya aku tak pernah cuba bagi avocado dekat anak-anak...tapi nampak tak, aku memerlukan kidmat avocado untuk menaikan berat badan uzayr... Pisang selalu jugak bagi. Tapi satu masalah kalau pisang ni dia kena minum air banyak. 




Khamis, Mac 28, 2019

Aktiviti dengan Belon

Assalamualaikum dan selamat hari khamis. Sekarang cuti sekolah kan. Tapi kali ini aku nak share salah satu aktiviti anak-anak waktu cuti. Aktiviti ni kami buat pada cuti sekolah hujung tahun lepas. Seronok budak-budak main belon air....


Ini dorang main boxing belon air...guna ampaian baju dengan benang jahit sahaja buat gantung. Video diambil bergegar sebab yang mengambil ni dukung baby uzayr...

Selain main mcm kat atas, boleh jugak main lempar-lempar belon yang ada air tu...kalau terpecah atas badan nasib ler...Selalu terus mandi kalau main baling belon air. Pernah aku suruh budak-budak ni lukis atas belon yang dah ditiup...ada yang takut, risau belon meletup... Uwais berani lukis...tapi setelah siap dia lukis dekat kaki dia dan semua kereta-kereta mainan. huhhuhuhu


Uzayr pulak aku suka buat aktiviti sensory seperti squeezing balloon... kadang2 masuk air..tapi selalu tiup sahaja. 


Selain itu aku suka bg uzayr main baling-baling...penting untuk perkembangan kanak-kanak aktiviti baling, campak dan tangkap ni.

 Google gambar berkaitan belon aku jumpa salah satu aktiviti yang menarik iaitu mewarna guna bellon...boleh cuba ni dengan anak-anak...


Kesimpulan kalau guna belon boleh buat aktiviti berikut:
  1. Tumbuk belon air
  2. Baling belon air
  3. Berlawan tiup belon paling besar
  4. Lukis pada belon
  5. Squeezing belon
  6. Mewarna gunakan belon dan water colour (belum pernah cuba)
  7. Berlawan letup belon
Banyak jugak kan....


Selasa, Mac 26, 2019

Book Hotel di Port Dickson


 Salah satu of aktiviti kegemaran aku and korang jugak selain travel mesti suka terjah hotel-hotel yang menarik. Kadang-kadang kalau bercuti 4hari 3malam, maka tiap-tiap malam lah kitaorg akan tidur hotel lain-lain. Selalu sebelum book hotel aku akan semak kemudahan dan aktiviti apa boleh buat dekat hotel-hotel tersebut, dah sampai apa lagi kita cuba lah buat semua aktiviti. Bukan mak pak je suka buat..anak-anak pun suka. Baru-baru ni kawan aku cerita dia bawak anak-anak holiday dekat Port Dickson dan diaorang menginap dekat Lexus Hibiscus Port Dickson.  Apasal aku boldkan nama hotel itu? Sebab aku nak bagitahu yang dia cerita pasal hotel lagi banyak dari apa diaorang buat kat luar hotel. Dan dia Berjaya buat hati aku melonjak nak ke sana. So kali ini aku nak share info pasal hotel yang aku dapat dari member aku ni. Korang kalau nak cek harga korang ceklah cheap hotel booking kat online nanti kot-kot ada promotion ke.

Jarak Port Dickson dengan Kuala Lumpur makan masa kurang satu setengah jam sahaja kalau takde traffic jam. Senang je kalau nak cari lokasi Lexis Hibiscus Port Dickson ini kerana ada siganage untuk ke sini. Nanti bila korang dah sampai jangan terkejut melihat begitu ramai orang di ruang lobi. Sebabnya Lexis Hibiscus Port Dickson ni merupakan choice terbaik khusus buat orang bandar macam kita ni yang ingin menikmati percutian hujung minggu.

Nampak tak apa yang aku nampak....bunga kebangsaan

Apa yang menarik minat aku tentang Lexis Hibiscus Port Dickson ini adalah susunan bilik yang berbentuk bunga raya kalau korang boleh tengok dari atas dan setiap bilik ada swimming pool. Itulah sebab nama Lexis Hibiscus diberi. Terdapat beberapa pilihan bilik disini iaitu Presidential Suites yang terletak di bahagian stigma, Imperial Suites (stamen), Premium Pool Villas (kelopak), Executive Pool Viilas (daun) dan Sky Pool Villas (on-shore). Sebagai informasi, Lexis Hibiscus memegang dua rekod dunia oleh Guiness World Records sebagai Most overwater villas ini a single resort dan Most swimming pools in a resort. Style kan! Korang nanti aku suggest try bilik Premium Pool Villas yang terletak di bahagian kelopak. Bilik Premium Pool Viilas ini agak luas. Ada dua katil bersaiz extra-large selain mini bar, complimentary snacks, kolam mandi dan juga bilik sauna. Walaupun jarak villa agak jauh dari bangunan utama, diorang menyediakan perkhidmatan buggy bagi memudahkan pergerakan guest.

