Assalamualaikum dan salam semua. Sejak pandemik melanda dunia ramai yang hilang pekerjaan. Kali ini aku nak kongsi pengalaman keluarga aku. Sebelum pindah ke Kuala Lumpur tahun 2018, aku ada pendapatan tetap setiap bulan. Apabila Mr.Y dapat pindah ke KL maka aku terpaksa melepaskan pekerjaan aku di sibu. Apabila melepaskan pekerjaan maka akan terlepas lah gaji juga. Hilang satu sumber pendapatan.
Persoalan yang pertama ditanya apabila kata aku balik KL dah tak kerja adalah "cukup ke belanja laki seorang sahaja yang kerja?" Masa itu aku hanya menjawab Insya Allah cukup. Bila aku tanya persoalan tersebut kepada Mr.Y, dengan yakin dia jawab... cukup sebab selama 8tahun kita kat sini kita hidup dibawah kemampuan. Dulu aku tak ambil berat sangat pasal pengurusan kewangan keluarga, semua Mr.Y yang kira dan atur. Aku mula ambil berat pasal pengurusan kewangan keluarga apabila Mr.Y daftar masuk Urus insan dibawah En.Zaidi. Terima kasih sangat sebab Tuan Zaidi menggalakkan untuk suami isteri duduk bersama berbincang pasal kewangan.
Kembali kepada cerita tajuk...bagaimana nak hidup dengan satu gaji. Semasa kami masih menerima 2 gaji setiap bulan, kami tetap berbelanja dengan nilai 1 gaji. pada permulaan wang gaji aku hanya tersentuh ketika musim perayaan. Itu pun sedikit. Apabila kami telah ada matlamat wang gaji aku langsung tak disentuh..semua masuk kepada simpanan.
Daripada pendapatan 1 gaji Mr.Y itu lah kami buat simpanan paksa, bayar bil, bayar hutang, bagi mak ayah, belanja dapur, bayar insurans dan lain-lain keperluan. Simpanan paksa itu pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu simpanan untuk persekolahan, perayaan dan percutian. Maka apabila tiba musim-musim tersebut kami tak perlu risau mana nak dapat wang untuk tampung segala perbelanjaan. Berikut adalah apa kami lakukan untuk hidup bawah kemampuan:
Rancang dan Bandingkan - aku tak wajibkan untuk Mr.Y membeli barang berjenama, asal ia adalah sama fungsinya dan halal maka aku pakai. Seperti serbuk koko jenama milo lagi mahal dari jenama Apache. Maka kami akan pakai apache, susu F&N lagi mahal dari Gold coin, pilih Gold Coin, Bawang merah tengah naik harga maka tukar kepada bawang holand. Memang dari segi rasa masakan ia akan sedikit berubah tetapi aku guna konsep anak-anak akan makan apa yang kita hidang...jangan ajar anak-anak pilih apa yang dia nak makan. Sebenarnya pembelian barang dapur banyak jimat bila kita beli apa yang sesuai dengan bajet dapur kita.
Minimunkan perbelanjaan telco dan utliti. Kami pasang internet dirumah bagi penggunaan android tv dan telefon. Maka aku hanya topup telefon RM10 sebulan dan tidak melanggang Astro bulan-bulan. Jika ada barang eletrik rosak maka kami akan beli baru yang ada tagging energy saving.
Tidak tambah hutang jahat. Hutang jahat adalah hutang yang dibuat bukan kerana keperlun dan tidak memberi keuntungan. Walaupun kereta keluarga kami telah habis dibayar tetapi kami tak tukar kereta yang lebih besar sebab ia bukan keperluan. Ia adalah kehendak dengan alasan anak dah ramai. Kenapa nak buat hutang baru jika kenderaan yang sedia ada masih elok dan masih muat untuk kami semua naik. Hati kena kental nak jawab persoalan orang sekeliling pasal kenapa masih pakai kereta sama.
Rasanya itu sahaja dulu apa yang dapat aku kongsikan...
Terima kasih diatas tips perbelanjaan berhemah yg diberikan...
BalasPadamsama-sama
Padamsisyat suka cara ni. sekarang ni tengah dalam perbanyakan simpanan paksa. :-)
BalasPadambagus cara jimat Sis..saya pun boleh follow jugak
BalasPadamsemoga bermanfaat sis...
PadamGood sharing sis...cheery setuju Cara sis
BalasPadam