Isnin, September 26, 2011

Raya 2011


Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.

Jumaat, September 16, 2011

Daya ingatan kanak-kanak

Salam sahabatku, sekarang dah separuh syawal...dah buat puasa 6 ker? kalu sudah, alhamdulillah. Kalau belum,jgn putus asa utk trs mencuba....masih ada masa. insyalah sempat.

Dah lama x update blog nie, banyak yg terjadi sepanjang bulan ramadhan dan syawal.Ini lah syawal pertama dengan keluarga baru dan pertama kali tidak bersalam dengan ibu bapa sdr di pg raya. huahuahua...apa pun raya ttp happy.. so kembali ke tajuk hari ini...

"Daya ingatan kanak-kanak"

Tengok tajuk macam teror sangat pasal kanak. hahahaha... semua yang terkandung di bawah ini adalah dari pemerhatian penulis. Tiada kaitan dengan individu dan pihak lain.

Berdasarkan pemerhatian saya, kanak-kanak mempunyai daya ingatan yang amat kuat. Terutama dari segi visual dan percakapan. Jika kita dedahkan kepada seorang kanak-kanak dengan pembelajaran melalui buku di bandingkan dengan pembelajaran melalui video atau nyanyian. Ingatan nya lebih menjurus kearah pembelajaran melalui video. Kerana ia memliki warna dan pergerakan yang merangsang kanak-kanak terbabit untuk turut melakukan perbuatan tersebut. "KERANA ITU ADALAH PENTING UNTUK IBU BAPA MEMILIH RANCANGAN YANG SESUAI DITONTON OLEH ANAK-ANAK."

Jangka masa ingatan kanak-kanak ini pula selalunya lebih lama terhadap sesuatu yang menarik minat mereka. Tetapi jangan terkejut jika anak anda lupa akan arahan yang anda baru berikan. Kerana pada mereka arahan anda itu bukan suatu yang betul2 menarik minat nya. "KERANA ITU ADALAH PENTING UNTUK TIDAK SENTIASA MEMBERI ARAHAN, TETAPI MEMINTA TOLONG DAN MENGAJAK LAKUKAN BERSAMA."

oK itu saJa Kali Ini.....

Jumaat, Ogos 19, 2011

Adakah Syaitan Telah Berjaya Merekrut Kamu?

Melihat diri tidak menhargai masa...merasa tidak ada apa2 perubahan..apa2 kerugian...Tiba-tiba hati kecil tersentak mendengar soalan dari kaca television :

*ADAKAH SYAITAN TELAH BERJAYA MEREKRUT KAMU?*

Sama2 kita fikirkan...

Rabu, Ogos 03, 2011

Selamat menyambut Ramadhan

Asslamualaikum...hari ni dah masuk hari ke tiga berpuasa. Bagaimana agaknya puasa-puasa kita ye? diterima oleh NYa kah? Semoga segala amalan di terima. Insyalah.

Tahun nie 1st time puasa kat sibu serawak. Apa yang beza ek...pasti bazar ramadhan dan waktu berbuka serta waktu sahur..

Isnin, Julai 25, 2011

PerMata HatI IftiLyanA BasYirAH

Assalamualaikum....

Permata hati iftilyana basyirah adalah tajuk yang diberikan kepada photobook si kecil basyirah. Basyirah, yang lebih suka membahasakan dirinya kakak amat seronok dan xcited melihat photobook nya. Sebelum ini hanya melihat orang lain punya kan...so kat bawah saya sertakan gambar telatah dan gelagat basyirah melihat photobooknya...
Ini lah photobook permata hati

Basyirah dengan photobook barunya...smille always!

Si kecil sedang semangat bercerita tentang gambar-gambar dan apa yang terjadi dalam gambar tersebut. Walaupun  adakala percakapanya masih pelat...ye lah, baru 3 tahun...

Mengamit kenangan,,,,,

Banyak nya gambar kakak...bila nak abis tengak nie....

P/S: sori, lambat update pasal photoobook si kecil...lagi skali maaf pasal ini bukan  photobook "stories of two little princess".