Suasana dalam bilik


Kolam mandi dalam bilik...Keseronokan apakah ini...


Banyak aktiviti boleh korang buat di dalam Lexis Hibiscus Port Dickson. Terdapat kemudahan seperti Water J Park dimana korang boleh bermain antaranya slide besar setinggi 8 meter. Tinggi tuu and fun too. Selain itu, kalau korang sukakan watersport, terdapat beberapa pilihan seperti jet ski, kayak dan banana boat. Pihak Lexis Hibiscus Port Dickson ada gak menyediakan kemudahan seperti kereta Yoyo, basikal, aktiviti memanah. Kemudahan indoor juga disediakan seperti Games Room, gimnasium, spa, pusat permainan kanak-kanak. Malah diorang ada sediakan karaoke disini. Satu lagi aktviti yang boleh korang buat disini adalah amek pakej menaiki helikopter untuk melihat panorama dari atas udara. Time ni la korang boleh tengok bunga raya dari atas.

Water J Park

Kalau korang lapar dan malas untuk drive keluar, singgahlah di Hibiscus Walk sebab terdapat beberapa gerai makanan Malaysia dibuka disini. Selain itu, Lexis Hibiscus juga mempunyai pilihan tempat lepak dan makan seperti pool bar, bistro, restoran makanan Jepun dan Cina, dan Roselle Coffe Housem dimana sarapan pagi disediakan disini. Boleh aku katakan banyak pilihan menu sarapan termasuk beberapa live stall disediakan.

Aku confident yang kalau  korang stay kat sini rasa tidak puas dengan hanya menginap satu malam sahaja. Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan disini. Benda yang paling best ialah swimming pool dalam bilik so korang boleh mandi anytime and ada privasi terutama untuk wanita muslimah macam aku ni. Kalau korang mencari-cari lokasi percutian tak kisah lah cuti sekolah ke cuti hujung minggu, Lexis Hibiscus Port Dickson boleh dimasukkan dalam senarai korang! Cepat-cepatlah google Lexus Hibiscus Port Dickson hotel booking so korang boleh book online awal-awal. Silap-silap dapat harga murah tuu.

REVIEW MOVIE - UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL oleh anak-anak Yamanaimy


Kuat betul promosi filem terbaru upin ipin. Kawan-kawan pun ramai dah yang bawak anak-anak tengok. Anak-anak bila tengok promo dekat tv, setiap kali itu lah dia ajak mak pak pergi tgk wayang. Sebenar sehingga kakak humaira umur 7 tahun ni, tak pernah sekali pun kami bawa mereka ke pawangan. Sabtu lepas abi setuju nak bawak anak-anak merasai pengalaman pertama masuk wayang tetapi UMMU TAK DAPAT JOIN, UZAYR BELUM 2 TAHUN. SEDIH GILER!!!

Habis movie, abi hantar gambar..
Tengok dengan pak long, mak long, sumayyah dan syazwan...
Sebaik anak-anak sampai rumah, semua sibuk nak bercerita. Maka ini lah review dorg...

Kakak Humaira: Cerita dia best! Kakak suka sangat. Cerita dia mula-mula bla..bla..bla... (ini cerita bukan main detail..ummu rasa dia ceta dr A sampai Z)
Kakak Hana: Wayang tu gelap, tv dia besar sangat (ummu pelik dah...ummu tanya pasal cerita dia cerita suasana dlm wayang..budak 1st time masuk wayang..itu lah hana khadiajah). Upin dengan ipin dengan kawan-kawan kemas rumah tok dalang..bla..bla...bla...(review dari dia pulak banyak iklan dan rewind balik...)
Uwais: Tadi ahmad (panggilan manja uwais) tengok ceta upin ipin...dia lawan-lawan...bla..bla..bla... (uwais dah konfius keris n pistol, paling banyak bab lawan dia cerita..siap dengan aksi)
Mr.Y: Cerita dia laju tak sabar nak tunggu next, tak bosan, anak-anak tak berkelip mata tengok, kakak offer makanan pun tak nak.

Jom kita baca review yang proper lah..

Semuanya bermula apabila Upin, Ipin dengan kawan-kawannya: Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei dan Susanti tersandung pada keris mistik di bilik stor Tok Dalang. Keris ini tetibanya membuka portal dan membawa mereka terus ke kerajaan Inderaloka. Ketika mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka berjumpa dengan watak-watak dari cerita dongeng Melayu dan Malaysia seperti Mat Jenin dan Belalang. Mereka sekarang perlu bekerjasama memulihkan kerajaan ini kembali ke keadaan yang mewah dan melawan dengan Raja Bersiong yang ingin memusnahkan kerajaan.







Sekarang ummu rasa teruja nak tengok cerita ini...mcm mana?